Shenzen Bandar Pertama Di China Yang Mengh4ramkan Makan Daging Kucing Dan Anjing

Shenzhen menjadi bandar pertama di China yang mengharamkan penjualan dan pengambilan daging kucing dan anjing.

Ini berikutan selepas penularan virus COVID-19 yang dikaitkan dengan daging hidupan liar, yang membuatkan pihak berkuasa China untuk mengharamkan penjualan dan pengambilan daging haiwan liar.

Shenzen pula mengambil langkah yang lebih jauh dengan memanjangkan pengharaman tersebut yang melibatkan anjing dan kucing.

Undang-undang baru ini berkuatkuasa pada 1 Mei.

31 juta anjing dibunuh dalam setahun di seluruh Asia untuk dagingnya menurut Humane Society International (HSI).

Walaubagaimanapun tabiat memakan daging anjing di China bukanlah menjadi kebiasaan. Kebanyakan rakyat China tidak melakukan perkara tersebut dan mengatakan mereka tidak ingin makan pun daging anjing.

Menurut kerajaan bandar Shenzen seperti yang dilaporkan oleh Reuters,

“Anjing dan kucing sudah mewujudkan hubungan yang rapat dengan manusia berbanding haiwan yang lain, dan pengharaman pengambilan daging anjing dan kucing serta haiwan peliharaan yang lain adalah langkah yang biasa diambil oleh negara yang membangun serta di Hong Kong dan Taiwan.”

“Pengharaman ini juga merupakan respon kepada permintaan dan semangat ketamadunan manusia.”

Organisasi advokasi haiwan HSI memuji tindakan tersebut.

Menurut Dr Peter Li, pakar polisi China untuk HSI,

“Ini boleh jadi satu detik yang pasti menggugurkan air mata dalam usaha untuk menamatkan perdagangan kejam yang membunuh hampir 10 juta anjing dan 4 juta kucing di China setiap tahun.”

Walaubagaimanapun, China masih meluluskan penggunaan hempedu beruang untuk merawat pesakit COVID-19.

Hempedu beruang adalah cecair penghadaman yang dikeluarkan dari beruang hidup yang ditangkap. Perkara ini sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional China.

Bahan aktif dalam hempedu beruang iaitu asid ursodeoxycholic digunakan untuk menghancurkan batu karang dan merawat penyakit hati. Namun tiada bukti bahawa ianya berkesan dalam merawat COVID-19 dan proses pengambilan hempedu tersebut betul-betul menyakitkan dan memberikan tekanan pada beruang tersebut.

Menurut Brian Daly, jurucakap Animals Asia Foundation,

“Kita seharusnya tidak perlu bergantung kepada produk haiwan liar seperti hempedu beruang sebagai penyelesaian untuk merawat virus merbahaya yang dikatakan berasal dari haiwan liar.”

Pasar hidupan liar

Pada bulan Februari, pihak berkuasa China mengharamkan perdagangan dan pengambilan daging hidupan liar.

Langkah tersebut diambil selepas dikatakan pasar di Wuhan yang menjual daging haiwan liar menjadi titik permulaan penularan virus korona yang baru, sehingga menyebabkan virus ini dapat menular dari haiwan ke manusia.

Berita mengenai penemuan ini membuatkan kerajaan China untuk menutup perdagangan ini dan pasar-pasar yang menjual produk seperti ini.

Kini sudah melebihi 1 juta kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia dan lebih 50 ribu kematian dicatatkan.

Di Malaysia sahaja setakat ini kes positif berjumlah 3116 dan 50 kematian dicatatkan menurut Outbreak.my.

Saintis dan pengkaji sehingga kini masih belum menemui jawapan kepada apa sumber virus ini dan bagaimana ia boleh menular kepada manusia.

Suka kucing dan haiwan lain? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment