Virus Feline immunodeficiency (FIV) adalah sesuatu yang mungkin anda selalu dengar tapi adakah anda tahu mengenai penyakit ini?
Bagaimana hendak melindungi kucing anda darinya?
Apa itu FIV?
FIV adalah penyakit berjangkit yang selalu disamakan dengan virus HIV yang dijumpai pada manusia. Virus ini melemahkan sistem imunisasi kucing yang dijangkiti itu dan membuatkan kucing itu mudah dijangkiti penyakit yang selalunya tidak menyerang kucing.
Virus tersebut bergerak ke kelenjar limfa dimana ia menyerang sel T iaitu sejenis sel d4rah putih yang bertanggungjawab dalam mengekalkan imuniti tubuh dari sebarang bakteria, virus dan serangan kulat.
Virus tersebut kemudiannya memasuki tempoh hibernasi yang mungkin berjalan selama beberapa tahun. Kucing yang dijangkiti kelihatan sihat namun sebenarnya sudah dijangkiti virus ini. Lama kelamaan barulah tanda-tanda dan gejala virus ini muncul.
Malangnya sehingga kini tiada rawatan antivirus untuk penyakit ini.
Bagaimana FIV didiagnosis dan apakah gejalanya?
FIV selalunya didiagnosis melalui ujian d4rah. Ujian ini direka untuk mengesan sebarang antibodi dan perlu dijalankan oleh veterinar yang berpengalaman.
Malangnya kebanyakan kucing tidak menunjukkan gejala penyakit ini selama beberapa tahun selepas dijangkiti. Namun gejala-gejala yang perlu diperhatikan termasuklah:
- Kehilangan berat badan
- Selera makan berkurangan
- Sakit apabila mengunyah
- Demam
- Bengkak pada kelenjar limfa
- cirit birit
- Cecair berlebihan keluar dari mata dan hidung
- Kulit, pundi kencing, atau jangkitan buah pinggang
- sawan
- Gangguan tidur
Sila rujuk dengan veterinar terdekat kerana gejala gejala ini mungkin menjurus kepada penyakit yang lain.
Adakah FIV penyakit mudah menular dalam komuniti?
Menurut ASPCA, FIV selalunya tersebar dengan dua cara: Samada melalui luka gigitan semasa pergaduhan ataupun dari ibu kepada anak anak kucing.
Namun jangan risau. Virus ini tidak selalunya tersebar melalui perkongsian penggunaan kotak pasir dan mangkuk makanan dan ia juga tidak boleh disebarkan dari kucing ke manusia.
Bagaimana caranya untuk melindungi kucing dari FIV?
Pertamanya kurangkan kucing anda bermain di luar atau indoorkan sahaja kucing anda. Ini mengelakkan peluang untuk kucing anda terserempak dengan kucing yang membawa virus ini.
Tambahan lagi sekiranya anda perlu hantar boarding kucing anda, pastikan tempat boarding tersebut bebas dari kucing pembawa virus FIV.
Sekiranya anda membawa pulang kucing baru, pastikan kucing tersebut diuji sebelum bawanya ke rumah anda.
Bagaimana FIV dirawat?
Oleh kerana tiada antivirus untuk melawan virus ini, selalunya rawatan direka untuk menghalang kondisi kedua yang mungkin muncul.
Ubat-ubatan boleh diberi untuk mengendalikan segala infeksi yang muncul, terapi pemulihan eletrolit juga merupakan rawatan dalam pilihan. Veterinar anda mungkin akan mengesyorkan anda mengubah plan diet kucing anda yang lebih sihat dan penuh nutrisi.
Dalam beberapa kes, imun-boosting dan ubat anti-keradangan mungkin diberikan bersama-sama rawatan untuk parasit yang selalunya terjadi sekiranya kucing anda diberikan diet makanan mentah
Patutkah saya mengelak dari mengadopsi kucing yang dijangkiti FIV?
Sudah tentu tidak!
Walaupun tiada penawar untuk FIV ini namun dengan penjagaan yang rapi, kucing yang positif FIV dapat hidup dengan gembira. Jadi jangan abaikan kucing FIV ini dari menerima kediaman mereka selamanya
Chuols ada bela kucing positif FIV tak? Kalau ada cuba share pengalaman chuols jaga kucing macam ni di ruangan komen!