Walaupun Rupanya Agak Sedih, Cheese Tetap Kucing Yang Gembira

Cheese si kucing mungkin mempunyai wajah yang sedih namun ia kucing gembira yang dilahirkan dengan mata yang kecil.

Cheese dilepaskan oleh pemiliknya sebelum ini dan dibawa ke Meow Parlour di bandar New York untuk peluang kehidupan yang lebih baik.

Dengan segera mereka perasan perbezaan yang ada pada Cheese. Namun Cheese bukanlah seekor kucing yang dalam kesedihan.

Ia dilahirkan dengan kondisi kongenital yang dipanggil microphthalmia, di mana bebola matanya lebih kecil dari saiz normal.

Namun itu tidaklah membuat Cheese berbeza dsri kucing yang lain. Ia seekor kucing yang gembira dan tidak memerlukan penjagaan khas pun.

Dengan wajahnya seperti itu, cepat sahaja orang ramai cair melihat telatahnya. Tiada siapa sampai hati nak memarahinya setelah melihat wajah sayunya itu.

#1

#2

#3

#4

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment