Syarikat IT Di Jepun Memberikan Pekerja Mereka Elaun Sebulan Semata-mata Menjaga Kucing Jalanan Yang Diselamatkan

Sebuah syarikat IT di Tokyo, Jepun ada cara untuk memastikan staf mereka sentiasa gembira iaitu dengan adanya kucing!

Ferray Corporation yang bertempat di kejiranan Harumi, membayar staf mereka elaun selama sebulan yang dipanggil ‘Neko Teate’ yang bermaksud Pampasan Kucing.

SoraNews24 melaporkan yang elaun tambahan ini diberikan kepada pekerja mereka yang mengambilbela kucing jalanan yang diselamatkan. Pekerja yang membela kucing yang diselamatkan ini diberikan 5,000 yen (RM197) setiap bulan sebagai kos penjagaan kucing.

Neko Teate ini menjadi sebahagian daripada budaya yang diamalkan oleh syarikat ini sejak 19 tahun yang lalu. Seorang pekerja Ferray mengambilbela kucing yang diselamatkan selepas syarikat ini dibangunkan.

Selepas itu, kucing tersebut mula menemani tuannya ke kerja yang menginspirasikan pekerja lain untuk mengambilbela kucing yang diselamatkan juga.

Kemudian kucing-kucing ini menjadi sebahagian dari syarikat ini dan anda boleh ikuti perkembangan kucing-kucing ini di Twitter.

“Setiap kali kucing-kucing ini melakukan sesuatu yang nakal, serta merta kerja perlu dihentikan,” kata Pegawai Eksekutif Ferray Hidenobu Fukuda.

“Kadangkala kami rasa terhibur dan kadangkala mereka (kucing-kucing) ini penyebab masalah, namun saya rasa ini membantu staf-staf kami rasa dekat antara satu sama lain dengan ada sesuatu persamaan selain dari kerja itu sendiri.” 

Best jugak idea ni kan? Takde la rasa stress di tempat kerja kalau ada kucing…

Kredit foto : v_ume

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment