Walter Chandoha, Godfather Dunia Fotografi Kucing

Sudah tentu kita semua ada menangkap gambar kucing kesayangan kita. Gambar kucing sendiri memenuhi galeri telefon masing-masing.

Tahukah anda ada jurugambar yang sering menangkap gambar kucing sebelum wujudnya internet? Banyak karya beliau yang famous semuanya melibatkan model yang sudah tentu cute dan cuddly . Untuk post kali ini MM ingin berkongsi kisah mengenai Godfather kepada dunia fotografi kucing iaitu Walter Chandoha. Jom baca mana tahu kisah ini boleh memberi inspirasi untuk anda memulakan karrier sebagai jurufoto kucing.

Adakah miaowers semua familiar dengan gambar sekumpulan kucing seperti geng samseng? Oklah MM attach gambar kucing yang terkenal tu kat sini.

Ok kalau miaowers tak pernah nampak gambar ini mungkin anda tak berapa pencinta kucing sangat hahahaha. Ok gurau sajer. Gambar di atas merupakan karya Chandoha yang terkenal yang bertajuk ‘The M0b (1963).

Ia merupakan salah satu diantara 2000 stok gambar yang ditangkap oleh Chandoha sepanjang karier beliau sejak beliau tamat pembelajaran beliau di Universiti of New York. Sejak dari itu gambar-gambar beliau menghiasi 34 buah buku, lebih 300 cover majalah, beribu risalah iklan dan terus menjadi jurufoto kucing yang tetap.

Sebelum kedatangan internet lagi Chandoha sering menangkap gambar kucing.

Pelbagai produk makanan kucing dan anjing dihiasi dengan gambar hasil tangkapan beliau. Beliau berkata,

Selama setahun atau lebih, 90% dari semua design pembalut makanan kucing dan anjing merupakan hasil dari gambar saya hasilkan”.

SEMUANYA BERMULA DARI LOCO

Masa dahulu tidak wujud lagi model haiwan yang perlu untuk diupah. Chandoha memiliki banyak kucing. Tetapi semua ini bermula dari Loco.

“Saya pulang ke rumah suatu hari pada waktu sejuk dan saya menemui seekor kucing kesejukan di timbunan salji. Kucing itu sangat kecil mungkin berusia empat atau lima minggu. Saya mengambil kucing tersebut dan meletakkan ia di dalam poket dan membawanya pulang” ceritanya.

“Pada waktu itu saya dan isteri tinggal di apartment tiga bilik di Astoria. Sesudah kucing tersebut selesai menghangatkan diri, diberi makan dan mula berkelakuan seperti kucing biasa, saya mula mengambil gambar dan sejak dari itu Loco menjadi model yang sangat penting dalam hidup saya.”

Sejak dari itu kehidupan yang serba kekurangan sebagai jurufoto freelance berubah sejak Chandoha bersama Loco berjaya menghiasi banyak produk cetakan.

“Loco dan rakan-rakan (Chandoha membela lebih banyak kucing selepas itu), berjaya membuatkan saya melakukan pelbagai foto yang saya rasa sangat tertarik” jelas beliau.

Dari hasil gambar-gambar itu lah kehidupannya berubah dari apartment 3 bilik ke rumah dengan kebun seluas 46 ekar di New Jersey dimana beliau tinggal pada hari ini.

Legasi beliau terjamin apabila — Chandoha merupakan penulis buku “How to Shoot and Sell Animal Photos”, beliau tulis untuk sesiapa sahaja yang ingin mengikuti jejak langkah beliau. Sekarang, Chandoha mempunyai misi yang baru. Beliau ingin melawati setiap pusat jagaan kucing dan mengambil kucing yang tidak diendahkan oleh orang lain. Fuhh mulia hatinya.


Beliau masih hidup sehingga kini. Beliau berusia 98 tahun. Miaowers boleh tengok hasil foto beliau di instagram chandohacats
Di sini MM paparkan sedikit foto-foto dari Chandoha. Enjoyyyy




Harapnya kisah ini dapat memberi inspirasi kepada miaowers yang ingin memulakan bidang fotografi kucing. Good luck and til next time miaowers semua.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment