Tanda-tanda Kucing Anda Mungkin Bencikan Anda

Kucing adalah haiwan yang lucu. Anda tidak pernah tahu apa yang bermain di fikiran mereka.

Kalau dahulu, MM pernah kongsikan tanda-tanda kalau kucing sayang kita kan? Macam mana kalau kucing bencikan kita? Tapi mungkin tidak… harap-harapnya taklah kan.

Ha kalau nak tahu jom baca tanda-tanda ni:

1. Muntahkan bebola bulu (hairball)

Kucing anda ‘membuang’ bebola bulu yang segar secara strategiknya di kawasan yang akan anda pijak. Secara logiknya mungkin kawasan laluan tapak kaki anda ditandai dengan bau.

Kucing seringkali memuntahkan bulu di karpet kerana proses pengeluaran bebola bulu tu melibatkan pelbagai jenis otot dan karpet menyediakan daya tarikan untuk membantu proses tersebut.

Jadi apabila anda secara tidak sengaja terpijak muntahan bulu tersebut (MM simpati kat chuols), ketahuilah yang ini mungkin bukan serangan balas dari kucing anda. Hmmm yeke…

2. Memancut dan kencing ikut suka jer

Urin kucing adalah salah satu di antara bau yang sangat sukar untuk dihilangkan.

Nak mencari kawasan rumah yang di’tanda’ oleh kucing kita boleh jadi stress! Tapi jangan risau kucing sememangnya haiwan pemangsa yang sukakan kawasan jajahan. Menanda kawasan adalah salah satu bentuk nalurinya yang semulajadi.

Lagipun anda pun tahukan yang kucing bukan hak milik anda, andalah hakmilik kucing anda. Kalau anda faham apa yang MM nyatakan tu… Berserta kesemua barang anda merupakan hak milik mereka.

Mengkasi  dan memandulkan boleh mengurangkan gejala menanda kawasan ini. Anda juga perlu memastikan bahawa sebarang kesan bau urin hilang sepenuhnya.

Mungkin juga kucing anda tunjukkan protes kerana anda tidak membersihkan kotak pasirnya dengan betul. Kucing haiwan yang pembersih kan…

Selain dari itu anda perlu memastikan bahawa kucing anda betul-betul sihat. Ini adalah kerana kucing yang mempunyai masalah saluran urinari memang akan kencing merata tempat selain dari kotak pasir.

3. Sengaja cari gaduh

Berbunyi hiss, meludah, menggigit dan mencakar adalah pendekatan yang sangat tidak berapa lembut. Samada kucing anda sangat marahkan anda atau takutkan anda.

Kucing MM kadangkala akan tunjukkan tingkahlaku sebegini sekiranya nampak MM menangkan kucing yang lain. Jeles mungkin…

Jika keadaan ini masih berterusan anda mungkin terlalu kerap menukar-nukar bau anda (minyak wangi, deodoren dll) atau kucing anda sedang kesakitan.

Tingkahlaku agresif yang berlanjutan lebih-lebih lagi kalau sebelum ini tidak pernah terjadi, boleh menunjukkan adanya kesakitan atau penyakit.

4. Keguguran bulu yang banyak

Semestinya kucing anda sedang stress jika bulu banyak keguguran ini. Jadi serangan balas kepada anda adalah menggugurkan bulu ke atas baju kegemaran anda.

Kucing selalunya akan mengambuskan sesuatu yang mereka tidak sukai. Jadi apabila kucing anda sering menggugurkan bulunya di pakaian anda, ini menunjukkan bahawa ia cuba untuk menutup bau yang ada pada pakaian kegemaran anda.

Tapi kita sebagai pemilik kucing ini dah ralat dah bila baju terlekat bulu ni kan…

5. Mencuri dan menyembunyikan barang anda

Pernah tidak kucing anda mencuri barang anda dan kumpulkan di satu kawasan yang anda tidak pernah jangka pun?

Jangan tidak tahu ada tingkahlaku kucing yang suka mengumpulkan barang ni. Gelaran yang diberikan kepada kucing jenis ini adalah kucing klepto.

Jadi anda rasa kucing anda bencikan anda ke bila dorang ni buat perkara yang dah disebutkan tu? Ataupun ia mungkin berlawanan dari apa yang anda fikirkan. Mungkin itu cara kucing anda sayangkan anda dan nakkan perhatian dari anda sebanyak yang boleh.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment