Walaupun Hanya Tinggal Dua Kaki Sahaja, Ibu Anjing Ini Tetap Menjaga Dan Mencari Makanan Untuk Anak-Anaknya

Punya la hebat kasih ibu ni kan?

Tak kira lah manusia ke haiwan ke semua sayangkan anak-anak..

Kisah mengenai anjing bernama Si Bao yang bermaksud “Empat Harta” dalam bahasa Cina yang diberikan oleh pemiliknya sebelum ini. Namun apabila pemiliknya pindah, Si Bao ditinggalkan.

Tak lama selepas Si Bao ditinggalkan, kejadian yang menyayat hati terjadi kepadanya. Si Bao dilanggar oleh keretapi laju dan hilang kedua-dua kaki belakangnya.

Kini ia hanya boleh menggunakan kaki hadapan sahaja untuk bergerak. Walaupun begitu Si Bao tetap kuat. Malah Si Bao melahirkan empat ekor anak anjing dan menjaga anak-anaknya sendiri.

Ada sahaja penduduk di kejiranan tersebut yang rasa kasihan melihat Si Bao. Walaupun ia adalah anjing jalanan, Si Bao tidak pernah takut untuk berinteraksi bersama manusia.

Seorang tukang cuci memutuskan untuk mengambilbela Si Bao dan kesemua anak-anaknya. Walaupun pendapatan tukang cuci tersebut cukup-cukup makan sahaja, dia masih mampu menjaga kesemua anjing-anjing ini.


Lihat kecekalan ibu anjing yang kudung ini menjaga anak-anaknya sangat menyentuh perasaan. Si Bao mungkin seekor anjing sahaja, namun sebagai ibu yang menjaga keempat-empat anaknya dengan serba kekurangan Si Bao sememangnya ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya.
Seeing this

Suka kucing dan haiwan lain? Jom like The Mamamiaow

Leave a comment