Tips Menghilangkan Bau Urin Kucing Yang Susah Nak Hilangkan Tu

Kucing terkucil di tempat yang tidak sepatutnya. Dah pulak kena cuci lepas tu bau tak hilang-hilang…. Bau urin kucing masih ada sekiranya anda lambat mencuci kawasan tersebut. Dan akan menjadi sukar untuk dikesan sekiranya urin kucing sudah kering.

Sementara itu anda boleh cuba tips-tips yang dikongsikan oleh pakar untuk menghilangkan bau urin kucing di dalam rumah.

Bagaimana untuk menghilangkan bau urin kucing pada karpet?

Sama seperti mana-mana kotoran pun, walau apa materialnya kuncinya adalah bertindak dengan pantas.

Gunakan pencuci berasaskan bakteria atau enzim untuk ini. Bakteria yang baik dan enzim akan membantu menguraikan bakteria jahat yang melepaskan bau yang tidak enak ini.

Tekankan pencuci ini menggunakan plastik supaya ia dapat menyerap dengan lebih dalam dan biarkan sahaja platik tersebut menutup kawasan tersebut sehingga pencuci ini kering dan lakukan magisnya. Jika perlu anda boleh mencuci kawasan tersebut lagi dengan menggunakan campuran 1 cawan cuka ke dalam 1 galon air. Kemudian menambah produk pro-bakteria tersebut.

Contoh pencuci enzim yang anda boleh gunakan:

 

Bagaimana cara untuk menghilangkan bau urin kucing pada perabot?

Apabila kucing anda masih dapat menghidu bau urinnya walaupun anda sudah mencuci, ia akan kencing lagi di tempat itu. Bau urin kucing adalah seperti bau ammonia, jadi pencuci berasaskan ammonia adalah sangat tidak sesuai untuk digunakan. Tetapi cuka mempunyai efek yang berlawanan, ia seperti memberitahu kucing anda supaya pergi. Basahkan kesan urin kucing dengan larutan cuka, dan sedang cuka tersebut tersejat ia membawa sekali bau urin kucing tersebut.

Bagaimana untuk menghilangkan bau urin kucing pada permukaan keras?

Selepas mengeringkan urin tersebut, campurkan satu sudu besar pencuci pinggan dalam dua cawan air sejuk. Dengan menggunakan kain mikrofiber, cuci kawasan tersebut menggunakan larutan sabun tersebut. Dengan menggunakan kain lain yang bersih, keringkan kawasan tersebut.

Jika bau masih ada, taburkan baking soda di kawasan tersebut dan biarkan sehingga sekurang-kurangnya setengah jam.

Baking soda bertindak meneutralkan bau. Jika masa sudah mencukupi, anda vakumkan sahaja baking soda tersebut.

Bagaimana cara untuk menghilangkan bau urin kucing pada pakaian?

Bilas kotoron tersebut dengan air sejuk. Jika bau urin masih ada, cuba cuci semula dengan menggunakan campuran baking soda bersama sesuku cawan cuka epal atau lebih baik menggunaka pencuci berasaskan enzim. Keringkan seperti biasa tanpa menggunakan pengering kerana haba dari pengering akan membuatkan bau tersebut menjadi lebih teruk sekiranya mesin pencuci tidak dapat menghilangkan secara sepenuhnya bau urin tersebut.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment