Video Menunjukkan Lelaki Kurang Upaya Turun Dari Kerusi Rodanya Untuk Menyelamatkan Anak Kucing Yang Terjatuh Ke Dalam Longkang

Satu video menunjukkan seorang lelaki kurang upaya turun ke longkang untuk menyelamatkan seekor anak kucing di Kota Kinabalu, Sabah menjadi tular.

Abu Fathiyyaturahma Menk AbdunMujtahid berkongsikan tindakan heronya di facebook pada 11 Ogos yang sehingga kini mengumpulkan like lebih 2500 dan share 1,300.

Menurut Abu, dia dan rakannya dalam perjalanan ke Kompleks Sukan Likas apabila mereka terlihat seekor kucing basah kuyup dan berada di dinding longkang. Dalam video yang berdurasi sepanjang 2 minit itu, Abu dilihat turun dari kerusi rodanya dan menuruni longkang tersebut.

Sesudah sampai ke penghujung longkang tersebut, Abu dengan perlahan-lahan mengangkat anak kucing tersebut dan meletakkannya di atas rumput. Anak kucing tersebut terus lari dan Abu kembali ke kerusi rodanya.

Rakannya, walaubagaimanapun tidak dapat membantu anak kucing tersebut kerana dia memakai kaki palsu, menyebabkan dia sukar untuk memanjat turun ke cerun longkang tersebut.

Jadi, Abu memutuskan untuk pergi menyelamatkan anak kucing tersebut.

Anda boleh lihat aksi Abu menyelamatkan anak kucing tersebut di video ini

Pagi td masa dalam perjalanan p kompleks sukan likas kami ternampak sekor ank kucing yg terjatu dalam longkang besar sedang berpaut kuat d dinding lokang dengan basah kuyup ntah dari bila lg dia d situ sy pun cuba naik kan kucing tu keatas alhamdulillah kami dpt bantu dia naik :)Ps. Sahabat sy yg merakam video ni juga Seorang oku pengguna kaki palsu dia tidak boleh turun utk slamatkan ank kucing tu jd sy buat kputusan utk turun slamatkan ank kucing tu

Posted by Abu Fathiyyaturahma Menk AbdunMujtahid on Saturday, 10 August 2019

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment