Tidak Memandulkan Kucing Anda Merisikokan Kucing Anda Diserang Penyakit Pyometra

Jika anda tidak pernah dengar mengenai pyometra sebelum ini, anda bukan seorang sahaja.

Ramai pemilik kucing yang tidak mengetahui penyakit yang membawa maut ini. Walaupun penyakit ini jarang untuk berlaku, namun penting untuk pemilik kucing lebih-lebih lagi yang membela kucing betina untuk tahu mengenai penyakit pyometra ini kerana walaupun jarang berlaku tapi ada kemungkinan ianya akan terjadi sekiranya kucing betina tidak dimandulkan.

Bagaimana Pyometra terjadi?

Kucing betina yang on heat setiap dua ke tiga minggu. Tempoh ini akan berlangsung selama dua minggu selalunya. Semasa tempoh ini hormon progesteron meningkat dengan tingginya yang membuatkan dinding uterus menebal. Keadaan ini berlaku supaya serviks terbuka untuk kucing bersedia mengalami kebuntingan apabila sperma kucing memasuki uterus. Walaupun tempoh kitaran on heat kucing betina sudah pun berakhir, tahap hormon progesteron masih tinggi, dan keadaan uterus kucing kekal sama. Apabila keadaan ini masih berlaku beberapa kali dan kucing anda tidak berjaya untuk bunting, dinding uterus yang kekal menebal itu akan mula menghasilkan cyst.

Oleh kerana serviks terbuka semasa tempoh ini, bakteria sangat mudah untuk memasuki uterus kucing anda. Tambahan lagi sel darah putih tidak memasuki uterus semasa tempoh on heat untuk membenarkan sperma hidup, jadi lebih mudah bakteria untuk membiak dan seterusnya menyebabkan jangkitan pada uterus kucing anda.

Symptoms

Pyometra mempunyai dua set simptom yang sangat berbeza bergantung kepada infeksi berlaku semasa serviks terbuka atau tertutup.

Jika infeksi berlaku semasa serviks ditutup, anda boleh lihat ada nanah atau darah yang keluar dari kemaluan kucing anda.

Jika infeksi berlaku semasa serviks terbuka, anda tidak akan menemui sebarang tanda pada kemaluan kucing anda kerana infeksi akan terperangkap dalam uterus kucing. Anda akan melihat simptom yang lebih teruk. Kucing anda akan hilang selera makan, tidak bertenaga, depresi, terlebih minum air dan pengeluaran urin yang berlebihan.

Jika anda mempunyai kucing betina yang banyak minum air dan bengkak pada abdomen, kemungkinan kucing anda mengalami pyometra.

Jika anda merasakan yang kucing anda mungkin mengalami ptometra, jangan berlengah lagi, bawa kucing anda ke veterinar dengan segera. Jika kucing anda menunjukkan simptom-simptom yang dijelaskan sebelum ini, ini bermakna jangkitan sudah pun berlaku.

Dengan berlengah atau menunda beberapa hari akan menyebabkan kucing anda ketoksikan dan merisikokan kucing anda mengalami jangkitan pada darah. Ini akan membuatkan keadaan kucing anda bertambah lebih teruk dan semestinya akan menyebabkan kematian. Tambahan lagi uterus kucing anda boleh pecah.

Kesimpulan

Jadi sekiranya anda sayangkan kucing anda dan tidak mahu ia membiak, adalah lebih elok anda memandulkan sahaja kucing anda itu. Sudahlah taknak mandulkan, bagi mengawan pun taknak… Betul-betul menganiaya kucing. Bab memandulkan kucing tahu pulak kesian.. haihhh tak paham MM pun.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment