Tupai Yang Diselamatkan Masih Pulang Ke Rumah Penyelamatnya Walaupun Sudah Diberikan Kebebasan Untuk Menerok4 Dunia Luar

Apabila Tyler Gregory menemui anak tupai kecil di rumahnya pada Ogos tahun lepas, dia tahu yang dia perlu lakukan apa yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa kecil itu.

Anak tupai tersebut dihanyutkan oleh ribut taufan. Ia sudah diterbangkan jauh dari sarangnya serta ibu. Gregory mengutip anak tupai tersebut untuk menghangatkan tubuhnya namun dia risau sekiranya anak tupai tersebut tidak mampu bertahan sepanjang malam.

“Ia sangat kecil sehingga matanya masih belum terbuka lagi,” kata Gregory. “Kami mula memberinya susu formula dengan botol dan mengharapkan yang terbaik.”

Gregory dan teman wanitanya memasang jam loceng selang 3 jam untuk bangun dan mengambil giliran untuk memberi susu kepada anak tupai tersebut. Nasib baik jadual kerja mereka yang fleksibel dapat memberikan mereka masa yang diperlukan untuk menjaga anak tupai tersebut yang mereka namakan Annie.

“Sangat membantu waktu kerja kami yang fleksibel untuk menjaga Annie. Saya pemuzik dan teman wanita saya bekerja di rumah melakukan kerja seninya,” kata Gregory.

Semasa minggu pertamanya, Annie tidur di dalam sangkar kecil bersama pad pemanas untuk keselesaannya. Semakin ia membesar, semakin membesar juga sangkar untuknya.

Namun sebaik sahaja matanya terbuka, tupai yang sangat ingin tahu ini mahu keluar meneroka dan ‘ayahnya’ gembira untuk melepaskannya keluar.

Gregory mula membawa Annie keluar dengan kerap di mana ia boleh berjalan di atas tumput. Kemudian anak tupai tersebut mula mencuba kekuatannya dengan melompat dari batang pokok ke batang pokok dan pos pagar.

Namun sejauh mana ia pergi, ia akan balik semula ke pangkuan ayahnya untuk belaian dan kegemarannya adalah gosokkan di perut.

“Semasa membesar, Annie sangat terikat kepada kami,” kata Gregory. “Ia suka berlari keliling rumah dan keluar meneroka namun apabila ia sudah puas ia akan balik semula ke pangkuan kami. Bila-bila ada tetamu datang ke rumah saya akan minta ia menyapa tetamu semasa ia sedang duduk di atas bahu saya”

Apabila Annie tidak duduk di atas bahu ayahnya, ia akan duduk di belakang abang anjingnya.

Pada bulan November tahun lepas, Annie memanjat pokok pertamanya. Ia adalah petanda yang ia sudah bersedia untuk hidup berdikari. Walaubagaimana pun cuaca yang teruk menunda pemergiannya.

“Kami tidak mampu melepaskannya lagi kerana ia membesar agak lewat dan musim sejuk mula menjadi teruk. Sangkarnya masih ada di dalam rumah. Walaubagaimana pun pada siang hari kami akan letakkan di luar supaya ia membiasakan diri dengan suasana sekeliling.”

Gregory mahukan Annie sendiri yang memilih untuk keluar dari sarang, jadi dia mula membuka pintu sangkar untuknya.

“Kami sangat gelisah namun ia harus dilakukan.” kata Gregory. “Saya tidak sanggup melihat ia di dalam sangkar lagi dan ia mula berkelakuan seperti tupai liar berbanding bayi tupai yang comel dan sweet.”

Suatu hari pada bulan Mac yang lalu, Gregory membuka pintu dan Annie terus lari masuk ke dalam hutan.

Gregory dan teman wanitanya bergurau mengenai Annie membesar dan keluar untuk ke Kolej, ia masih sedih untuk menyatakan selamat tinggal.

“Saya langsung tidak nampak Annie dalam seminggu dan sedih juga yang mungkin ia tidak akan kembali lagi,” kata Gregory.

Namun seperti anak yang keluar rumah pada kali pertama, Annie masih mahu pulang ke rumah untuk makanan percuma dan bermain bersama anjing.

“Keesokan harinya saya membuka pintu dan itu dia!” kata Gregory. “Ia akan datang dan menyapa di bahu saya.”

“Saya rasa sangat gembira,” Gregory menulis di Reddit. “Saya risau seperti ibu bapa yang kerisauan.”

Lawatan Annie hanya sekejap sahaja namun sangat bermakna bagi Gregory untuk mengetahui yang Annie sangat gembira dan sihat.

“Ia meluangkan masa bersama kami selama sejam dan terus pergi semula,” kata Gregory. “Setiap ia akan pulang sekejap untuk bermanja dan menerima kacang sebanyak yang boleh kemudian ia akan pergi. Ia kelihatan sangat gembira memanjat pokok ke pokok.”

“Lega hati saya mengetahui yang ia bebas meneroka namun masih mahu pulang ke rumah,” tambah Gregory.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment