Kepekakan kucing ada perkara biasa sahaja dari apa yang kita fikirkan. Ianya kedengaran menakutkan namun jangan khuatir…
Seperti manusia berumur yang semakin kehilangan deria pendengaran, sama juga kucing. Terdapat beberapa petanda yang kucing anda mula menjadi pekak yang anda boleh perhatikan. Jadi, anda bolehlah belajar membantu kucing anda hidup dengan lebih selesa.
Apa punca kucing menjadi pekak?
Bukan satu sebab sahaja kucing kehilangan deria pendengaran mereka. Malah terdapat beberapa sebab kucing menjadi pekak.
Sebab paling utama adalah sudah tentu usia. Kucing dan manusia sama sahaja, telinga kita semakin kehilangan fungsinya dari tahun ke tahun seterusnya dari trauma kecil. Ini mengganggu hujung saraf di dalam telinga. Ia juga membuatkan gegendang telinga kurang fleksibel, menghalang laluan bunyi. Hasilnya, pendengaran kita semakin berkurang.
Terdapat sebab lain juga. Walaupun ianya kurang kerap berbanding kepekakan kerana usia tua, anda tidak seharusnya mengenepikan sebab ini. Kucing anda boleh menjadi pekak kerana trauma pada telinga yang serius, jangkitan malah ketumbuhan. Kadang-kala kucing juga mengalami masalah pendengaran kerana efek beberapa ubat.
Terdapat juga beberapa kucing yang terdedah kepada kepekakan kongenital. Ini terjadi apabila kucing dilahirkan pekak sebelah atau pekak kedua-dua belah telinga. Apa yang menakjubkan mengenai perkara ini adalah kepekakan kongenital selalunya berkait rapat dengan pigmen pada kucing. Menariknya, kucing berwarna putih seringkali mengalami kepekakan kongenital. Begitu juga dengan kucing odd-eyed. Ianya satu mutasi genetik yang memberikan warna mata kucing berbeza warna.
Tanda-tanda kucing mula menjadi pekak
Jadi kita dah tahu punca kepekakan pada kucing. Tapi tahukah anda bagaimana hendak mengetahui bahawa sesungguhnya kucing anda mula kehilangan deria pendengarannya?
Terdapat beberapa cara untuk mengetahui kucing sudah mula menjadi pekak. Tanda yang paling ketara sekali adalah respon kucing anda terhadap pergerakan yang asas. Tipikalnya, jika anda mendekati kucing, mereka akan bertindak atau memberi respon dengan sangat cepat kan? Yelah kucing kan asalnya pemburu. Walaubagaimanapun, kucing yang kehilangan atau deria pendengaran yang mula merosot, mereka selalunya tidak akan respon. Dan apabila mereka sedar anda ada, kucing anda seakan terkejut.
Petanda yang paling besar apabila seekor kucing mula menjadi pekak adalah, berlakunya perubahan dalam rutin kebiasaannya. Apabila pendengaran kucing mula merosot, kucing akan berhenti memberi respon terhadap isyarat yang biasa. Sebagai contoh, tidak lagi mula datang kepada anda sekiranya anda pulang dari bekerja atau ketika anda menggoncang bekas makanan. Kita sebagai pemilik kucing mesti akan sedar perubahan tersebut. Kucing anda mungkin akan berbunyi dengan lebih kuat dan kerap.
Lagi petanda yang menarik adalah perubahan pada corak tidur kucing anda. Kucing yang pekak tidur lebih lena dan lebih lama. Cuba untuk tidak menggangu kucing yang pekak sedang tidur atau berehat. Ini akan membuatkan kucing terlampau terkejut. Kucing selalunya dalam mode berjaga-jaga walaupun sedang tidur. Namun, sekiranya pendengaran mereka merosot, mereka tidak lagi cepat dalam memberikan respon. Jadi gangguan semasa mereka tidur sangat traumatik bg kucing yang pekak..
Tips hidup bersama kucing yang pekak
Sejurus anda tahu dan pasti bahawa kucing anda sudah pun pekak, anda perlu pastikan kucing anda tetap hidup dengan selesa dan aman di dalam rumah anda.
#1
Ikut rutin harian adalah penting bagi kucing pekak. Ini membolehkan kucing pekak berasa lebih percaya dan dapat mengawal persekitaran mereka. Rutin ini seharusnya berjalan di dalam rumah. Kawasan luar rumah sangat bahaya kepada kucing yang pekak kerana sudah tentu mereka tidak dapat mendengar bunyi kereta dan sebagainya.
#2
Apabila pendengaran mula merosot, ini bermakna kucing anda mula bergantung kepada deria yang lain terutamanya deria penglihatan mereka. Anda seharusnya mengutamakan untuk berkomunikasi dengan kucing anda secara visual. Sebagai contoh, anda perlu tunjuk kucing anda makanan mereka.
Kesimpulan
Kepekakan pada kucing bukan perkara yang luar biasa. Ianya petanda yang kucing anda semakin berusia, sama seperti manusia juga. Jika anda memiliki kucing yang pekak, pastikan anda menjaga mereka dengan lebih penjagaan. Mereka juga dapat hidup dengan selesa dan bahagia cuma perlukan sedikit bantuan sahaja.