Tanda-tanda Kucing Anda Sayangkan Anda

Hello Miaowers sekalian, mm nak share mengenai tanda-tanda kucing sayangkan anda.

Yelah kucing kan tak boleh bercakap jadi macam mana nak tahu kucing anda sayangkan anda atau tidak jom tengok tanda-tanda yang mm dapat selidik untuk miaowers sekalian.

Cara kucing mengekspresikan kasih sayang berbeza dengan manusia yea miaowers sekalian. Dalam dunia kucing, terdapat banyak cara kucing mengekspresikan kasih sayang cuma kadang-kadang tu pencinta kucing tak dapat memahaminya pon. Jadi ini antara caranya

1. Purring


cara mudah untuk mendengar kucing purring

Purring, ialah bunyi purrr purr yang dihasilkan kucing apabila ia berasa gembira dan mengekspresikan kasih sayangnya. Kucing seakan memiliki motor khas di dalam tekak dan akan mula beroperasi apabila ia berasa rileks dan terhibur terhadap sesuatu. Anda akan perasan seakan bunyi getaran apabila anda membelai kucing anda. Tapi perlu diingatkan kadang-kadang ada juga kucing yang memberi isyarat purring apabila ia berasa sedih, tetapi kes sebegini jarang berlaku.

BACA JUGA: Keajaiban bunyi purring kucing

2.  Berguling

Kucing akan berlari menuju ke arah anda dan terus berbaring dan menggulingkan badan mereka. Sapaan kasih sayang seperti ini menunjukkan yang kucing anda mahukan perhatian anda. Lebih lebih lagi jika ia mula menunjukkan perut mereka kepada anda. Jadi apa lagi, gosok gosok la perut gebu kucing anda tu.

3. Melaga kepala

Melaga kepala ialah apabila kucing anda menggesel pipi kepada anda atau kepada sesetengah objek. ia adalah cara untuk kucing meninggalkan baunya kepada anda, seterusnya menandakan kawasan kepunyaannya. Kucing lakukan ini apabila ia sayang terhadap seseorang atau sesuatu objek. Jadi sekiranya kucing anda selalu menggeselkan pipinya kepada anda, maknanya anda adalah manusia kegemarnnya.

4. Mencakar

Jangan tidak tahu perbuatan mencakar ni adalah salah satu tanda kucing mengekspresikan kasih sayangnya. Dengan tindakan ini kucing lagi sekali melepaskan bau mereka kepada objek tersebut. Selaku pencinta kucing mamamiaow pandang sebelah mata sahaja tengok sisi sofa yang sudah tercarik-carik dek dicakar kucing.

5. Mengurut (Kneading)

Perilaku mengurut ini asalnya dari semasa kucing sewaktu bayi lagi. Tapak kaki kucing mengurut ibu kucing untuk menghasilkan susu. Kucing dewasa meneruskan perilaku ini bila mereka berasa rileks, disayangi dan gembira. Ini selalu terjadi apabila kucing diusap dan dibelai sewaktu di atas riba tuannya.

6. Memburu dan memberi hadiah

Ya kucing adalah haiwan yang sangat comel tetapi ia tetap sejenis karnivor kecil yang mempunyai deria memburu. Kucing anda mungkin menangkap hampir semua benda dari mainan ke tikus dan mereka selalu akan berkongsi hasil buruan mereka dengan sesuatu atau seseornang yang mereka sayang. Jangan terkejut kalau tiba-tiba kucing anda memberi anda tikus mati kepada anda. Kucing mamamiaow pernah sekali membawa pulang seekor anak biawak pulang ke rumah. hehe

7. Bermain

Ada sesetengah kucing yang mengawal interaksi mereka untuk bermain dengan bergerak jauh dari anda supaya memaksa anda untuk datang kepada mereka untuk mula bermain.

8. Tidur berdekatan dengan anda

Kucing biasanya akan tidur selama 16jam sehari. Apabila tidur kucing mudah terdedah kepada bahaya jadi tempat yang kucing anda pilih untuk tidur merupakan tempat yang kucing anda merasa selamat. Tiada kasih sayang yang lebih sejati apabila kucing anda memilih untuk tidur di pangkuan anda.

9. Pandangan kasih sayang (Kenyitan mata)

Mata kucing adalah sangat besar. Selaku itu, mata kucing adalah aset yang penting untuk keberlangsungan hidup, namun amat mudah terdedah kepada bahaya. Apabila kucing anda memandang anda dengan mata terbuka luas, anak mata penuh hitam itu tandanya kucing anda amat sayangkan anda. Tambahan pula apabila kucing anda membuat kenyitan mata secara perlahan, itu bermaksud “A CAT KISS”

10. Postur ekor

Jangan tak tahu yea, postur ekor juga adalah salah satu bahasa kucing. Kucing akan menunjukkan tanda kasih dan minatnya dengan meluruskan ekor dengan sedikit bengkok pada hujungnya.

BACA JUGA: kenali bahasa ekor kucing.

11. Bunyi miaowwwww

Kucing jarang untuk berbunyi miaow kepada kucing yang lain. Tipikalnya, hanya bayi kucing sahaja akan berbunyi miaow kepada ibu mereka dan perilaku ini berterusan sehingga kucing dewasa. Kucing dewasa anda menggunakan kaedah bunyi miaow ini khasnya untuk berinteraksi dengan manusia. Sama seperti manusia, kucing takkan berinteraksi dengan manusia yang ia tidak suka atau tidak biasa. Jadi apabila kucing anda ber miaow tidak berhenti-henti ingatlah bahawa itu cara mereka berinteraksi dengan anda.

12. Menjilat

Kucing menghabiskan banyak masa dengan menjilat diri sendiri dan juga kucing yang mereka senangi. Kucing yang menjilat tuannya di kulit, rambut atau kadang kala mengunyah pakaian, menunjukkan kasih sayang yang terlampau. Perilaku ini menyebarkan bau kucing dan membantu ‘menanda’ manusia mereka sebagai sesuatu yang penting dalam kalangan keluarga nya.

p/s: Kucing mm suka kunyah rambut.

BACA JUGA: Kenapa kucing menjilat diri nya?

Jadi ini sahaja yang dapat mamamiaow share untuk miaowers sekalian. Percayalah kalau kita sayang kucing kita, sudah tentu kucing kita akan membalasnya semula. Miaowwwwwwwww~

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment