Tahukah Anda Buang Kucing Juga Boleh Dikenakan Hukuman

Jelas membuktikan tindakan segelintir individu yang membuang atau meninggalkan kucing dengan alasan haiwan berkenaan bukan milik mereka atau tidak mahu bertanggungjawab atas kelahiran anak haiwan tersebut.

Tapi tahukan anda ini adalah satu kesalahan?

“Mengikut peruntukan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015, takrifan pemunya haiwan adalah mana-mana orang yang memiliki apa-apa haiwan termasuk mana-mana orang pada masa ini bertanggungjawab mengenai mana-mana haiwan atau mana-mana orang yang menghuni mana-mana premis,” kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar), Datuk Dr Muhammad Safaruddin Md Dawam.

Beliau berkata, takrifan pemilik kucing diperluaskan dalam akta berkenaan dan individu terbabit perlu bertanggungjawab terhadap kucing di premis mereka.

“Jika mereka abaikan haiwan berkenaan dari segi keselamatan, makanan dan sebagainya mereka boleh didakwa. Begitu juga dengan situasi membuang kucing, jika disabitkan kesalahan seseorang itu boleh dipenjara,” katanya.

Muhammad Safaruddin berkata, tindakan undang-undang penalti RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun boleh dikenakan mengikut akta itu.

“Akta itu menggariskan lima keperluan utama bagi membolehkan pihak Jabatan Veterinar mengambil tindakan terhadap isu berbangkit,” katanya.

Menurutnya, keperluan itu antaranya membabitkan persekitaran dan diet sesuai, membolehkan mempamer corak kelakuan semula jadi, haiwan ditempatkan bersama atau berasingan.

Sumber: PERAK TODAY

Jadi jika anda melihat seseorang menganiaya haiwan peliharaan mereka atau mana mana haiwan walaupun di dalam media sosial, sila laporkan dan hentikan kekejaman haiwan ini! Aduan anda mungkin menyelamatkan nyawa.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment