Alergi Kucing Tapi Teringin Nak Bela Kucing? Ha Baca Tips Ni Dulu

Ada sesetengah manusia menjauhi kucing kerana takut dan tidak menyukai kucing. Ada juga terpaksa menjauhkan diri dari kucing kerana alergi. Teringin nak bela kucing tetapi anda alergi? Jika anda sering bersin, mata berair dan sering selesema apabila didekati kucing, maka anda mempunyai alergi terhadap kucing.

Walaubagaimana pun sebelum anda mengambil keputusan untuk membela kucing, sila jalani ujian alergi jika anda mempunyai penyakit asma. Sebanyak 30%-40% kanak-kanak dan dewasa mempunyai penyakit asma adalah alergi terhadap ‘dander’ haiwan. Apa itu dander? Dander adalah material yang luruh dari badan mamalia. Lebih kurang macam kelemumur namun lebih halus. Jadi bulu kucing bukan penyebab alergi yea.

Ini adalah langkah-langkah untuk membantu anda mengawal simptom alergi sementara anda dapat bergembira dengan kehadiran kucing di dalam hidup anda. MM juga mengalami simptom alergi terhadap kucing, namun ini tidak menghalang MM untuk mempunyai kucing di dalam hidup MM.

Ya, ada sinar harapan untuk anda membela kucing walaupun anda mempunyai alergi. Namun proses ini slow dan steady untukbadan anda membiasakan dengan kehadiran kucing.

DISCLAIMER: Segala informasi dalam artikel ini adalah untuk pengetahuan semata-mata tidak boleh dipetik untuk kegunaan perubatan. Sila rujuk dengan doktor terlebih dahulu jika mempunyai simptom yang membimbangkan.

Hapuskan segala punca alergi yang ada di rumah

Kita semestinya mahu ruang untuk kucing anda bebas bergerak dan bermain bukan? Jadi langkah pertamanya adalah menghapuskan segala punca-punca yang mengaktifkan alergi seperti hama, habuk dan kulapuk. Kebanyakan punca alergi jenis bawaan angin (termasuk dander kucing) berkumpul di material yang lembut seperti langsir, perabut jenis fabrik, pengelap kaki dan juga karpet.

  • Kerapkan mencuci langsir dan memvakum.
  • Gunakan perabut jenis kulit atau kayu. Jika tak berkemampuan untuk menukar, kerapkan vakum perabut anda.
  • Elakkan penggunaan karpet. Jika ada, sila vakum karpet rumah anda hari-hari yea.
  • Hapuskan segala jenis lilin pewangi, potpuri atau air fresheners. Semua ni memburukkan lagi simptom alergi anda.

Sediakan ubat-ubatan di rumah

Ubat-ubatan adalah perkara penting kita fikir apabila berhadapan dengan alergi. Namun, sila betanya dulu dengan doktor atau farmasi berhampiran anda untuk sebarang ubat alergi.

Menziarah rumah yang mempunyai kucing

Ya MM tahu anda mesti tak sabar untuk langkah yang ini. Tak sabar untuk membelai kucing. Untuk permulaan boleh menziarah kawan-kawan atau ahli keluarga yang mempunyai seekor ke dua ekor kucing dahulu. Kita mahukan pendedahan yang sedikit dahulu.

Ini adalah bertujuan untuk mendekati kucing tapi tidak terlalu kerap. Sila ambil ubat alergi 30 minit sebelum melawat. Beri masa kepada kucing itu untuk hampiri anda. Setelah itu bolehlah anda membelai kucing tersebut. Jika alergi simptom anda masih dalam keadaan yang terkawal, anda boleh membenarkan kucing tersebut untuk naik ke riba anda. Untuk pendedahan yang pertama ini anda perlu bermain dengan kucing selama 10-15 minit bergantung kepada keselesaan anda.

Dalam beberapa minggu anda boleh cuba membelai kucing yang sama namun kali ini cuba panjangkan masa anda dari beberapa minit ke 30 minit atau sejam. Lagi sekali bergantung kepada tahap keselesaan anda.

Melawat pusat perlindungan kucing terdekat

Anggap semua langkah yang telah dinyatakan di atas, anda berjaya hadapi ini bermakna anda telah berjaya meningkatkan tahap ketahanan badan anda terhadap kucing, disamping bersama-sama ubat-ubatan yang didriskripsi khas untuk anda, ini boleh mula mencari kucing di pusat perlindungan terdekat dengan anda. Ingat ya banyak kucing di situ berharap untuk diambil bela. Sila adopt dan jangan beli kucing.

Ambil ubat alergi anda terlebih dahulu sebelum ke pusat perlindungan kucing. Luangkan masa dalam sejam di situ. Pilih kucing yang betul-betul bersesuaian dengan anda.

Jadikan bilik tidur anda kawasan no entry pada kucing

Setelah berada di rumah bersama kucing anda yang baru. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghadkan kawasan untuk kucing anda. Seperti contoh bilik tidur anda. Maaf ya memang seronok dapat lihat kucing tidur bersama-sama kita, namun jika simptom anda semakin berkurang boleh la anda cuba menjemput kucing anda masuk ke bilik tidur anda. Ingat ya, proses pendedahan ni sikit demi sikit ya.

Jadikan vakum sebagai kawan karib anda

Kedenganrannya agak lucu namun sebagai manusia yang mempunyai alergi dan memiliki kucing, vakum adalah barang yang perlu anda miliki di rumah. Jangan lupa menggunakannya hari-hari ya. Nak bela kucing kena rajin uolsssss….

Melabur untuk memiliki pembersih udara

Pembersih udara atau Air purifier sangat bagus untuk orang yang alergi terhap punca alergi bawaan angin. Jika berkemampuan boleh la beli letak di rumah anda. Beli air purifier yang mempunyai HEPA yang bagus.

Cuci tangan anda

Setelah membelai kucing anda jangan lupa untuk cuci tangan. Jangan sesekali menyentuh mata anda jika anda belum mencuci tangan.

Memandikan kucing anda

Memandikan kucing anda dapat mengurangkan segala dander yang ada di badannya. Tetapi perlu diingatkan jangan terlampau kerap memandikan kucing. Seeloknya dua ke tiga minggu sekali sudah memadai. Beli shampoo yang khas untuk mengurangkan dander kucing.

Ini adalah langkah-langkah untuk anda menghadapi dan mengurangkan simptom alergi anda. Perlu diingatkan sekiranya anda mahu juga membela kucing cukuplah hanya seekor ke dua ekor sahaja. Sekiranya simptom anda masih berleluasa, JANGAN buang kucing anda, pleaseeeee…..

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment