Struktur Lidah Kucing Menjadi Inspirasi Penghasilan Berus Anti-Alergi

Para saintis telah membangunkan berus yang mudah dibersihkan yang mampu membantu pemilik kucing yang berhadapan dengan alergi.

Semua orang tahu kucing mempunyai lidah yang berstruktur seperti berus. Berinspirasikan dari struktur lidah kucing yang membuatkan berus ini benar benar efektif.

Menurut Metro UK, penghasilan berus ini betul betul mengikut design lidah kucing– di mana lidah kucing dilengkapi dengan cangkuk halus yang berhadap ke belakang yang diperbuat daripada keratin yang dipanggil papillae. Para pengkaji dari Institut Teknologi Georgia di Atlanta mengambil sampel papillae dari beberapa ekor kucing dari enam spesis yang berbeza iaitu kucing domestik, kucing bob, cougar, singa, harimau salji dan harimau. Yang semestinya sampel itu diambil setelah kucing kucing tersebut sudah tidak lagi berny4wa. Kemudian mereka mencuci lidah tersebut dan mengimbas untuk menghasilkan model 3D darinya.

Papillae yang berbentuk seakan akan penyodok lah yang membuatkan kucing sangat bagus dalam merapikan bulu mereka. Ini bermakna air liur kucing dapat mencapai sehingga ke lapisan dasar bulu, sekali gus memberikan kebersihan yang lengkap.

Apa yang ingin dicapai oleh saintis adalah kuasa pembersihan seperti ini untuk menghasilkan berus perapian yang sangat berkuasa untuk mengurangkan allergen pada haiwan peliharaan anda. Menggunakan model 3D tersebut, para pengkaji menghasilkan berus perapian yang dipanggil TIGR yang memaparkan papillae yang 400% lagi besar dari saiznya papillae pada kucing domestik. Mereka mendapati jika digunakan pada bulu faux nylon, TIGR lebih effektif berbanding dengan berus rambut yang biasa dan TIGR lebih mudah untuk dibersihkan.

Oleh kerana berus TIGR dapat mencapai sehingga lapisan dalam bulu, ia juga boleh digunakan untuk menyapu ubat atau menggunakan solusi pembersih tepat mengenai kulit kucing. Ini juga berpotensi untuk membantu golongan yang alergi untuk hidup secara aman bersama kucing dan mengurangkan gejala alergi seperti bersin dan kegatalan.

p/s: MM perlukan berus TIGR ni bila nak masuk pasaran Malaysia ntah.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment