Tidak Sempat Ke Klinik? Baca Dulu Rawatan Tradisional Untuk Kucing

Tak semua rawatan tradisional tu tak bagus. Kita boleh ikhtihar untuk merawat kucing dengan rawatan tradisional sebelum bawa ke vet.

Tak semua orang mampu untuk bawa kucing ke vet. Tetapi sekiranya keadaan kucing anda tidak menunjukkan sebarang perubahan, cepat-cepat bawa ke vet ya. Vet kerajaan pon ada untuk orang yang tidak berkemampuan ke swasta. Duit boleh dicari, nyawa kucing kita tiada gantinya.

AIR KELAPA MUDA UNTUK RAWATAN MUNTAH DAN CIRIT BIRIT

Kucing akan muntah dan cirit birit sekiranya memakan makanan yang sudah tidak elok. Jika kucing anda kena muntah muntah, cirit birit, asingkan dari kucing yang lain. Berilah mereka air kelapa muda. Gunakan syringe untuk beri kucing yang sakit tadi.Beri seberapa yang boleh..kalau lemah sangat kena paksa, maksudnya force feed kucing tadi..

Kemudian air biasa.. jika selera mereka tiada, berilah air yang dicampur sedikit glukos atau pun gula. Gunakanlah syringe/picagari untuk menyuap kan cecair supaya mereka tidak dehydrated atau kekeringan akibat cirit birit atau muntah. Jika diberi cecair sekerap mungkin mereka tidak akan dehydrate dan khasiat air kelapa muda tadi akan membersihkan segala bahan yang didalam perut mereka. Glukos dari air kelapa muda pula akan memberi kekuatan tenaga dan makanan didalam badan tanpa perlu di cerna.

AIR KELAPA MUDA UNTUK RAWATAN DEMAM

Jika yang tiba tiba kena demam panas, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memberikan kucing anda air kelapa muda diulangi setiap 2 jam sekali..satu atau 2 syringe..ikut pada saiz kucing.

  • kucing dewasa, 3- 4 syringe paling minimum tak apa diikuti air kosong.. setiap 2,3 jam.
  • anak kucing beri 1-1/2 syringe dlm tempoh 2 jam.
  • Jika nampak mereka bertenaga teruskan. Selepas itu berilah air biasa atau air yang dicampurkan sedikit glukos, paling tidak sedikt gula (jangan manis ya kalau boleh rasa gula sayup sayup sahaja dan di akhirnya di beri air kosong. Jangan lupa lapkan supaya semut tidak hurung…

AIR KELAPA MUDA UNTUK RAWATAN KER4CUNAN

Jika disyaki kucing ker4cunan berilah air kelapa muda sebanyak yang boleh kerana air kelapa bersifat diauretik dan mempercepatkan proses perkumuhan bahan tersebut cepat keluar dengan segera. Jika sempat bawalah ke vet.

Jika hendak memberi air kelapa muda  dan makan ubat doktor, berilah air kelapa muda dulu akhir sekali di bilas air kosong. setengah jam kemudian baru diberi ubat doktor. Jika tidak sia sia sahaja makan ubat doktor kemudian segera di proses menjadi bahan buangan jika ubat  dimakan dahulu dan diikuti minum air kelapa muda.

KOPI UNTUK RAWATAN LUK4 BERD4RAH

Jika kucing anda mempunya luk4 yang d4rah tidak henti henti mengalir, ambil sedikit serbuk kopi letakkan di bahagian yang luk4 tadi untuk menghentikan d4rah. Kita juga boleh gunakan kopi bila luk4 di bibir tidak henti henti.

LOBAK PUTIH UNTUK KUCING SUKAR KENCING ATAU KENCING BERDAR4H

Ambil lobak putih ada dijual dipasar atau supermarket, potong setengah, blender atau parut, ambil juSnya, gunakan syringe tadi dan beri haiwan tadi minum, sebanyak yang boleh kemudian beri minum air biasa.. Kalau boleh simpan baki tadi didalam peti sejuk, bila kita buat seterusnya rasa jusnya sejuk, rasa pun tidaklah ketara.
Apa yang haiwan terutama kucing kalau yang selalu ada masalah akan membuat banyak buih airliur  memprotes. Bagusnya syringe tadi diarahkan pada anak tekak sedalam yang boleh. Kawan penulis melakukan ini untuk kucing nya yang terlalu kerap tidak boleh kencing. Ia membantu memecahkan batu karang dan kristal. Berikan kucing anda air jus lobak putih dan air kosong  secara kerap setiap jam.
Nanti jika diperhatikan air kencingnya ada keluar berpasir dan kadang kala d4rah yang berlendir atau berketul beku.

KUNYIT UNTUK RAWATAN LUK4 DAN KURAP

Jika luka yang tidak berd4rah, ambil kunyit, tidak kira kunyit basah atau serbuk kunyit dicampur secubit garam, janji ianya basah dapat sapukan dibahagian yang luk4 tadi. Supaya luka tidak septik. Kucing tadi boleh lah menjilat luk4 tanpa bah4ya kerana ia merupakan kunyit semata mata. Nenek nenek kita kalau kucing luk4 ke kena kurap diambilnya minyak yang digunakan menggoreng ikan tadi, disapukan pada yang kena tadi, baik. Kenapa baik, minyak goreng ikan ada minyak ikan semula jadi, ikan digaulkan dengan garam kunyit dan digoreng, semua tertinggal didalam minyak. Jika kucing menjilat bahagian disapu minyak ikan tadi tidak apa. Kerana dengan menjilat luk4 mereka, air liur mereka mengandungi bakteria yang mempercepatkan luk4 tadi kering.

Perlu diingatkan sekali lagi jika keadaan kucing anda tidak berubah sila bawa berjumpa doktor veterinar ya untuk pemeriksaan kesihatan yang lebih detail.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment