“Strays”-Kucing yang sesat, lelaki gelandangan dan pengembaraan mereka ke seluruh Amerika

Rasa rasa Miaowers semua pernah dengar jalan cerita macam ni… lelaki yang tidak berumah bertemu kucing sesat dan akhirnya mereka saling menyelamatkan satu sama lain? Mesti anda semua fikirkan kisah kucing jalanan yang bernama Bob kan?

Fikir lagi sekali… “Strays” adalah buku non fiksyen baru oleh Britt Collins (wartawan Britain dan aktivis haiwan) yang pastinya menarik perhatian peminat kucing jalanan Bob namun kisah ini menjanjikan kisah yang menarik, menyentuh hati dan pemusingan plot yang kompleks.

Tidak berumah, ketagihan alkohol dan depresi, Michael King (foto di bawah) tinggal di kawasan pemuatan barang Portland, Oregon. Suatu malam hujan turun dengan lebatnya, King bertembung dengan kucing jalanan yang sakit, kelaparan dan serabut. King mengambil keputusan untuk memberinya makan. Menurut Britt,

 “Ini merupakan kali pertama Michael membelanjakan wang nya untuk sesuatu melainkan alkohol.”

Menjaga kucing tersebut sehingga ia kembali sihat, King membela dan menamakannya Tabor sempena kafe dimana King menemui kucing tersebut. Sejak dari itu Tabor menjadi seperti selebriti di kawasan selatan Portland.

Apabila tiba musim sejuk, mereka berdua mengembara dari Oregon ke pantai pantai California menuju ke kawasan tinggi Montana, mengharungi angin kuat dan beruang, hujan ribut yang kuat. Sepanjang pengembaraan mereka, orang ramai tersentuh dengan semangat kucing yang comel ini dan bagaimana ia membantu King dimana  ia duduk diam di atas beg galas atau berjalan dengan menggunakan tali tanpa sekali pun lari meninggalkan King.

Tabor menyenangkan hati King apabila tengah bersedih, lalu meyediakan King  sesuatu yang dia boleh sayang dan jaga. Ini merupakan inspirasi untuk King menjadi bebas alkohol dan menghadapi kisah silamnya yang pedih dan dapat menerima hakikat kematian pasangannya. Sedang mereka mengembara sehingga West Coast, kedua keduanya tidak boleh berpisah, dan saling menyembuhkan parut ‘luka’ kisah silam antara satu sama lain.

Tiba tiba plot menjadi tegang….

King membawa Tabor ke veterinar di Montana dan menemui Tabor mempunyai mikrocip identifikasi serta pemilik di Portland yang tidak pernah berputus asa dalam harapan mencari kucing kesayangannya. Kini King perlu membuat keputusan yang sukar dalam hidupnya, samada untuk memulangkan Tabor kepada tuannya semula. Kini King perlu memikirkan tujuan hidupnya yang baru selepas memulangkan Tabor.

Manakala tuan asal kepada kucing tersebut, Ron Buss meluangkan sepenuh masanya terganggu kerana kehilangan kucingnya yang nama sebenarnya Mata Hairi (nama pendek Mata). Apabila Mata hilang pada 1 September 2012 dan tidak pulang pulang, Buss risaukan perkara terburuk yang mungkin terjadi. Selalunya kucingnya dibenarkan keluar berjalan jalan pada siang hari namun akan pulang apabila malam menjelma. Kali ini Mata telah berjalan jalan lebih jauh dari rumah dan akhirnya bertembung dengan King.

Selepas itu bermulalah pengembaraan 10 bulan King dan Tabor aka Mata sedangkan Buss perlahan lahan berputus asa dalam harapan untuk bertemu semula kucingnya. Abang kepada Mata, Creto sudah lama tidak semangat kerana ketiadaa Mata di rumah. Gambar di bawah Buss membawa Mata berjalan jalan.

Spoiler Alert: Anda akan menangis dan beremosi kerana penutup yang pahit manis itu. Namun berbaloi.

Strays” membuktikan kuasa penyembuhan dari kasih sayang dan ikatan yang terjalin antara manusia dan haiwan. Jom tengok trailer buku di bawah:

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment