Sudah Ada Topeng Replika Kucing Bersaiz Manusia. Nak Beli Tak?

Kini anda boleh menyerupai kucing anda 100% dengan topeng ini.

Gambar: PR Times

Jangan terkejut ya ada syarikat di Jepun sudah mula menghasilkan topeng yang sangat realistik dan menyerupai haiwan peliharaan anda. Pejabat Perancangan Masayoshi Shindo Masaki adalah syarikat di sebalik ciptaan yang diberi nama ‘My Family’ ini.

Topeng kucing ini sangat luar biasa kerana saiznya yang sangat sesuai dengan kepala manusia. Pekerja di sebalik topeng ini sangat berbangga dengan hasil kerja mereka (patut bangga pun sebab hasilnya memang superb) dan mereka menunjukkan kerja di sebalik tabir penghasilan topeng mengikut rupa kucing bengal yang bernama Rui.

Gambar: PR Times

Sesudah anda memutuskan untuk memilih gambar yang sangat sesuai menggambarkan wajah kucing anda, anda boleh menghantar gambar tersebut ke Pejabat Perancangan yang akan menghantarnya untuk dimodelkan oleh pekerja di bengkel 91. Pekerja di bengkel 91 akan melakukan kerja-kerja berat dan menghasilkan acuan 3D wajah kucing kesayangan anda.

Gambar: PR Times

Jika anda melihat pada laman web mereka, anda akan dapati bukan topeng kucing sahaja yang mereka hasilkan. Mereka juga menghasilkan topeng realistik haiwan lain juga seperti orangutan, badak sumbu dan topeng hantu juga ada.

Gambar: PR Times

Sama ada anda ingin memakai hanya untuk suka-suka atau untuk menunjukkan betapa sayangnya anda pada kucing anda dan inginkan kucing anda menerima anda sebagai kelompok kucing juga, topeng ini agak memerlukan belanja yang tinggi juga.

Harga bagi satu topeng bergantung kepada tempahan. Satu tempahan mengambil kos sebanyak 300,000 Yen dan itu adalah sebanyak RM11, 507! Rasa-rasa kalau banyak duit sampai tak tahu nak buat apa boleh lah tempah satu topeng ini. MM boleh berhuhuhuh jelahhhh…

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment