Tindakan Lelaki Ini Untuk Menyelamatkan Kucingnya P4sti Membuatkan Anda Terkesima

Rakaman mengenai satu penyelamatan kucing yang sukar untuk dipercayai dirakam oleh Nick Powel pada 25 April yang lalu. Nick sedang berehat-rehat di rumahnya apabila dia melihat sesuatu yang pelik di luar tingkapnya. Di seberang jalan, setinggi 12 tingkat, ada seorang lelaki menyeberang sisi bangunan apartment!

Nick dengan kusyuknya melihat kejadian ini dan tidak pasti apa punca lelaki tersebut melakukan sesuatu yang sangat merbahayakan ini. Kemudian, semuanya masuk akal rupa-rupanya Nick menyaksikan satu aksi menyelamatkan kucing yang sangat dramatik….

Tidak semua hero pakai mantel…

Kucing lelaki tersebut entah bagaimana boleh berada di balkoni jiran lelaki tersebut. Malangnya jiran tersebut tiada di rumah jadi kucing malang tersebut terperangkap.

Hero yang tidak diketahui namanya ini sanggup menyeberang tebing kecil yang lebarnya tidak melebihi kelebaran tapak kaki. Satu langkah yang silap, boleh melayang nyawa!

Walaupun mengetahui bahaya yang dihadapinya itu, lelaki tersebut kelihatan tenang sehingga dia berjaya mengambil kucing tersebut dan menyeberang semula ke tebing sempit itu dan memberikan kucing kepada lelaki lain sebelum berjaya memanjat balkoninya dengan selamat.

Nick memuatnaik rakaman tersebut di Instagram dan rakaman tersebut berjaya mendapat view sehingga lebih 25k dan banyak komen dari netizen yang memuji tindakan pemilik kucing tersebut.

Lelaki ini merisikokan segalanya untuk kucing

Hero ini kekal tidak diketahui dan sehingga sekarang masih tidak diketahui kenapa atau bagaimana kucingnya boleh sampai ke balkoni jirannya.

Namun apa yang kita boleh nampak yang lelaki tersebut sememangnya sangat menyayangi kucingnya!

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment