Tips Penting Untuk Buatkan Kucing Percayakan Anda

Menurut Mental Floss, saintis berkata yang satu cara yang paling terbaik untuk membina kepercayaan dengan kucing adalah dengan biarkan ia terjadi dengan sendirinya.

Anda perlu bersabar dan terima yang proses ini mengambil masa. Tunggu untuk kucing itu sendiri datang kepada anda supaya anda tidak membuatkan ia rasa terancam. Kajian menunjukkan yang jika anda tunggu, kucing tidak akan lari sekiranya anda respon.

BACA JUGA: Tanda-tanda kucing percayakan anda

1. Beri ruang pada kucing

Menurut Iheartcats, jika kucing anda masih baru, beri ruang kepadanya untuk menyesuaikan diri. Ini akan membuatkan kucing mudah menerima situasi baru pada kawasan yang mereka rasa selamat. Berikan satu ruang yang senyap dan selamat di dalam rumah anda. Ruang yang terbaik adalah ruang yang mempunyai tempat persembunyian supaya kucing rasa selamat. Bila kucing rasa selamat, secara automatiknya ia akan selesa.

2. Gunakan makanan

Walaupun kucing perlukan ruang untuk rasa selamat, anda perlukan kucing untuk keluar juga akhirnya supaya kucing dapat membiasakan diri mereka untuk meluangkan masa bersama anda. Makanan adalah cara yang terbaik untuk tarik kucing anda keluar. Letakkan mangkuk makanan pada kawasan yang berhampiran dengan kawasan yang anda sering meluangkan masa. Seperti contoh ruang tamu mahupun dapur. Ini bermakna kucing akan berhampiran dengan anda setiap kali ia makan dan kaitkan anda dengan masa makan mereka. Dalam masa ke semasa, kucing akan lebih biasa dengan kehadiran anda dan kepercayaan akan terbina.

3. Elakkan bunyi bising

Menurut Purrfect Love pula, elakkan bunyi bising yang mungkin menakutkan kucing dan mengganggu kepercayaan mereka. Bunyi-bunyian seperti hempas pintu dan bunyi penyedut hampagas.

4. Tiru tingkahlaku kucing

Bahasa tubuh kucing berbeza dengan manusia. Ini bermakna, apabil anda mendekati kucing anda, tindakan yang anda rasa menenangkan mungkin berlawanan dari apa yang dirasakan oleh kucing. Jadi kalau boleh cuba tiru tingkahlaku kucing ketika mendekati kucing jadi kucing akan lebih memahami dan percaya yang anda bukanlah satu ancaman kepada mereka.

5. Jangan dekati mereka sehingga ke bucu rumah

Dalam dunia liar, kucing akan merancang laluan untuk melarikan diri sekiranya rasa terancam. Mereka tidak suka berada di ruang yang sempit yang tidak memberikan mereka ruang yang banyak untuk melarikan diri. Jadi elakkan dari mendekati kucing anda sehingga ke bucu rumah. Ini membuatkan kucing rasa terancam.

6. Belai dengan cara yang betul

Jika kucing anda sudah percayakan anda, penting untuk anda membelai mereka dengan betul. Apabila anda membelai dengan kasar, kepercayaan akan hilang dengan cepat. Walaupun setiap kucing mempunyai cara belaian yang tertentu, kajian menunjukkan yang kucing lebih suka dibelai pada dahi dan pipi dan kucing tidak suka dibelai di kawasan berhampiran ekor.

7. Perhatikan reaksi kucing

Perhatikan bagaimana kucing anda bereaksi kepada perhatian yang diberikan oleh anda. Ini akan membuatkan anda lebih mengetahui apa yang kucing anda suka atau tidak. Dengan memahami kesukaan kucing, anda boleh lakukan hanya perkara yang kucing anda suka dan ini akan memudahkan anda mendapat kepercayaan dari kucing anda. Tanda kucing anda gembira adalah berpurring ketika dibelai, mengurut-urut, melagakan kepalanya kepada anda, menyengitkan mata secara perlahan-lahan dan menggesel-gesel kepada anda. Tanda amaran yang kucing anda tidak gembira adalah sentiasa mengibas-ngibaskan ekor, berbunyi hiss, mencakar dan menggigit.

Kesimpulan

Bukan semua kucing mudah mempercayakan manusia dan banyak sebab disebalik tingkahlaku ini antaranya kucing tersebut pernah mengalami trauma. Walaubagaimanapun terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk membuatkan mereka percayakan anda. Anda perlu bersabar dan ikuti langkah-langkah yang MM kongsikan ini.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment