Tam, Badak Sumbu Sumatera Jantan Yang Terakhir Sudah Tiada

Badak sumbu sumatera jantan yang terakhir di Malaysia mati walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan spesis terancam ini dari kepupusan.

Badak sumbu yang bernama Tam ini berusia dalam 30an tinggal di pemulihan hidupan liar di Sabah sejak penangkapannya tahun 2008 menurut Christina Liew, Menteri Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

“Malangnya, Tam mati pada tengahari Isnin. Semua usaha sudah dilakukan dan dilakukan dengan penuh dedikasi dan kasih sayang,” Liew berkata dalam kenyataannya pada hari Isnin yang lalu.

Kematian badak sumbu Sumatera jantan itu disahkan oleh Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance (BORA), Datuk Dr Junaidi Payne kepada Astro AWANI, sebentar tadi.

Menurut Dr Junaidi, Tam yang berusia lebih 35 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Isnin akibat kerosakan buah pinggang dan hati.

“Bedah siasat ke atas Tam akan dijalankan tidak lama lagi. (Buat masa sekarang) kerosakan buah pinggang dan hati tekaan (punca kematian Tam) terbaik kami,” katanya menerusi mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

Kematian Tam menjadikan Malaysia kini hanya memiliki seekor badak sumbu Sumatera betina terakhir yang dikenali sebagai Iman.

Sebelum ini, pelbagai usaha telah dilakukan untuk melakukan proses persenyawaan antara Tam dan Iman, malangnya tidak berjaya kerana masalah usia yang dialami oleh Tam.

Malaysia, terimalah hakikat, satu lagi spesies istimewa sudah sampai ke garisan tamat populasi.

Badak sumbu putih terakhir di dunia mati di Kenya semasa usianya 45 tahun

Badak sumbu sumatera adalah badak sumbu paling terkecil dan hanya badak sumbu Asia dengan dua tanduk sahaja. Mereka lebih menyerupai badak sumbu woolly yang sudah pupus dari spesis badak sumbu yang masih ada hari ini menurut WWF.

Badak sumbu sumatera sudah diisytiharkan pupus di dunia liar di Malaysia pada tahun 2015.

Gambar: Iman badak sumbu sumatera betina yang terakhir.

Iman, si betina ditangkap pada tahun 2014 dan kini merupakan ahli badak sumbu yang masih hidup di Malaysia.

Ia mengalami ketumbuhan yang pecah di dalam uterusnya pada Disember tahun 2017, namun dikatakan sudah menunjukkan tanda-tanda sembuh menjelang hujung bulan ini walaupun kesihatannya masih buruk.

Hanya tinggal sedikit sahaja

Pakar hidupan liar menganggarkan yang kini hanya tinggal 30 ke 80 ekor sahaja badak sumbu sumatera di dunia yang kebanyakannya berada di kepulauan Sumatra di Indonesia dan bahagian Borneo di Indonesia.

Pengurangan mereka disebabkan oleh kehilangan habitat dan pemburuan yang bermakna mereka jarang untuk membiak dan akan pupus tidak lama lagi menurut kumpulan pemuliharaan Persatuan Badak Sumbu Sedunia.

Sejak tahun 2011, Malaysia sudah cuba membiak spesis ini melalui persenyawaan in vitro namun tidak berjaya.

Liew berkata bahan genetik Tam disimpan untuk percubaan membiak badak sumbu Sumatera di masa hadapan.

 “Kami berharap dengan perkembangan tekonologi dalam sel dan tahap molekular, Tam mungkin boleh menyumbangkan gen nya untuk keterusan hidup spesis ini,” katanya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment