Tahukah anda kat Malaysia pun ada pulau kucing! Kat penang je chuols!

Pulau Aoshima di Jepun merupakan pantai di mana majoriti populasinya adalah kucing. Namun, tahukah Miaowers semua tahu bahawa ada pulau kucing juga di Malaysia ini.

Bertempat di Teluk Bahang Pulau Pinang. Mesti best kan kalau pergi ke sana. Ok jom kita baca cerita selanjutnya.

Diberi nama Cat Beach Sanctuary, bertempat di kawasan perkampungan nelayan di Pulau Pinang di mana lebih dari 200 ekor kucing diselamatkan dan ditempatkan disitu. Estimated dalam 300 ekor kucing ok!

Ramai penduduk di kawasan pantai tersebut bersama-sama memberi makan kucing di situ, ada juga menjadi sukarelawan menyumbang masa di shelters, klinik dan organisasi penjagaan kucing. Kucing-kucing di situ juga dibuka untuk di adopt. Ada juga di antara pencinta kucing di situ menjadi ibu bapa kepada lebih 20 ekor kucing di sini.

Bermula sejak Julai 2014 yang lalu, pengasasnya Teviot Fairservis seorang wanita Amerika merupakan pengasas kepada Penang Animal Welfare Sociaty dan juga 4paw Dog Shelter bertemu Mr. Nana seorang nelayan tempatan yang sudah lama menjaga kucing jalanan di kawasan pulau tersebut. Bersama-sama mereka beranggapan bahawa kucing-kucing di sini memerlukan tempat tinggal. Pada mulanya pulau kucing ini hanya menempatkan sebanyak 80 ekor kucing.

“Cat Beach Sanctuary adalah kawasan bebas untuk kucing-kucing jagaan kami bergerak, meneroka dan bermain. Semakin hari jumlah kucing di sini meningkat dari 100 ekor pada tahun 2014 ke 200 hingga 300 ekor kucing.” jelas Teviot Fairservis.

Kucing-kucing di sini kebanyakannya chill out di pondok kayu kawasan pantai ini. Dahulunya mereka mempunyai Kafe Kucing di mana pengunjung di situ boleh berehat, minum sambil bermain bersama kucing. Namun selepas diserang ribut pada Januari lepas, sebahagian dari Kafe tersebut musnah dan runtuh. Kafe tersebut masih dalam proses membaikpulih.

Kucing-kucing di sini menerima rawatan asas kesihatan seperti nyah-kutu dan nyah-cacing sebulan sekali namun pulau kucing ini agak sukar untuk memenuhi rawatan yang mahal dan rawatan keperluan seperti vaksinasi dan kos pembedahan kasi beserta mem4ndulkan kucing-kucing disitu. Penyakit ringan seperti demam atau selesema selalu dirawat sendiri oleh pengasas dan sukarelawan melalui ubat-ubatan dan supplement. Sebagai alternatif, pusat jagaan kucing ini lebih fokuskan dalam pemberian makanan yang berkualiti supaya menguatkan imuniti kucing-kucing di sini.

Ringkasnya mereka tidak mampu untuk menanggung kos pengkasian dan pem4ndulan kucing kucing di sini yang memerlukan kos antara RM150-RM300 seekor. Menurut Teviot kucing kucing di sini berjumlah 300 ekor jadi mereka memerlukan lebih RM75,000 sekiranya seekor kucing memerlukan kos sebanyak RM250. Bukan hanya itu, kucing kucing ini juga memerlukan vaksin yang memerlukan kos sebanyak RM50-RM70 seekor. Pulau kucing ini lebih memerlukan bekalan makanan dalam jangka masa yang panjang jadi buat masa ini keperluan untuk mengawal populasi dan memenuhi vaksinasi kucing perlu diketepikan untuk sementara waktu.

“Kami memerlukan dalam RM3 seekor untuk sehari. Menjadi pusat jagaan kucing tidak untung (Non profit Organization) kami bergantung sepenuhnya dari sumbangan orang ramai namun ada juga keadaan di mana saya perlu menggunakan wang saya sendiri”, cerita Teviot.

Jika Miaowers hendak menyumbang sedikit kepada pulau kucing ini anda boleh menderma melalui  GoFundMe atau boleh juga terus menyumbang di akaun CIMB Bank Malaysia Savings Account #7063481337  atas nama Mohd Iqbal bin Zainal (Presiden Cat Lovers International Society, Penang).

Jadi apa lagi, sekiranya Miaowers semua berpeluang untuk datang ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah Pulau kucing ini ya. Berikan kasih sayang anda kepada kucing-kucing di sana.

Anda boleh ikuti perkembangan cat beach ini di page facebook mereka.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment