Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sporotrichisos (sporo) Pada Kucing

Apa itu SPOROTRICHOSIS?

Sporotrichosis atau sporo ialah penyakit kronik yang disebabkan oleh organisms, Sporothrix Schenckii yang ditemui di kayu, tumbuh tumbuhan dan tanah. Sporo sangat jarang untuk berlaku tetapi ia merupakan jangkitan kulat yang berpotensi untuk mengancam nyawa kucing anda. Manusia juga tidak terkecuali untuk dijangkiti dengan sporo ini. Kulat mudah memasuki badan kucing melalui luka yang terbuka di kulit. Sporo selalunya muncul seperti luka melecet pada hidung, telinga dan muka kucing namun boleh juga menjangkiti kawasan badan yang lain jika tidak dirawat.

Simptom simptom SPOROTRICHOSIS

Simptom yang dialami kucing bergantung kepada jenis sporo yang dijangkiti.
Lymphocutaneous Sporotrichosis

  • Benjolan kecil pada kulit tapi agak pejal
  • Berdiameter dalam 1-3 cm
  • Luka melecet dengan munculnya cecair
  • Melecet selalu berada di pinnae (hujung telinga), hidung dan kepala.
  • Depressi
  • Ketidakseimbangan
  • Demam

Cutaneous Sporotrichosis

  • Kelenjar limfa bengkak
  • Penyakit Limfa
  • Luka pada dermis
  • Kulit jadi berkerak dan mengeluarkan cecair

Disseminated Sporotrichosis

  • Demam
  • Osteoarticular sporotrichosis: Apabila jangkitan fungus sudah merebak ke sendi dan tulang.
  • Sporotrichosis meningitis: Apabila jangkitan fungus sudah merebak ke sistem saraf dan otak.
  • Anorexia  Cachexia (kehilangan berat badan)

Punca SPOROTRICHOSIS

Seekor kucing boleh dijangkiti sporo apabila terkena sentuhan secara terus dengan organisma melalui luka pada kulit. Oleh kerana fungus dijumpai pada pelbagai jenis tumbuhan, seekor kucing boleh dijangkiti apabila benda asing menembusi kulit kucing (terkena duri tumbuhan) atau memakan salah dari tumbuhan yang mempunyai fungus sporo. Walaubagaimanapun, kucing lebih mudah untuk dijangkiti dengan luka tusukan yang membolehkan organisma sporo memasuki badan kucing. Kucing yang mudah dijangkiti sporo termasuklah

  • kucing jantan yang sering bergaduh
  • Rumah yang mempunyai banyak kucing
  • kucing yang lemah imunisasi
  • Kucing yang selalu berada di kawasan bertanah

Diagnosis SPOROTRICHOSIS

Sporo sukar untuk didiagnosis kerana simptom yang dikaitkan dengan penyakit ini mimik simptom penyakit kulit yang lain. Jadi veterinar akan memulakan diagnosis dengan meneliti sejarah perubatan kucing anda dan menyoal anda pelbagai soalan mengenai aktiviti kucing anda baru baru ini. Pergaduhan kucing yang baru berlaku, ekspos kepada dunia luar dan bermain di kawasan tanah kompot seperti kompot kebun akan membantu dalam diagnosis veterinar.

Dalam usaha untuk mengenepikan sebab yang utama dalam punca kulit melecet tersebut, veterinar akan melakukan diagnosis yang berbeza beza. Untuk menentukan bahawa kucing anda dijangkiti sporo, veterinar akan mengambil sampel darah, sampel urine dan sampel kulit.

Sporo mempunyai ciri ciri sitologinya yang tersendiri berbanding dengan penyakit yang menyebabkan kulit melecet yang selalu didiagnosiskan melalui kikisan kulit, via penilaian sinotologi dari sampel kulit. Sampel kulit boleh diambil dari kesan ulser pada kulit atau dari lelehan cecair yang keluar melalui luka.

Rawatan SPOROTRICHOSIS

Merawat kucing yang dijangkiti penyakit fungus memang memberi cabaran buat para veterinar. Terdapat pelbagai terapi ubat-ubatan yang boleh digunakan namun tidak semua diluluskan untuk kegunaan haiwan dan mempunyai kesan buruk yang ketara. Sila berbincang dengan veterinar anda mengenai kesan sampingan yang mungkin terjadi disebabkan penggunaan ubat-ubatan yang dipilih untuk merawat sporo pada kucing anda dan cara yang betul untuk memantau kucing anda di rumah. Rawatan terapuitik boleh berjalan selama 3 minggu ke sebulan dan veterinar anda mungkin ingin memilik untuk menyambung rawatan klinikal yang jelas. Ubat ubat tradisional yang digunakan untuk merawat sporo termasuk lah

  • Natrium Iodida (Sodium iodide)
  • Kalium iodida (Potassium iodide)
  • Ketoconazole
  • Itraconazole
  • Terbinafine

Pemulihan dari SPOROTRICHOSIS

Ikut segala arahan dari veterinar anda dan menyempurnakan segala rawatan terapuitik walaupun kucing tidak lagi menunjukkan tanda tanda penyakit sporo. Sporo ini selalunya dirawat selama sekurang kurangnya seminggu untuk memastikan spora fungus dikeluarkan terus dari badan. Jadi pastikan segala plan rawatan yang disediakan disempurnakan. Kesan buruk dari ubat rawatan sporo adalah perkara biasa untuk kucing yang dirawat, jadi veterinar akan meminta anda memantau kucing anda dengan sempurna di rumah.

Kucing yang menunjukkan tanda-tanda klinikal yang buruk perlu di bawa ke klinik veterinar dengan kadar segera kerana kemungkinan kesan ini membawa m4ut.

Oleh sebab sporo ini sejenis penyakit bawaan fungus, pastikan anda melindungi diri anda dengan sempurna apabila melakukan rawatan terhadap kucing anda. Lebih buruk, penyakit ini juga boleh memberi kesan kepada manusia termasuk menyebabkan kem4tian sekiranya haiwan yang dijangkiti menggigit atau mencakar kita.

Daripada aspek badan manusia, kesan daripada jangkitan kuman Sporo hanya dapat dirasai selepas dua bulan iaitu melalui simptom seperti bengkak dan bisul.

Kegagalan untuk mendapatkan rawatan segera menyebabkan bisul-bisul ini tumbuh di sepanjang nodus limfa dan paling teruk, ia boleh merebak ke dalam paru-paru dan seluruh badan, akhirnya menyebabkan kem4tian.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment