Uniknya kucing Chimera! Kucing apa tu? Jom Baca!

Chuols pernah jumpa atau bela tak kucing chimera? Kucing chimera ni apa?

Kucing chimera ni kucing yang seperti mempunyai dua wajah. Tapi ye keeee dua wajah?

Apa itu kucing chimera?

Digelar kucing dua wajah ini bukanlah satu penghinaan. Namun dalam kes kucing chimera ini selalu dianggap sebagai satu pujian!

Jom lihat contoh kucing chimera di Instagram ini.

Ini lagi contoh kucing chimera yang bernama Venus, yang merupakan kucing chimera yang paling terkenal di bumi ini. Sehingga kini Venus mempunyai pengikut seramai lebih 1.5 juta di Instagram!

Apa yang dimaksudkan dengan chimera ini?

Kucing chimera atau lebih dikenali sebagai kucing dua wajah ini adalah kucing yang sangat unik di mana mereka mempunyai wajah seakan-akan dua kucing yang berbeza.

Kondisi ini adalah kesan daripada biologi chimera iaitu kondisi genetik yang menyebabkan kucing mempunyai dua wajah yang berbeza.

Apa yang menyebabkan kondisi ini?

Kucing chimera adalah satu ‘kemalangan semulajadi’ yang berlaku. Kondisi ini dipanggil genetik chimera. 

Keadaan ini berlaku kerana dua atau lebih embrio yang bergabung di dalam uterus ibu kucing pada waktu yang sangat cepat dari perkembangan yang biasa. Dalam kes chimera ini kita melihat dua kemungkinan dalam seekor kucing!

Dalam satu masa kucing ajaib ini sepatutnya ditakdirkan untuk menjadi kembar, sehinggalah tibanya proses dua tahap yang penting pada embrio. Apabila lebih banyak telur yang subur bergabung di dalam uterus ibu kucing.

Sebelum tahap penggabungan ini berlaku sel unik ini sudah mula berkembang setiap telur atau embrio.

Dalam pemahaman yang lain, rupa fizikal setiap embrio ini sudah wujud. Ini sebabnya kita dapat melihat wajah kucing chimera ini seperti dua kucing yang berbeza.

Sebanyak mana rare nya kucing chimera ini?

Setakat ini masih tiada statistik mengenai berapa kerapnya berlaku kondisi seperti ini. Seperti yang kita tahu kuicng chimera yang mempunyai pembahagian wajah yang sangat jelas seperti Venus dan Quimera ini adalah tersangatlah rare!

Namun jumlah berlakunya kucing chimera ini lebih kerap dari yang kita sedar.

Seperti contoh kucing chimera adalah dua embrio kucing yang ditakdirkan untuk menjadi kucing parsi berwarna putih.

Sebenarnya dalam kebanyakan spesis seperti kucing yang mempunyai kelahiran yang banyak, chimera ini jauh lebih normal dari apa yang kita jangka.

Banyak haiwan, dan kita manusia juga boleh mengalami proses penggabungan yang unik ini.

Tahukah anda yang selalunya kucing chimera ini adalah betina. Sama sahaja konsepnya seperti kucing calico dan tortie.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment