Tanda-Tanda Kucing Anda Tidak Gembira

Kita mengetahui tanda-tanda kucing sayangkan kita bukan?  Macam mana pulak nak tahu kucing kita tu tak gembira pula?

Tiada siapa yang mahukan kucing sendiri sedih tak gembira namun kadang kala pemilik kucing itu sendiri tak tahu mengapa kucing mereka tertekan atau tak tahu bagaimana caranya untuk kembali menceriakan kucing mereka. Setiap kucing mempunyai personaliti mereka masing masing, namun apabila seekor kucing yang kebiasaannya aktif dan bersosial tiba tiba menyendiri dan senyap agak membimbangkan juga.

Berikut merupakan tanda tanda yang jelas mengatakan kucing kita tak gembira:

Kucing hanya berbaring tak berbuat apa apa

Nampak macam normal kan? Sebenarnya tidak. Kucing yang berada di dalam rumah boleh mengalami kebosanan. Jika kucing anda hanya berbaring sahaja, ia sedang murung. Anda mungkin anggap kucing anda sedang bermalas malasan namun jika anda boleh tanya kucing anda, ia mungkin akan berkata ia sudah putus asa dan menerima sahaja kebosanan yang sedang ia alami itu.

Kucing yang bosan merupakan kucing yang tak aktif dan boleh menjurus kepada obesiti. Mereka juga berisiko untuk penyakit seperti diabetis dan isu sendi. Pastikan kucing anda aktif dan terhibur. Sudah tentu mereka kurang aktif semakin berumur namun anda seharusnya memberitahu veterinar anda jika anda perasan sesuatu perubahan yang drastik dalam tingkah laku kucing anda.

Kucing penakut?

Ada sesetengah kucing mempunyai risiko yang tinggi untuk kebimbangan. Kucing seperti ini melihat benda di persekitaran sebagai ancaman. Kucing seperti ini akan menyembunyikan diri apabila didekati dengan orang yang tidak dikenali dan kencing di luar litterbox jika ada kucing liar di luar rumah. Jika anda mempunyai kucing seperti ini, disyorkan anda cover tingkap anda supaya tiada kucing liar menjenguk dan menyediakan tempat yang selamat untuk kucing anda melarikan diri sekiranya berlaku kekecohan di dalam rumah. Tak seronok hidup dalam ketakutan dan kebimbangan merupakan benda yang betul ya yang boleh terjadi kepada kucing.

Kucing anda asyik berbunyi


Jika kucing anda asyik berbunyi untuk meminta makanan secara kerap, ia sebenarnya meminta perhatian dari anda. Orang selalu bergurau mengenai kucing berbunyi meminta makanan apabila di bekas makanan masih mempunyai makanan. Kita ketawa menganggap kucing kita mahukan makanan yang lebih baik namun yang sebenarnya kucing hanya mahukan ANDA. Dari memberi kucing anda makan, cuba anda belai dan usap kucing anda. Anda merupakan tarikan utama kucing anda jadi ia perlukan masa dari anda untuk kekal gembira.

Tidak melakukan perkara asas

Kucing yang gembira akan melakukan perkara asas seperti makan, minum, tidur dan bermain. Jika kucing anda tidak mahu makan, ia memberitahu anda bahawa ia tidak senang dengan pilihan diet yang anda sediakan. Sudah tentu kucing yang mempunyai perubahan dalam seleranya hendaklah dirujuk dengan veterinar andai kata ada perubahan yang berkaitan dengan kondisi kesihatan kucing anda.

Perhatikan bahasa badannya


Kadangkala bahasa badan kucing anda memberikan klu dalam ketidakgembiraan mereka dan antaranya adalah mata, telinga, bulu dan posisi badan boleh menunjukkan keadaan emosi mereka. Telinga ke belakang, ekor tegak dan bulu kembang merupakan bentuk komunikasi senyap yang kucing anda mungkin sedih dan tak gembira. Boleh baca panduan untuk lebih memahami kucing

Menjadi terlebih agresif


Kucing yang sedih cenderung untuk bertindak dengan agresif atau penuh ketakutan. Jika anda perasan perubahan drastik dalam tingkahlaku kucing anda yang menyebabkan kucing anda menjadi takut dan agresif lain macam, jadi kucing anda mungkin tengah bersedih.

Kencing merata rata

Kucing yang sedih dan tidak gembira mungkin menggunakan bau mereka sendiri untuk berasa lega dengan kencing di tempat yang bukan kebiasaannya mereka pergi. Terdapat banyak sebab kenapa kucing kencing di luar kotak pasir namun tekanan, depresi dan kesedihan merupakan sebab paling utama. Kucing anda mungkin kencing di tempat tempat yang penting seperti bilik tidur atau tempat di mana ada bau haiwan peliharaan yang telah lama m4ti ataupun kawasan di mana manusia yang telah lama kucing tak jumpa berlegar legar dengan sebab untuk menyebarkan bau mereka sendiri di dalam ruang tersebut.

Tidur lebih dari kebiasaan


Kucing kebiasaannya memang banyak tidur. Namun kucing yang sedih atau depresi tidur lebih banyak. Jika ada perubahan dalam lokasi tempat tidur kegemaran kucing anda, ia juga merupakan tanda kucing anda dalam kesedihan.

Tidak menjilat diri sendiri

Tidak menjilat atau grooming merupakan tanda kesedihan dan tidak sihat. Kucing yang tidak sihat atau depresi selalunya enggan untuk membersihkan diri sendiri dan membiarkan sahaja bulu mereka kelihatan tidak terurus.

Ingat ya, kucing yang sihat merupakan kucing yang gembira jadi jangan lupa untuk membawa kucing anda diperiksa oleh veterinar sekurang kurangnya setahun sekali. Tidak kira apa sebab kenapa kucing anda tidak gembira dan sedih, pastikan anda berikan mereka masa tambahan dan perhatian sehingga anda boleh menambahbaikkan tahap kebahagiaan mereka. Kucing walaupun tiada akal dan fikiran masih mempunyai emosi juga ya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment