Terasa Hendak Membela Kucing? Ketahui 10 Tips Ini Dahulu Sebagai Persediaan

Kucing merupakan haiwan yang terbaik untuk dijadikan peneman. Disamping dapat mengawal gangguan tikus dan haiwan perosak di rumah, kucing juga dapat memberi kegembiraan dalam hidup kita.

Sebelum anda mengambil keputusan untuk mula membela kucing, banyak perkara yang perlu anda fikir. Ini merupakan tips sebelum anda membela kucing.

Kredit Gambar: The Spruce Pets

1. Pastikan gaya hidup anda sesuai atau tidak

Kucing merupakan haiwan yang sangat berdikari namun begitu, ia masih tidak mampu untuk cara diri mereka sendiri di dalam rumah. Sebelum mengambil keputusan untuk membela kucing, pastikan gaya hidup anda bersesuai dengan kucing. Individu yang sibuk bekerja mendapati agak sukar untuk mencari masa untuk kucing yang sangat memerlukan perhatian dan perapian lebih lebih lagi kucing yang bijak dan aktif. Namun jangan risau lakukan kajian anda kerana ada terdapat kucing yang sesuai untuk gaya hidup yang sibuk bekerja.

2. Bela dua ekor kucing sekiranya anda terlampau sibuk bekerja

Bagaimana jika keadaan anda berubah setelah membela kucing? Waktu bekerja anda terlampau lama dan masih inginkan kucing menyambut anda di pintu apabila pulang dari kerja. Membela kucing lagi seekor untuk menemani kucing anda bermain merupakan penyelesaian yang terbaik.

3. Pastikan anda tidak mempunyai alergi

Adakah anda mempunyai sebarang alergi? Jika anda menderita dari reaksi alergi, sila lakukan pemeriksaan untuk alergi kucing sebelum anda membawa pulang kucing ke rumah. Namun ada juga individu yang mempunyai alergi dapat menyesuaikan diri dengan kucing mereka sendiri tapi mengalami reaksi terhadap kucing lain. Untuk keselesaan anda, pilihlah kucing yang kurang allegen. Anda boleh melihat tips untuk membela kucing pada individu yang mempunyai alergi.

4. Kasi/ M4ndulkan kucing bila sampai waktu

Sebelum membawa pulang kucing ke rumah anda, bawa ia ke veterinar untuk pemeriksaan kesihatan. Tambahan lagi sila jadualkan kucing anda untuk dim4ndulkan sebelum mencapai usia matang. Ini memberikan banyak perbezaan dalam kucing yang sihat dan gembira dengan kucing yang sengsara sehingga berusaha untuk keluar rumah dan juga menyembur urin di perabot anda. Banyak ya kebaikan dari mem4ndulkan kucing ini.

5. Sediakan kotak pasir dan makanan yang bersesuaian

Dapatkan kotak pasir yang bagus dan berkualiti. Kotak pasir yang bertutup boleh memberikan kucing anda lebih privasi dan jenis pasir yang berbutir juga lebih senang untuk dicara. Pastikan kotak pasir kucing anda sentiasa bersih untuk keselesaan bukan hanya kucing tapi juga anda. Pastikan juga anda membeli makanan yang bersesuaian dengan usia kucing anda. Boleh tengok tips memilih kibbles terbaik untuk kucing anda. Jika anda sentiasa ada di rumah, anda boleh melatih kucing anda untuk kencing dan ber4k di bilik air. Dapat jimat dalam perbelanjaan pasir bukan?

6. Sediakan permainan yang mencukupi

Kucing haiwan yang suka bermain. Patung tikus, bulu pelepah dan walaupun kotak kosong sekali pun sangat menghiburkan kucing. Benda permainan tidak seharusnya mahal malah boleh juga dibuat sendiri. Pastikan mainan mencukupi untuk membuatkan kucing anda gembira, aktif dan tidak bosan.

7. Sediakan juga tempat mencakar untuk kucing

Jika anda tidak mahu sofa anda dicakar cakar atau beg LV baru anda rosak, beli tempat cakar khas untuk kucing.

8. Tak wajib tapi boleh juga sediakan catnip dan treats

Catnip dan treats adalah bagus untuk merasuah kucing anda dan juga melatih kucing anda untuk melakukan trick. Treats untuk kucing juga senang sahaja untuk dimasak di rumah. Boleh rujuk post membuat treats mudah untuk kucing anda.

9. Dapatkan insurans

Dapatkan insurans haiwan peliharaan. Di Malaysia ni tak pasti ada ataupun tidak. Namun jika anda ingin memiliki baka kucing yang mahal adalah digalakkan untuk mengambil insurans.

10. Jika ingin bela anak kucing

Jika anda ingin membawa pulang anak kucing, pastikan anda memulakan rutin perapiannya seawal usianya. Memandikan, memberus bulu dan memotong kuku supaya kucing anda dapat membiasakan dirinya. Jika tidak rutin ini akan menjadi mimpi ngeri buat anda. Sekiranya anda menemui anak kucing ikuti cara penjagaan anak kucing yang betul.

Jadi itu dia tips tips untuk anda yang mula ingin membela kucing. Kucing akan hidup lama hampir 20 tahun jika anda menjaganya dengan baik jadi anda dan kucing anda akan bersama sama dalam tempoh yang sangat lama. Pada pendapat MM, silalah ambilbela kucing kucing yang ada di pusat perlindungan kucing ni. Anda boleh cari pusat perlindungan kucing yang ada di Malaysia ni. Kucing kucing di pusat perlindungan sangat perlukan kasih sayang dari anda. Ataupun anda juga boleh menyayangi kucing jalanan yang sentiasa dambakan kasih sayang manusia. Adopt dont shop ok!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment