Tips Penjagaan Anak Kucing

Baru-baru ini MM adopt anak kucing kurang umur 6 bulan. Sekarang ni dah pandai menyesuaikan diri dah si kecik tu dalam rumah ni. Jadi artikel kali ni MM nak kongsikan tips menjaga anak kucing.

Bila jaga anak kucing ini sama sahaja macam jaga baby manusia ni. Jika anda memberikan penjagaan dan latihan yang betul semasa anak kucing masih kecil, peluang untuk menjadi kucing yang berkelakuan baik, sihat dan gembira lebih mudah. Jika anda baru adopt anak kucing, ha jom tengok tips ni. Harap dapat membantu anda:

1. Jangan layan anak kucing anda macam kucing yang sudah dewasa

Sama seperti bayi manusia juga yang mempunyai banyak keperluan berbanding manusia remaja, anak kucing juga mempunyai banyak keperluan berbanding kucing yang sudah matang. Jadi anda perlu mengetahui tahap tumbesaran anak kucing apabila menjaga mereka:

Bawah 8 minggu

Pada ketika ini, anak kucing perlu berada bersama ibu dan adik beradiknya. Jika anda membela anak kucing dalam lingkungan usia ini, banyak penjagaan khas yang perlu dibuat termasuklah memberi susu setiap dua jam sehinggalah anak kucing berusia 4 minggu. Anda juga perlu membantu anak kucing tersebut membuang najis dan urin.

BACA JUGA:

Perkembangan anak kucing dari lahir hingga minggu ke 8

Cara menyusukan anak kucing baru lahir

8 ke 11 minggu

Ketika ini anak kucing selalunya sudah putus susu dan patut diberikan diet khas untuk anak kucing yang memberikan tenaga, kaya dengan protein dan mudah dihadam. Tidak kisah jenama makanan apa yang penting beli makanan yang khas untuk anak kucing.

Perubahan besar semasa tempoh ini adalah motor skill anak kucing anda mula berkembang. Pendek ceritanya ketika ini anak kucing mula aktif. Melompat, berlari, bermain dan meneroka.

Dua ke empat bulan

Fasa ini merupakan fasa tumbesaran anak kucing sangat cepat di mana mereka mempunyai tenaga hampir tiga kali ganda berbanding kucing dewasa. Mereka memerlukan 3 ke 4 hidangan ketika sianh. Menurut Vetstreet.com, hidangan ini perlukan mempunyai sekurang-kurangnya 30% protein berkualiti tinggi.

Empat ke enam bulan

Anak kucing dalam kelompok usia ini hampir mencapai kematangan fizikal dan seksual. Ketika ini anda bolehlah membawa kucing anda untuk dikasi dan dimandulkan.

2. Bawa ke veterinar untuk pemeriksaan

Yang ni memang kena utamakan dulu. Memang penting untuk pemeriksaan anak kucing lebih-lebih lagi jika kita selamatkan anak kucing terbiar. Anak kucing perlu dinyah cacing kerana anak kucing sudah pun dijangkiti parasit dan cacing melalui ibunya. Bila dah cukup umur dan berat sudah mencapai 1kg boleh mulakan vaksin pertamanya.

3. Berikan masa

Kalau anak kucing anda tidak penakut, pemalu atau gelisah perkara ini sedikit memudahkan anda. Namun sekiranya anak kucing yang anda jumpa, adopt atau selamatkan itu sedikit pemalu dan penakut sila beri masa untuk anak kucing tersebut. Sediakan ruang khas untuk ia bersembunyi seperti contoh bilik air. Letakkan makanan dan minuman berdekatan supaya ia dapat membiasakan diri dengan ruang itu terlebih dahulu sebelum membiasakan diri dengan seluruh kawasan rumah.

Macam kucing yang MM baru bela ni memang sedikit liar dan penakut. Apa-apa hal ia akan lari bersembunyi masuk bilik. Apa MM buat sentiasa bersama anak kucing tersebut, masa makan, rajin belai dan rajin sembang supaya ia terbiasa dengan keadaan bersama manusia. Tunggu anak kucing itu keluar meneroka dengan sendirinya namun jangan sampai anda langsung tidak pedulikannya. Anak kucing perlukan interaksi bersama manusia supaya ia boleh membesar menjadi kucing yang peramah dan friendly dengan manusia.

BACA JUGA: Cara mengendalikan kucing penakut dan gelisah

4. Bersedia dengan keaktifan anak kucing

Yang ni penting ya. Anda kena bersedia dengan gelagat anak kucing yang seperti tiada erti penat. Berlari satu rumah, memanjat sana sini, bermain, menyerang, mencakar dan menggigit. Malam-malam jangan terkejut ada budak tiba-tiba gigit kaki kita ya.

Anda perlu kerap bermain bersama anak kucing supaya tenaganya dapat dikeluarkan. Sediakan banyak permainan stimulasi untuk anak kucing. Jangan sesekali bermain dengan tangan anda kerana tingkahlaku menggigit akan membawa sampai ke dewasa.

BACA JUGA: Kenapa kucing perlu masa bermain?

5. Sentiasa berinteraksi

Bersosial dan melatih kucing anda semasa ia kecil akan memberi kesan terhadap bagaimana ia akan berinteraksi dengan manusia dan haiwan yang lain apabila ia dewasa.

Sentiasa pastikan anak kucing anda dapat membiasakan diri dengan bunyi bising, orang asing dan sebagainya. Jadi anda seharusnya sentiasa bersama anak kucing anda, bermain, membelai, merapi dan sebagainya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment