Tahukah Anda, Meng4niaya Haiwan Peliharaan Boleh Didend4 RM100,000 Atau Tiga Tahun Penj4ra

Jika betul anda seorang pencinta haiwan, anda tidak mampu menahan apabila melihat individu menganiaya haiwan peliharaan mereka atau mana mana haiwan di jalanan.

Jika anda tidak tahu, haiwan juga ada hak ya!

Menurut Akta Kebajikan Haiwan 2015, jika anda didapati bersalah melakukan kekejaman terhadap haiwan peliharaan mahupun haiwan jalanan anda akan dihukum!

Ini apa yang dinyatakan dalam akta tersebut:

1)    Membuang haiwan ditetapkan di bawah Seksyen 29.

2)  Seksyen ini termasuklah dalam perlakuan tanpa sebab yang munasabah, apa sahaja haiwan yang teraniaya dan kesakitan kerana pemotongan anggota badan, kebuluran, kehausan, terlebih muatan atau kecederaan yang lain; mengabaikan apa sahaja haiwan di dalam keadaan yang selalunya disebabkan oleh trauma, kesakitan atau apa sahaja sebab penempatan semula, kebuluran, kehausan, kecederaan mahupun diserang penyakit.

3)    Pengabaian yang menyebabkan mana mana haiwan keluar tanpa pengawasan di mana mana sahaja semasa ia berpenyakit dengan penyakit yang berjangkit, kurang upaya atau haiwan yang cedera dan dibiarkan m4ti di mana mana sahaja.

Ini juga diaplikasikan kepada pemilik haiwan! Jika anda didapati bersalah dalam penderaan haiwan, anda berisiko untuk didenda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih dari RM100,000, atau dipenjara tidak lebih tiga tahun, or kedua duanya sekali.

Salah satu sebab utama kenapa kekejaman haiwan berlaku dan tidak dilaporkan adalah kebanyakan rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa akta ini wujud.

Jadi jika anda melihat seseorang menganiaya haiwan peliharaan mereka atau mana mana haiwan walaupun di dalam media sosial, sila laporkan dan hentikan kekejaman haiwan ini! Aduan anda mungkin menyelamatkan nyawa.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment