Tahukah Anda, Watak Goose Captain Marvel Dilakonkan Oleh 4 Ekor Kucing Yang Berbeza?

Filem Captain Marvel sudah mendapat kutipan lebih dari $500 million seluruh dunia dari tayangan pada minggu pertamanya terima kasih kepada kucing bernama Reggie dan tiga lagi rakan kucingnya yang membantu menjayakan watak Goose dalam filem tersebut.

Walaupun terdapat kesan khas yang semestinya terlibat, pada mulanya hanya melihatkan Reggie sahaja.

Apabila melihat dan membaca skrip dan kerja yang diperlukan, kami semua bersetuju bahawa perlukan lebih dari seekor kucing untuk menjayakan watak Goose,” kata Ursula Brauner pemilik Reggie, di mana syarikatnya Animals For Hollywood, menyediakan dan melatih pelakon bukan manusia ini untuk filem.

Untuk penambahan kepada Reggie dan pelakon kucing yang berpengalaman bernama Archie, Brauner juga menemui dua ekor lagi kucing belang oren bernama Gonzo dan Rizzo di pusat perlindungan haiwan.

Setiap seekor kucing ini mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri.

“Reggie adalah kucing yang versatil. Hampir kesemua babak dilakonkan oleh Reggie,” kata Brauner.

Archie pula sangat aktif dan suka bermain jadi kami gunakan Archie untuk babak dimana Nick Fury dicakar.” 

Filem ini setkan pada tahun 1995 di mana ejen SHIELD Nick Fury (Samuel L Jackson) menderita akibat dicakar kucing. Bermulalah ‘signature look‘ nya memakai penutup mata tersebut. Walaupun dalam komik, dijelaskan bahawa Nick Fury kehilangan sebelah mata semasa Per4ng Dunia Kedua.

“Gonzo pula terlibat di dalam babak di mana Goose diangkat,” Brauner menambah. “Rizzo adalah master kepada semua babak. Kami latihnya hampir kesemua babak supaya ia boleh melakonkan apa apa babak sekiranya kami perlukan pelakon sokongan.”

Bagaimana kucing kucing yang aktif ini dilatih? Brauner berkata proses ini tidaklah sesukar yang orang ramai fikirkan.

“Kucing adalah haiwan yang pintar, disayangi dan mudah dilatih seperti anjing,” katanya. “Kesemuanya memerlukan pendedahan positif sahaja. Kami gunakan makanan dan snek serta terdapat beberapa tahap latihan.

Kami simpan habuan yang paling istimewa apabila kucing-kucing ini perlu melakukan aksi yang sedikit susah. Apabila mereka menerima habuan yang istimewa jadi segala penat lelah mereka seakan-akan berbaloi la kan?”

Arahan lisan dan penklik juga digunakan.

Apabila kucing kucing ini lakukan perkara yang betul, bunyi yang terhasil dari penklik ini adalah seperti YA yang serta merta,” jelas Brauner.

“Kucing kucing akan tertunggu-tunggu bunyi dari penklik tersebut kerana mereka tahu yang apabila mendengar bunyi penklik tersebut mereka akan menerima isi ayam mahupun hati ayam yang sangat sedap!”

Kucing-kucing tersebut juga sangat teruja dengan rakan pelakon manusia mereka.

“Sam (Nick Fury) selalu beri kucing kucing ini snek. Tiap kali kucing kucing ini terserempak dengan Sam ia seperti, ‘Ohhh saya ingat manusia ini!” kata Brauner.

Dan walaupun Ben Mendelsohn yang melakonkan watak skrull yang takutkan Flerkens, dia tidak mampu menahan untuk membelai kucing kucing tersebut.

“Kostumnya agak mencabar kerana dia kelihatan sangat berbeza dari manusia biasa,” kata Brauner. “Ben selalu mengambil peluang bermain dengan kucing-kucing dan buatkan kucing-kucing tersebut selesa.”

“Manakala pelakon utama filem ini Brie Larson juga sangat ringan tulang membantu kami mengendali kucing-kucing ini dan saya hormatinya kerana ini,” kata Brauner.

Walaupun sudah empat bulan latihan pre-produksi kucing-kucing tersebut tidak mampu melakonkan aksi seperti Flerken yang mengeluarkan sesungut dari mulut.

“Masa inilah di mana kesan khas mengambil peranan.” kata Brauner. “Sama juga seperti babak jet G-Force menolak Goose ke belakang, itu adalah dilakukan oleh komputer namun kebanyakan aksi tersebut dilakukan sendiri oleh Reggie tiada CGI diperlukan. Para pembikin filem ini lakukan apa yang mereka mampu dengan Reggie.”

Brauner berkata perkara yang paling sukar dalam tugasnya adalah dengan membuatkan kucing-kucing tersebut selesa dan menyesuaikan diri di dalam set filem yang agak kelam kabut dan bising. Inilah sebab kenapa Reggie tidak muncul pada sesi tayangan utama filem ini walaupun ada shot-shot gambar Reggie memakai tali leher yang sangat comel.

“Kami cuba pastikan yang Reggie tidak muncul di tempat awam kerana apa sahaja boleh berlaku seperti bunyi bising yang tentunya akan takutkan Reggie.”


Apabila ditanya adakah Reggie dan rakan-rakan yang lain akan muncul lagi dalam mana-mana filem Marvel, Brauner katanya Reggie and the geng sudah bersedia untuk beraksi.

“Saya tidak tahu jika perkara ini benar benar akan berlaku, namun kami semua sudah bersedia untuk cabaran seperti itu,” katanya.

Kepopulariti Goose sangat mengejutkan semua orang,” kata Brauner. “Namun kebanyakan aksi ini dilakukan oleh Reggie. Karismanya sangat menyinar sepanjang penglibatannya dalam filem ini.”


Brauner kata kemasyuran tidak mengubah kucing kucing tersebut.

“Kami cuba mengehad pergerakan mereka (grounded),” dia bergurau. “Kami adalah ibu bapa kucing yang bagus dan akan memastikan perkara ini tidak menganggu kehidupan seharian mereka.”

Sepanjang tengok filem ini serius MM tak perasan pun sebenarnya bukan seekor kucing sahaja yang berlakon watak Goose ni. Best filem ini sebab adanya watak Goose ini…. Setuju tak?
Kalau chuols malas nak tengok lama lama video ni chuols boleh skip sampai ke minit 7 untuk penjelasan mengenai pembikinan watak Goose

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment