Tips Untuk Menghentikan Kucing Yang Suka Menggigit

Kucing menggigit kerana pelbagai sebab jadi penting untuk kita fahami kenapa ia bertindak begitu jika anda mahu menghentikan tabiat ini

Ada sesetengah kucing yang sangat suka menggigit. Ada yang gigit gigit manja dan ada juga jenis gigit sungguh sungguh. Kucing yang berbeza menggigit kerana sebab yang berbeza. Jadi untuk memperbetulkan tabiat ini anda perlu mengenalpasti sebab apa kucing anda lakukan ini dan ambil pendedahan yang bersesuaian untuk kucing anda.

Kenapa kucing menggigit?

Terdapat pelbagai fungsi gigitan kucing ni. Selalunya ia merupakan tabiat kehaiwanan yang memerlukan untuk kucing menunjukkan dominasi dan respon terhadap ancaman. Apabila di dalam rumah kucing anda menggigit anda kerana mereka ingin menunjukkan siapa yang berkuasa. Jika kucing anda berkelakuan begini ia hanya menunjukkan sifat dominasinya terhadap anda.


Kucing anda juga menggigit sebagai satu bentuk komunikasi. Selain dari berbunyi, ada kucing yang menggunakan cakaran jika mereka inginkan sesuatu seperti makanan, buka pintu, nak keluar atau bersihkan kotak pasir.

Memperbaiki tabiat suka menggigit

Melatih kucing anda untuk tidak lagi menggigit adalah sama seperti melatih haiwan peliharaan lain untuk menghentikan tabiat buruk. Ini merupakan prinsip perkasa asas dalam melatih supaya sentiasa ingat:

  • Menghukum tingkahlaku buruk, memberi ganjaran tingkahlaku baik
  • Hukuman dan ganjaran selalu dilakukan segera supaya kucing anda dapat mengetahui apa sebab ia dihukum atau diberi ganjaran
  • Pentingnya konsistensi

Berdasarkan prinsip simple ini terdapat beberapa cara tertentu yang anda perlu untuk respon kepada jenis tabiat menggigit yang berbeza. Ini merupakan tabiat menggigit pada kucing yang suka menunjukkan dominasi:

  • Tunjukkan kepada kucing anda siapa sebenarnya yang boss. Marah dan cakap dengan kuat tetapi bukan menjerit k. Kucing tidak respon kepada perkataan berbanding anjing tetapi akan respon kepada ton dan kelantangan suara anda.
  • Kembirikan kucing jantan anda yang suka menggigit. Kucing jantan akan menjadi lebih agresif dan akan menjadi lebih tenang setelah dikembiri.
  • Gunakan item dominasi. Jika kucing anda menggigit, pukul dengan perlahan dengan item dominasi sebagai contoh gulungan surat khabar. Lama kelamaan kucing anda akan respon dengan hanya melihat gulungan suratkhabar tersebut.

Ini merupakan cara yang dapat membantu untuk kucing yang suka menunjukkan dominasi tetapi jika kucing anda hanya ingin berkomunikasi dengan anda, langkah yang berbeza harus diambil seperti:

  • Tidak hiraukan mereka. Kucing yang cuba untuk berkomunikasi anda dengan menggigit akan cuba cara yang lain pula sekiranya anda tidak respon dengan gigitan.
  • Cuba wujudkan bentuk komunikasi yang lain. Buat apa yang diminta oleh kucing anda sekiranya selepas kucing anda berbunyi atau menggesel kaki anda. Lama kelamaan kucing anda akan cuba bentuk komunikasi seperti ini dari menggigit.
  • Jangan terlalu negatif. Anda sedang cuba untuk membantu kucing anda berkomunikasi dengan anda. Jika anda menghukum kucing anda terlalu banyak, kucing anda akan jadi takut untuk menyatakan keperluan mereka kepada anda.

Kesimpulan

Tabiat menggigit ni kadangkala boleh menjadi comel dan mengjengkelkan. Apabila kucing anda datang kepada anda dan mula menggigit manja anda mungkin suka. Kadangkala gigitan boleh menjadi kesakitan dan menyusahkan.

Pentingnya untuk ingat yang anda tidak boleh pilih jika anda mahu menghentikan tabiat menggigit ni. Kucing anda mungkin mempunyai kesukaran untuk memikirkan bila masa yang sesuai untuk gigitan manja dan bila sepatutnya ia tidak boleh menggigit. Ya kucing anda akan keliru.

Apabila melatih kucing anda, anda perlu tegas. Semua jenis gigitan adalah tidak elok dan perlu menerima respon yang serupa.

p/s: Min akan berbunyi macam kucing marah kalau anak kucing min gigit tak henti-henti. Tahu pulak dia berhenti gigit.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment