Turki Bina Bandar Khas Untuk Kucing J4lanan

Turki ada bandar yang dibina khas untuk kucing jalanan dan ianya sangat pawwwwsome!

Ini bukan hanya sekumpulan kucing bebas bergerak bermain di situ. Samsun Metropolitan Municipality di Turki berazam untuk mengurangkan jumlah kucing yang hidup susah, pendek di jalanan Samsun. Hasilnya Bandar Kucing, fasiliti unik yang berkeluasan 10,000 kilometer kawasan hutan yang memberikan habitat yang selesa, selamat kepada ratusan kucing jalanan dan tidak berumah.

“Pada 2014, kami membangunkan konsep bandar kucing. Kami melahirkan atmosfera untuk kucing hidup secara semulajadi. Kini kami ada 60 ekor kucing yang kesemuanya dimandulkan dan dicip. Mereka makan pada waktu pagi, bermain dan berlegar-legar di kawasan bandar kucing sepanjang hari dan tidur di tempat perlindungan pada waktu malam. Kami mempunyai kapasiti yang dapat menampung sehingga 500 ekor kucing,” kata Nurhan Isler, Ketua Hal Ehwal Veterinar Perbandaran Wilayah Samsun Metropolitan .

Bandar tersebut mungkin mengambil masa dua tahun dan kerja keras yang banyak untuk siap namun hasilnya boleh dilihat. Kucing-kucing jalanan dan tidak berumah ditangkap menggunakan sistem tangkapan yang berperikemanusiaan kemudian di bawa ke pusat perlindungan kucing yang berdekatan dengan bandar kucing ini. Setibanya di pusat perlindugnan tersebut, kucing-kucing ini semua dimandulkan sebelum diperkenalkan kepada rumah baru mereka.

Kucing-kucing di sana akan dijaga dan dipantau tahap kesihatan mereka oleh Hüseyin Aydin, veterinar khas fasiliti tersebut. Aydin akan pastikan segala penyakit berjangkit dikenalpasti sebelum kucing tersebut dikenalkan kepada rakan-rakan kucing yang lain.

“Fasiliti ini seperti hotel 5 bintang untuk kucing. Segala keperluan untuk kesihatan dan kehidupan mereka disediakan di sini. Mungkin tiada fasiliti seperti ini di tempat lain,” menurut Aydin.

Bandar Kucing sudah berkembang sejak bertahun-tahun. Seperti yang dilaporkan oleh The Ege Eye , apabila projek ini dilancarkan pada tahun 2014, mereka hanya mempunyai 50 ekor kucing sahaja. Sejak dari itu banyak permintaan dari bandar lain untuk bantuan kucing jalanan mereka yang membuatkan jumlah kucing di situ semakin meningkat. Penambahan penduduk kucing di bandar kucing ini memerlukan mereka memperluaskan lagi keluasan bandar kucing ini.

Menurut Nurhan Isler, Ketua Perbandaran Wilayah Samsun Metropolitan, rancangan untuk menambahkan ciri-ciri istimewa untuk kucing di situ sentiasa terhibur.

“Kami rancang untuk membina dapur khas untuk kucing bersama kawasan baru untuk bermain,” katanya.

Dengan jumlah populasi kucing tidak berumah menjadi masalah yang semakin meningkat, tindakan Turki ini betul-betul menjadi inspirasi kepada seluruh dunia. Ya betul dengan memandulkan kucing jalanan dapat mengurangkan populasi mereka tapi kehidupan mereka di jalanan tetap bahaya dan tidak selamat buat mereka. Jadi dengan adanya bandar kucing seperti di Turki ini kehidupan kucing jalanan lebih selesa dan selamat walaupun mereka tidak mempunyai tempat di hati orang ramai untuk adopsi.

Kalau MM ada tanah luas, nak jugak MM buat bandar kucing macam ni..

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment