Virus Parvo Kucing- Feline Parvovirus (FPV)

Banyak pula kes kucing m4ti disebabkan virus Parvo. Apa itu virus parvo? Macam mana nak elak kucing anda dari diserang virus ni? Apa simptom parvo?

Jom baca semua info mengenai virus yang mengancam ny4wa kucing kucing kita ni.

Gambar: Cat World

Apa itu virus Parvo?

Gambar: Naro AFFRC

Virus parvo adalah virus yang menyebabkan penyakit yang teruk pada kucing, terutamanya anak kucing. Ia boleh membawa m4ut. Virus ini guna dikenali dengan nama Feline Infection Enteritis (FIE) dan Feline panleukopenia. Virus ini sangatlah kuat daya tahannya dan boleh hidup di persekitaran luar pada tempoh masa yang lama. Sedihnya virus ini menyebabkan kadar kem4tian yang tinggi dengan wabak ini masih boleh dilihat pada sekumpulan kucing yang tinggal bersama-sama dengan kucing yang tidak divaksin. Virus ini tidak boleh dijangkiti oleh manusia dan juga anjing. Namun virus Canine Parvovirus (parvo anjing) boleh dijangkiti oleh kucing.

Macam mana kucing boleh dijangkiti virus Parvo

Virus parvo boleh hidup di persekitaran selama setahun dan memerlukan kuman yang khas untuk memb*nuhnya. Kebanyakan kucing mudah diserang virus parvo dari kawasan yang tercemar (terkena najis yang ada virus parvo) berbanding dari jangkitan secara terus oleh kucing yang dijangkiti virus parvo. Virus ini tersebar dengan pantas melalui kucing dan kebanyakan kucing mengeluarkan virus parvo melalui najisnya hanya untuk beberapa hari sahaja, walaupun kadang-kadang boleh menjangkau sehingga enam minggu. Walaubagaimanapun virus ini juga boleh tersebar melalui pergaulan terus dengan kucing yang dijangkiti, terutamanya di persekitaran yang mempunyai banyak kucing.

Kucing yang macam mana mudah dijangkiti virus Parvo?

Anak kucing lebih mudah untuk dijangkiti virus ini terutamanya apabila antibodi yang mereka terima dari susu ibu berkurangan semasa usia empat ke 12 minggu. Kucing dewasa yang tidak vaksin juga mudah dijangkiti virus ini dan berisiko untuk membolehkan penggalak virus ini berlalu.

Apakah tanda-tanda kucing yang dijangkiti virus Parvo?

Tidak semua kucing yang dijangkiti virus Parvo menunjukkan tanda-tanda, namun kucing anda mungkin dijangkiti virus Parvo jika menunjukkan tanda tanda seperti berikut:

  • Muntah
  • Mengeluarkan buih atau basah pada keliling mulut
  • Suhu badan yang berubah ubah (selalunya suhu badan tinggi semasa jangkitan awal, berkurangan hari demi hari)
  • Lapar dan dahaga dengan ketidakupayaan untuk minum dan makan
  • Cirit birit kadang kala ada darah

Malangnya, kadang kala tiada tanda tanda yang dapat dikesan dan kucing terus m4ti tanpa amaran. Jika kucing betina yang bunting dijangkiti virus Parvo ini, anak anaknya mungkin kerosakan otak. Setelah lahir anak anak ini mempunyai masalah imbangan yang menyebabkan mereka jalan terhuyung hayang. Semasa menyusu juga anak anak ini akan mempunyai masalah kerana kepala mereka akan terangguk angguk.

Bagaimana virus Parvo ni didiagnosis?

Vet akan mengambil sampel d4rah dan najis dari kucing yang sakit untuk mengesan virus tersebut. Jika kucing itu sudah m4ti, vet juga boleh menghantar sampel usus untuk mengesan virus parvo. Jika anda hendak tahu jika kawasan anda dijangkiti virus Parvo atau tidak walaupun tiada kucing anda yang menunjukkan tanda-tanda, kucing anda juga boleh diuji dengan antibodi yang kuat untuk melawan virus parvo.

Bagaimana untuk merawat virus Parvo?

Buat masa ini tiada penawar untuk virus Parvo ini. Namun jika virus ini dikesan pada kucing anda, anda boleh merawat simptom simptomnya dan ada kebanyakkan kucing boleh sihat dengan rawatan rapi termasuk cara jagaan yang terbaik, terapi menambah cecair dalam badan dan menggalakkan kucing anda makan. Rawatan untuk virus Parvo ini hanya untuk mengawal simptom yang ada sementara sistem imunisasi kucing melawan virus ini. Antibiotik tidak memberi kesan terhadap virus ini namun Veterinar mungkin berikan kucing anda antibiotik hanya untuk menggelak jangkitan lain yang menyerang kucing anda dan ubat untuk mengurangkan muntah juga akan diberi sekira perlu.

Bagaimana untuk mengelak dari terkenanya virus Parvo?

Vaksinasi hanyalah jawapan kepadanya. Vaksinasi utama selalunya bermula semasa kucing berumur 8 atau 9 minggu dengan vaksinasi kedua pada tiga atau empat minggu seterusnya. Vaksin parvo selalunya bergabung dengan penyakit yang lain seperti virus selesema kucing. Penjagaan rapi diperlukan apabila memvaksin kucing betina yang bunting untuk mengelak dari dijangkiti virus Parvo kerana ada vaksin yang memberi efek kepada anak kucing yang belum lahir. Kebersihan yang bagus, prosedur pengasingan terhadap kucing yang dijangkiti juga sangat efektif dalam menggelakkan penyebaran jangkitan ini.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment