Tips Untuk Memilih Kibbles Yang Terbaik Buat Kucing Anda

Kibbles atau makanan kucing kering seringkali menjadi pilihan utama pemilik kucing kerana mudah untuk diberi pada kucing.

Namun pemilihan kibbles yang salah menjadi punca kepada masalah kesihatan kucing yang serius sebagai contoh penyakit batu karang yang menjadi penyakit yang sering menyerang kucing.

Jadi macam mana hendak mengetahui kibbles itu terbaik untuk si comel anda? Jom kita lihat.

1. Meneliti label

Sama seperti anda meneliti label untuk membeli sesuatu produk, anda juga perlu peka dengan label pada kibbles yang anda beli. Antara yang perlu kita ambil tahu ialah:

  • Nama Produk
  • Berat per net
  • Tujuan produk (mesti bertujuan untuk kucing)
  • Senarai bahan-bahan
  • Analisis yang dijamin (kenyataan nutrien yang terdapat dalam produk)
  • Arahan pemakanan
  • Kenyataan nutrisi bersesuaian (produk bersesuaian dengan umur, tahap kesihatan, jenis kucing)
  • Kenyataan syarikat

2. Meneliti bahan-bahan

Sudah tentu kita perlu peka dalam bahan-bahan yang ada di dalam kibbles pilihan kita. Antara bahan-bahan yang selalu ada di dalam kebanyakan kibbles ialah:

  • Daging (ayam, ayam belanda, kambing, kambing biri-biri; ada setengah kibbles mempunyai otot, lemak saluran darah, jantung, kulit, dan sebagainya.)
  • Lemak lembu
  • Serbuk tulang
  • Serbuk jagung

Bahan-bahan yang harus dielak adalah

  1. Bahan yang tidak memberi nutrisi pada kucing. Ini adalah produk serat contohnya gandum atau barli, ataupun produk sayuran seperti kanji kentang dan sebagainya. Kucing asalnya haiwan Karnivor dan sukar untuk menghadam produk sayuran. Makanan tambahan yang perlu dielak juga termasuklah jagung dan soya.
  2. By Product- Ialah istilah diberi pada bahagian-bahagian yang tidak dimakan oleh manusia.
  3. Pewarna, pengawet dan perisa tambahan – Sesetengah dari bahan ini diketahui menjadi punca penyebab penyakit kanser. some of these ingredients are known carcinogens (meaning they can cause cancer). Pengawet yang perlu dijaga-jaga termasuklah BHT, BHA, ethoxyquin, propyl gallate dan sebagainya. Walaupun gula adalah pemanis semulajadi, kucing tidak perlukannya.

3. Meneliti nutrien

Sama juga seperti manusia, kucing perlu memenuhi keperluan nutrien dan vitamin hariannya untuk kekal sihat. Keperluan nutrien dan vitamin kucing berbeza mengikut umur kucing.

Mengikut Vetbook.org, seekor kucing dewasa memerlukan nutrien dan vitamin seperti di bawah:

Daily protein requirements 10 g/kg bodyweight
Daily fat requirements 2 g/kg bodyweight
Daily carbohydrate 1 g/kg bodyweight
Daily energy 45 kcal/kg bodyweight
Daily fiber requirements  1 g/kg bodyweight
Vitamins
Total protein (grams) 4.96
Amino Acids
Arginine (g) 0.19
Histidine (g) 0.064
Isoleucine (g) 0.11
Lysine (g) 0.084
Leucine (g) 0.25
Methionine (g) 0.042
Phenylalanine (g) 0.099
Phenylalanine-tyrosine (g) 0.38
Taurine (g) 0.0099
Threonine (g) 0.13
Tryptophan (g) 0.032
Valine (g) 0.13
Fats
Total Fat (g) 2.2
Linoleic Acid—Omega 3 (g) 0.14
Arachidonic Acid—Omega 6 (g) 0.0005
Eicosapentaenoic & Docosahexaenoic Acid (g) 0.0025
Vitamins
Vitamin A (μg) 24.7
Vitamin D3 (μg) 0.17
Vitamin E (mg) 0.94
Vitamin K (mg) 0.025
Thiamin (mg) 0.14
Riboflavin (mg) 0.099
Pyridoxine (B6) (mg) 0.06
Niacin (B3) (mg) 0.99
Pantothenic Acid (B5) mg 0.14
Folic Acid (B9) (μg) 19
Biotin (B7) (μg) 1.9
Vitamin B12 (μg) 0.56
Choline (mg) 63
Vitamin C (mg) 0
Minerals
Calcium (g) 0.071
Phosphorus (g) 0.063
Potassium (g) 0.13
Chloride (mg) 23.7
Magnesium (mg) 9.5
Iron (mg) 1.98
Copper (mg) 0.119
Iodine (μg) 35
Zinc (mg) 1.9
Manganese (mg) 0.119
Selenium (μg) 6.95

4. Jenama kibbles yang terbaik

Ada di antara jenama ini susah untuk didapati di pasaran Malaysia. Namun jika sukar untuk mencari jenama ini, anda beli sahaja kibbles yang super premium. Ini di antara jenama makanan kucing yang diketahui kualitinya.

  • Rachel Ray Nutrish Natural
  • Hill’s Science Diet’s
  • Blue Buffalo
  • Natural Balance
  • IAMS
  • Royal Canin
  • Taste of The Wild
  • StarPro
  • Blackwood
  • Equilibrio
  • EVO
  • Brit

Ok yea MM tahu ada di antara kibbles ini harga mungkin agak mahal bagi sesetengah pemilik kucing di luar sana tapi kita perlu ingat yang jika kita tidak berkira dengan kucing, suatu hari nanti mana tahu rezeki anda bertambah sebabkan kucing anda. Jika ada kibbles yang tidak tersenarai dalam list MM ini jangan khuatir, tak bermakna kibbles yang anda beli itu tidak elok. Cumanya sepertimana yang dibincangkan tadi periksa bahan-bahan, peratus protein dan pastikan tiada pewarna. Warna yang kibbles bagus selalunya berwarna coklat gelap.

MM kongsikan pula info mengenai perkelasan kualiti kibbles oleh Amylia Qistina,

Organik

• Sangat sangat mahal
• GRAIN FREE
• Kualiti sangat-sangat baik
• Makan sikit dah kenyang
• Sesetengah Pet shop & Veterinar clinic
• Bahan asli / segar dan tiada bahan kimia atau proses kimia
• Tiada bijirin (rice/corn/soy/oats)
• Rendah karbohidrat (potatoes/tapiocas/peas/lentils)
• Minimum 50% daging
• Kandungan Protein yang tinggi
• Mengandungi sayuran dan buahan
• Mengandungi probiotik
• Nutrien yang lengkap dan seimbang
• Contoh :
Acana
Orijen
Natural Core

Holistik

• Sangat mahal
• GRAIN FREE
• Kualiti sangat baik
• Makan sikit dah kenyang
• Pet shop & Veterinar clinic
• Tiada bijirin (rice/corn/soy/oats)
• Rendah karbohidrat (potatoes/tapiocas/peas/lentils)
• Minimum 50% daging
• Kandungan Protein yang tinggi
• Nutrien yang lengkap dan seimbang
• Mengandungi sayuran dan buahan
• Mengandungi probiotic
• Contoh :
Pure vita
Hill’s
Royal canin veterinary
Leonardo
Totw
Carnilove
Bravery
Pro pac
Proud
Nutram
Wilderness
Pro nature

Super Premium

• Mahal
• Kualiti tinggi
• Makan sikit dah kenyang
• Pet shop & Veterinar clinic
• Tiada perisa & pewarna
• Pengawet semulajadi (vitamin C or E)
• 5 bahan awal (rice/corn/soy/etc)
• Kandungan Protein yang tinggi
• Mengandungi dan tidak mengandungi probiotik
• Contoh :
Brit
Royal Canin (Persian/Mainecoon/BSH/etc)
Dormeo
Nutri source
Wono
Tornado
Equilibrio
Belif
Buttons n bows
Blackwood

Premium

• Murah
• Kualiti rendah
• Makan byk baru kenyang
• Pet shop
• 5 bahan awal ada (rice/corn/soy/etc)
• Sesetengah mempunyai perisa
• Kandungan Protein yang tinggi
• Tidak Mengandungi probiotic
• Contoh :
Powercat
Misha
Love cat
Iams
Greens

Komersial (Supermarket)

• Sangat murah
• Kualiti sangat rendah
• Makan byk baru kenyang
• Supermarket
• Byproduct meat/chicken/poultry/etc
• 5 bahan awal (rice/corn/soy/etc)
• Mempunyai perisa dan pewarna
• Kandungan Protein yang rendah
• Tidak Mengandungi probiotic
• Contoh :
Whiskas
Prodiet
Purina
Pedigree
Smartheart

Note : byproduct adalah baki daripada ayam or etc yg tiada daging. Tak termasuk hooves, gigi, tanduk dan bulu. Contohnya paru, hati, otak, kulit, tulang, mata, lidah, darah, usus dan sebagainya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment