Setiap Pagi Kucing Yang Mesra Ini Akan Menunggu Jiran Kesukaannya, Bukan Untuk Membawang K

Seorang lelaki bernama Dan (bukan Mat Dan) dan isterinya keluar untuk berjalan-jalan sekitar kawasan kejiranan mereka yang baru apabila tiba-tiba sahaja ada seekor kucing berwarna oren datang ke arah mereka.

Kucing tersebut tersangatlah mesra dan menghampiri pasangan tersebut tanpa sedikit pun rasa ketakutan dan ragu-ragu. Ketika ini mereka tidak tahu kucing itu kepunyaan siapa, atau dari mana ia datang dan tidak akan tahu kucing ini akan muncul dalam hidup mereka pada tahun-tahun yang akan datang.

“Ia menuntut perhatian dari kami dan tidak akan membenarkan kami pergi selagi ia tidak habis ‘menanda’ kami dengan geselan pipinya dan menerima belaian dari kami,” kata Dan yang tidak mahu mendedahkan nama keluarganya. “Ia sememangnya dijaga dengan teliti dan seekor kucing yang sangat mesra dan sweet.”

Selepas itu pasangan tersebut mengetahui yang nama kucing itu adalah Bosco dan ia kepunyaan keluarga yang tinggal di kejiranan yang sama. Sejak mengetahui Bosco seekor kucing yang sangat sosial dan sangat ingin tahu, keluarga ini telah memasang pintu kucing khas untuknya supaya ia boleh keluar pada bila-bila masa dan menyapa semua jiran jirannya.


Dan yang bekerja berhampiran dengan rumah dan mula terserempak dengan Bosco hampir setiap hari apabila dia berjalan menuju tempat kerjanya.

Dua tahun kemudian, Bosco masih berlari dari rumahnya atau laman rumahnya untuk pergi menyapa jiran kesayangannya hampir setiap hari setiap masa Dan tiba.

“Ada sehari itu cuaca sangat elok dan saya pasti menemui Bosco setiap pagi,” kata Dan.

“Saya juga akan pulang ke rumah pada waktu rehat tengahari dan akan melihatnya sedang berehat di anjung hadapan rumah jiran saya itu. Apabila saya panggil namanya, ia akan bangun dan terus datang ke arah saya dengan segera. Kemudian ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah kadangkala ia akan menunggu di taman bunga.”

Setiap kali Dan lalu rumah Bosco, ia akan menuntut untuk dibelai sebelum Dan pergi ke kerja.

Kini Dan selalu akan tertunggu-tunggu untuk berjumpa Bosco setiap hari dan akan rindu masa mereka bersama jika keadaan di luar sejuk atau hujan untuk Bosco keluar. Kedua duanya terikat dengan hebatnya sejak Dan pindah ke kejiranan keluarga Bosco dan Dan suka menjadi jiran kesayangan Bosco, sekurang kurangnya sehingga Bosco menemui jiran yang lain untuk disapa dan bermain.

“Ia sayangkan semua orang jadi saya pasti bukan saya sahaja yang tidak boleh berhenti membelainya,” kata Dan. “Saya rasa ia tahu apabila dia keluar, ia akan dapat jumlah belaian ia boleh dapat semaksima yang boleh!”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment