Oleh kerana kucing anda sudah merapikan dir mereka sendiri ni tidak bermakna anda tidak boleh membantu kucing anda. Yelah bukannya anda perlu memberus kucing anda setiap hari namun kalau anda mula berus kucing anda setiap hari, anda akan perasan perbezaan yang akan berlaku dengan kebaikan yang sangattttt banyak bukan hanya pada kucing anda pada anda juga. Ini merupakan beberapa sebab kenapa anda perlu mula untuk memberus kucing anda setiap hari. MM berus 3,3 ekor tu setiap hari yea jangan chuols tak tahu….
1. Kurangnya bebola bulu (hairball)
Yea memang bebola bulu ni perkara biasa bagi kucing walaupun bebola bulu yagn terkumpul selama berbulan bulan boleh mendatangkan masalah pada kuicng. Walaubagaimanapun kucing anda boleh memuntahkan bebola bulu yang ada dalam perut mereka. Ada kes kucing tidak mampu memuntahkan bulu bulu yang terkumpul itu. Jadi adalah lebih elok jika kita membantu mengurangkan sedikit pengumpulan bulu dalam perut si bulus kita kan. Dengan memberus kucing anda dengan kerap, ini akan membantu mengeluarkan lebihan bulu dan juga bulu mati. Jadi bila kurangnya bulu m4ti dan gugur bila kucing anda merapikan diri mereka jadi kuranglah untuk mereka menelan bulu bulu berlebihan itu.
2. Boleh mengurangkan keguguran bulu
Dengan memberus kucing anda secara kerap katakan dalam sehari sekali mahupun selang dua hari akan mengurangkan lebihan bulu. Ini bermakna tiada lagi bulu gugur di atas lantai, bulu melekat pada perabot dan ini bermakna tiada lagi bulu kucing melekat pada pakaian anda.
3. Membersihkan sisa kutu pada bulu kucing
Memberus kucing adalah cara yang paling bagus untuk menghilangkan sisa kutu atau bahasa yang paling mudah faham adalah t4hi kutu pada bulu kucing anda, jadi anda boleh tahu yang perosak kecil ini cuba untuk bersarang pada kucing anda. Yea memang anda patut pastikan bulu kucing anda bebas kutu dengan mengambil ubat kutu secara berkala dan juga penghalang parasit untuk melindungi kucing anda dari masalah kesihatan seperti alergi dermatitis kutu, anemia mahupun heartworm.
4. Perapian yang bebas kesakitan
Jika anda mempunyai kucing yang sudah tua atau kucing yang mempunyai arthritis atau apa sahaja isu pergerakan yang menyebabkan kucing kucing ini sukar untuk merapikan diri sendiri jadi mereka amat bersyukur sekiranya anda memberus mereka.
5. Mengukuhkan ikatan antara kucing anda
Jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing anda akan perasan yang mereka saling merapi antara satu sama lain. Kucing lakukan ini untuk mewujudkan kepercayaan dan menunjukkan kasih sayang. Jadi memberus dan merapikan kucing anda, anda dapat membantu membina kepercayaan yang sama dan dapat menunjukkan kucing anda yang anda menyayanginya.
6. Membersihkan bulu kucing anda
Bila berus kucing ni bukan setakat bulu m4ti sahaja yang boleh dikeluarkan, malah segala kekotoran, habuk-habuk, debu-debu yang melekat pada bulu kucing akan juga dapat dikeluarkan. Kucing yang suka keluar rumah ni eloklah diberus setiap hari.
Berus yang bersesuaian dengan kucing anda
1. Berus yang sesuai untuk kebanyakan kucing
Tidak menjadi masalah untuk memberus kebanyakan kucing dengan berus yang mempunyai dua sisi di mana ada berus yang lembut dan berus halus seperti jarum (jangan risau bukan jarum betul pun)
Jika anda mempunyai kucing berbulu gebu, mulakan dengan bahagian berus yang lembut untuk melonggarkan simpulan bulu yang ada. Kemudian menggunakan bahagian berus yang rapat rapat dan halus untuk mengeluarkan bulu lebihan dan dapatkan bulu kucing yang bersinar dan sihat.
2. Berus untuk kucing berbulu panjang
Jika anda mempunyai kucing berbulu panjang yang macam tak lut je guna berus dua sisi tu kan, anda boleh cuba berus seakan akan sikat kutu ini untuk mengeluarkan segala segala bulu yang tersangkut.
3. Berus untuk kucing sensitif
Jika kulit kucing anda sensitif dan tidak suka permukaan kebanyakan berus seperti contoh di atas, anda boleh cuba menggunakan berus jenis getah yang lembut atau boleh sahaja gunakan sarungtangan perapi.
Bagaimana hendak memberus kucing anda?
Berita baiknya kebanyakan kucing suka apabila diberus dan dirapi. Walaubagaimanapun ini merupakan cara-cara untuk membiasakan kucing anda dengan rutin yang baru ini:
Selesakan kucing anda
Untuk mula memberus, pastikan kucing anda selesa dan membenarkan diri mereka dipegang. Berus bulu mereka dengan perlahan untuk melihat sekiranya kucing anda dalam mood yang baik.
Berus dengan perlahan-lahan
Mulakan memberus dengan pergerakan yang perlahan-lahan. Mula berus di kawasan yang kucing anda suka dibelai seperti contoh di bawah dagu, belakang dan di telinga.
Berus di kawasan yang lain
Jika kucing anda da mula suka apabila diberus, anda boleh cuba bergerak di kawasan yang sensitif seperti di perut kucing. Jika kucing anda mula menggigit atau mencakar anda, sila berhenti berus di kawasan tersebut. Kembali semula memberus di kawasan yang disukai kucing. Lama kelamaan kucing akan membenarkan anda memberus di kawasan sensitif mereka setelah kepercayaan mula terbina antara anda dan kucing anda.
Beri ganjaran
Apabila selesai memberus, beri kucing anda masa bermain ataupun snek istimewa jadi kucing anda akan mula suka untuk diberus kerana adanya ganjaran sekiranya sudah selesai sesi memberus.
Oleh kerana setiap kucing itu berbeza, anda patut berbincang dengan veterinar ataupun perapi kucing yang anda kenali sekiranya kucing anda tidak suka dan memberontak apabila diberus.