Tiada Teman Untuk Ke Prom, Lelaki Ini Bawa Kucingnya Sahaja

Sam Steingard tidak mempunyai teman untuk pergi ke prom…

Remaja tersebut akhirnya mendapatkan idea gila untuk mengambil gambar bertemakan prom bersama kucingnya Ruby.

Gambar yang kemudiannya viral kerana netizen semua jatuh hati melihat pasangan yang comel ini.

Secara teknikalnya, dia tidak membawa Ruby ke acara prom bersamanya namun mempunyai sesi bergambar prom yang seronok bersama kucing itu.

Akhirnya Caroline, kakak kepada Sam berkongsikan gambar tersebut di Imgur.

Kucing yang bernama Ruby ini sudah dibela lebih 10 tahun. Ruby dijumpai di belakang restauran Ruby Tuesday oleh sebab itulah kucing ini diberi nama Ruby.

Sam sangat sayangkan kucing ini dan ya, kucing tersebut sayangkan Sam juga!

Suka denga apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment