Simptom dan Punca Cirit Birit Pada Kucing dan Bagaimana Untuk Merawatnya

Anak kucing sama saja macam haiwan yang lain ia boleh juga diserang sakit perut dari masa ke semasa yang menyebabkan najis menjadi cair. Namun kadang kala cirit adalah permulaan dari masalah kesihatan yang lebih serius dan anak kucing anda bergantung kepada anda untuk membantunya.

Punca cirit

Terdapat banyak punca yang menyebabkan anak kucing anda cirit walau apa pun puncanya jika cirit terjadi melebihi dua tiga hari anda perlu mengambil hal ini dengan serius.

Peruban diet

Sebaranf perubahan makanan tak kiralah snek, supplement atau permainan yang boleh dimakan merupakan salah satu punca anak kucing boleh cirit lebih lebih lagi anak kucing mempunyai sistem pencernaan yang sangat sensitif.

Kesan ubat ubatan

Walaupun diperlukan namun kesan ubat ubatan seperti anitibiotk dan ubat penahan sakit selalu mempunyai kesan sampingan terhadap anak kucing  anda.

Parasit usus

Selalu disebut sebagai cacing, parasit usus mendiami usus anak kucing dan juga haiwan lain. Kadangkala ada cacing dan telurnya akan keluar melalui najis.

Tekanan persekitaran

Jangan kata manusia, kucing pon boleh berasa tekanan. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai tanda tanda kucing stress.

Keracunan

Anak kucing tersangatlah curios (sifat ingin tahu) dan akan mengunyah sesuatu yang tidak sepatutnya kunyah. Kadangkala bahan yang dikunyah anak kucing merupakan toksin dan boleh mengakibatkan cirit.

Masalah penghadaman dan penyakit berkaitan

Terdapat pelbagai penyakit dan masalah yang berkaitan dengan usus termasuklah masalah penyerapan, masalah kekurangan vitamin dan sebagai yang boleh mengakibatkan cirit.

Simptom cirit-birit

Cirit ni semua tahulah kan najis yang cair, dan akan mengakibatkan anak kucing mengalami dehidrat dan lemah.

Dehidrat yang tidak dirawat boleh membawa m4ut.

Pencegahan cirit-birit

Terdapat banyak cara yang mudah untuk anda mencegah terjadinya cirit pada anak kucing anda.

Lakukan perubahan diet secara berkala

Pastikan perubahan makanan dilakukan secara berkala dan perlahan iaitu dengan mencampurkan makanan yang sebelum ini dengan makanan yang baru. Secara perlahan tambahkan kuantiti makanan baru selama seminggu  sehingga anak kucing anda dapat mengikuti perubahan ini.

Gunakan probiotik

Jika anak kucing anda dalam antibiotik, rawatan imi bukan hanya memb*nuh bakteria yang ada dalam badan namun memb*nuh sekali bakteria bagus dalam sistem anak kucing anda. Bertanyakan kepada veterinar anda terlebih dahulu sekiranya probiotik diperlukan untuk anak kucing anda dalam membantu masalah ususnya.

Beri ubat cacing

Berikan ubat cacing kepada anak kucing anda setiap bulan untuk mengh4puskan cacing yang ada di dalam ususnya.

Rawatan cirit-birit

Bergantung kepada punca cirit tersebut, anda perlu berjumpa dengan veterinar untuk rawatan yang diperlukan. Jika punca dari makanan, anak kucing anda akan kembali sihat setelah tukar makanan. Jika disebabkan oleh parasit mahupun penyakit atau jika anak kucing anda sudah cirit melebihi tiga hari, anda perlu membawa kucing anda bertemu veterinar untuk rawatan. Pastikan kucing anda tidak dehidrat kerana kucing yang cirit kehilangan banyak cecair dalam badan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment