Video Anggota Bomba Menyelamatkan Anak Kucing Dengan Melakukan CPR Pasti Menyentuh Hati Pencinta Kucing Semua

Pada malam hari khamis 8 Ogos yang lalu, kawasan utara Malaysia dilanda ribut yang dahsyat dan berlarutan sehingga awal pagi Jumaat 9 Ogos.

Berikutan kejadian ribut tersebut Jabatan Bomba & Penyelamatan berkongsikan satu video anggota mereka menyelamatkan seekor anak kucing kelemasan di Sungai Petani, Kedah.

“Usaha anggota bomba PB Aimirul dan rakan2 menyelamatkan anak kucing yang dalam keadaan nyawa2 ikan akibat terperangkap di dalam bumbung rumah di alamat Taman Sutera Idaman 1/7, Jalan Batik Sungai Petani, Kedah,” tulis di post video tersebut.

Dalam video tersebut anggota bomba tersebut melakukan tekanan dada dengan menggunakan dua jari pada anak kucing putih yang lemah itu.

Apabila kelihatan seperti tiada harapan lagi, tiba-tiba anak kucing tersebut mula berbunyi lemah.

Kemudian anggota bomba tersebut menyapu sedikit minyak pada anak kucing tersebut.

Anak kucing tersebut kelihatan seperti dalam keadaan yang baik, kerana anak kucing itu mula mengejar anggota bomba tersebut sebelum dibalut dalam tuala.

Video penyelamatan anak kucing ini anda boleh lihat di SINI

Kredit foto: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment