Taufan Paling Dahsyat Dalam Sejarah Jepun Mungkin Akan Menghempas Okishima Iaitu Pulau Yang Majoritinya Didiami Oleh Kucing

Jepun dilanda taufan super iaitu taufan Hagibis yang dikatakan paling dahsyat sejak 60 tahun.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran yang kawasan yang akan terjejas menurut NationTV, adalah pulau kucing yang terkenal iaitu pulau Okishima. 

Oleh sebab tidak ramai manusia yang mendiami pulau tersebut untuk memberi tempat berteduh kucing-kucing di sana, ramai netizen meminta bantuan pada sesiapa yang berdekatan untuk membantu kucing-kucing di pulau ini.

Buat pengetahuan anda, populasi kucing di Okishima lebih banyak dari populasi manusinyang tinggal di pulau ini. Jadi diharapkan naluri semulajadi kucing akan membantu dalam mencari tempat untuk berteduh dan menyelamatkan diri mereka sendiri dari taufan yang kuat ini.

Oleh kerana pulau ni lebih banyak kucing dari manusia, jadi semestinya tenaga manusia tidak mencukupi untuk memastikan keselamatan kucing-kucing ini.

Bayangkanlah angin kuat dah hujan lebat berpanjangan…. Mana kucing-kucing ni nak pergi?

Tambahan lagi ada pulau kucing yang lain juga dilanda taufan Hagibis iaitu pulau Ogijima, Sanagishima dan Manabeshima.

Moga semua miaow2 kat situ selamat! Kesiannya terpaksa jaga diri sendiri. Buat masa ini tiada kenyataan mengenai nasib kucing-kucing ini, namun kita berdoalah kucing-kucing dan rakyat Jepun di sana.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment