Tanda-tanda Kucing Anda Sedang Nazak

Setiap kucing menghampiri kemati4n berbeza, ia boleh jadi tempoh yang lama atau secara tiba tiba sahaja.

Kita berperanan untuk memberikan kucing tersebut keadaan yang selesa sepanjang proses kem4tiannya.

Agak sukar untuk mengetahui bila masa yang sesuai untuk euthanisakan (suntik m4ti) kucing dan perasaan bersalah semestinya melanda pemilik kucing.

Dalam artikel ini kita melihat tanda tanda fikizal dan tingkahlaku yang menunjukkan kucing sedang menghampiri kem4tian.

Tanda tanda fizikal:

  • Pernafasan tersekat dan berbunyi kuat
  • Bulu yang tidak terurus
  • Hilang selera makan dan minum
  • Kekurangan berat badan
  • Sawan
  • Lebih banyak tidur kerana kucing sukar tidur disebabkan ketidakselesaan
  • Kekerapan kencing dan buang n4jis
  • Masalah kawalan kencing yang lemah
  • Berbau
  • Penurunan suhu badan

Perubahan tingkahlaku:

  • Menyembunyikan diri
  • Perubahan dalam fungsi kognitif seperti keliru
  • Kurang bersosial dan suka berdekatan dengan pemilik
  • Hilang minat terhadap apa sahaja
  • Menangis

Tanda akhir kem4tian:

  • Tiada nadi
  • Tiada denyutan jantung
  • Tubuh sejuk
  • Mata tidak bergerak
  • Anak mata membesar dan tidak respon kepada cahaya
  • Kelopak mata buka sedikit
  • Rahang yang rileks
  • Pengeluaran air kencing dan n4jis

Kucing yang mempunyai masalah kesihatan dalaman boleh hidup selama berbulan bulan dan ada juga kes bertahun tahun. Namun apabila tiba masanya kem4tian akan menghampiri juga.

Kucing tahu ke mereka sebenarnya hampir m4ti?

Menurut buku Cat World, kucing tidak memahami kem4tian ataupun tahu sebenarnya mereka sedang m4ti. Ramai pemilik kucing menganggap kucing tahu kem4tian sedang menghampiri kerana kucing akan menyembunyikan diri beberapa hari ataupun jam sebelum kem4tian . Namun menyembunyikan diri adalah tingkahlaku yang biasa oleh kucing yang sakit. Haiwan yang sakit tidak mahu menjadikan diri mereka mangsa yang mudah untuk diserang b4haya jadi dengan itu mereka cenderung untuk menyembunyikan diri jika sakit.

Kenapa kucing pergi jauh untuk m4ti?

Tidak semua kucing yang nazak menyembunyikan diri. Lebih lebih lagi kucing yang sentiasa berada di dalam rumah (indoor cat), mereka tidak berpeluang untuk pergi jauh dan bersembunyi di kawasan semak samun. Kucing yang berada di luar dan sakit teruk selalunya tidak mempunyai kekuatan untuk kembali ke rumah dan menjumpai kawasan sunyi untuk dijadikan tempat persembunyian dan akhirnya m4ti.

Terdapat perbezaan terhadap kucing yang tahap kesihatannya berkurangan secara perlahan lahan seperti masalah buah pinggang dan kanser, yang selalunya mengambil masa berbulan bulan untuk menghampiri kem4tian berbanding dengan tr4uma yang berlaku secara tiba tiba seperti dil4nggar kenderaan mahupun diser4ng anjing.

Di bawah merupakan tanda tanda kucing anda sedang n4zak

Perubahan fizikal kucing n4zak

Tidak lagi mahu makan dan minum

Kucing yang sakit teruk akan hilang selera. Ini adalah kerana perasaan yang sangat tidak sihat, terlalu letih untuk makan dan kurang keperluan untuk makan kerana tidak lagi aktif. Kebanyakan kucing akan sengaja membiarkan diri mereka dahaga dan ada juga minum air walaupun sedikit. Pada tahap ini dehidrasi sangat teruk.

Masalah dalam pengawalan kencing dan n4jis

Banyak kucing yang sakit tenat akan kencing secara tidak sengaja dan agak biasa untuk mereka mengalami cirit birit pada tahap ini. Jangan marah dan bersabar jika keadaan ini berlaku dan pastikan tempat tidur kucing anda sentiasa bersih supaya kucing anda boleh kekal selesa selama yang ia boleh.

Kesukaran untuk bernafas

Pernafasan yang normal adalah 20-30 nafas per minit. Kucing yang nazak pernafasannya mungkin cepat, perlahan, berbunyi ataupun ada jarak yang lama antara nafas yang seterusnya (apnea) atau kucing anda mungkin mengalami sesak nafas.

Kucing yang dalam kesakitan juga akan mengalami nafas yang tercungap cungap

Penurunan suhu badan

Suhu badan yang normal adalah 37.7 – 39.1°C. Semakin menghampiri kem4tian suhu badan kucing anda akan semakin menurun. Anda mula akan perasan telinga dan tapak kaki kucing menjadi sejuk apabila dipegang. Suhu mungkin turun sehingga bawah 37.7°C.

Lemah

Kucing yang n4zak akan menjadi sangat lemah sehingga tidak mampu untuk bergerak walaupun sedikit.

Berbau

Bermulanya kegagalan organ untuk berfungsi, toksin boleh berkumpul di dalam badan kucing dan menyebabkan badan dan nafas kucing berbau.

Perubahan dalam penampilan

Bermulanya kesihatan kucing anda merosot, penampilan fizikal mereka juga mengalami perubahan. Walaupun ini bukanlah tanda tanda kematian yang utama, ini merupakan klu bahawa kesihatan kucing anda sedang merosot. Perubahan yang amat ketara adalah pengurangn berat badan yang drastik dan bulu yang tidak kemas kerana kucing anda tidak lagi menjilat diri mereka sendiri.

Kucing berbunyi purring juga ke semasa n4zak?

Ya dan kucing akan berbunyi purring jika mereka dalam kesihatan jadi agak tidak mustahil sekiranya seekor kucing akan berbunyi purring jika mereka sedang n4zak.

Macam mana cara untuk selesakan kucing yang sedang n4zak?

Ada kucing yang lebih memerlukan keadaan yang terasing semasa mereka sedang n4zak di mana mereka memilih untuk bersembunyi di kawasan yang sunyi dan sepi. Jadi sila hormati permintaan terakhir kucing anda. Ada juga kucing yang memilih untuk bersama sama pemilik dan keluarganya.

  • Kucing n4zak perlukan suasana yang senyap dan aman. Meminimakan bunyi dalam rumah dan jika boleh pindahkan kucing tersebut di kawasan rumah yang lebih sunyi jauh daripada pergerakan harian seperti ruang tamu dan bilik tidur.
  • Temani kucing anda kerana kehadiran anda dapat memberikan ketenangan.
  • Malapkan lampu
  • Jika kucing anda ada kawan kucing yang lain, benarkan sahaja kucing tersebut menemani rakannya yang sedang n4zak jika kucing anda benarkan.
  • Sediakan bekalan air yang segar berdekatan dan suapkan makanan

Sememangnya kehilangan kucing memang memberi kesan kepada hidup pemilik kucing. Kehilangannya sangat terasa seperti kehilangan ahli keluarga.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment