Kucing Tortoiseshell Yang Diselamatkan Wanita Ini Merupakan Kucing Yang Rare! Kenapa Rare? Baca dulu

Pada 26 Oktober 2018 Mitzi Castiglione tidak menang tangan dalam pelbagai masalah yang dihadapinya. Dan lagi beberapa hari dia akan pergi berlayar bersama suaminya sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke 10. Walaubagaimana pun takdir menentukan, kawannya menemui 5 ekor anak kucing di lamannya dan memerlukan bantuan. Jadi dia meminta bantuan kepada Pasukan St. Francis Society Cat Foster.

“Team, saya perlukan pertolongan. Kawan saya menemui 5 ekor anak kucing di laman rumahnya beberapa hari yang lalu. Malangnya ibu kucing tidak dijumpai. Kawan saya tinggal di apatment dan tidak boleh tolong jaga anak kucing tersebut walaupun untuk sementara.”

Mitzi selalunya akan terima anak anak kucing tersebut namun dia tidak mahu meninggalkan anak anak kucing ini sewaktu bercuti. Lalu dia mengupah ‘pet sitter’ untuk melawat rumahnya dua kali sehari. Kebimbangannya adalah jika anak anak kucing tersebut sakit tahukah ‘pet sitter’ tersebut mampu menghadapi isu tersebut?


Pasukan penyelamat yang dedikasi ini mampu bekerjasama supaya anak anak kucing ini terjaga sementara Mitzi menikmati percutiannya.
Mereka juga memasang perangkap jika jika ibu anak kucing ini kembali semula ke tempat anak kucing ini ditemui.
Malangnya, ibu kucing tetap tidak kelihatan walaupun kawan Mitzi sudah berusaha sedaya upaya mencari ibu kucing tersebut.

Mereka menjumpai anak anak kucing ini di bawah anjung rumah dan mula mengambil anak anak kucing yang ketakutan ini ke kawasan yang lebih selamat. Anak anak kucing ini hanya berusia dalam 3 ke 4 minggu dan sepatutnya perlu penyusuan susu ibunya lagi.
Selepas membawa kesemua anak anakn kucing ke rumah perkara pertama yang mereka perlukan adalah mandi. Kesemuanya dipenuhi kutu dan air mandian menjadi keruh akibat bekas tahi kutu yang ada pada bulu anak anak kucing tersebut. Selain dari itu anak anak kucing ini sihat kesemuanya.

Selepas kesemuanya bersih, dia memeriksa jantina kesemua anak kucing dan namakan dengan nama yang sangat comel. Kenalkan
1) Maui, 2) Rocco, 3) Massimo, 4) Cosmos. 5) Sunflower, 6) Cherry Blossom

“Terdapat 3 ekor anak kucing tortoiseshell dan selalunya betina la sebab jantan sangat jarang berlaku dan ia rare.”

Terdapat sesuatu yang menganggu Mitzi. Dia tahu yang dua ekor anak kucing tortie tu betina namun si kecil Cosmos menunjukkan sedikit kelainan. Dalam usia sekecil itu agak sukar untuk mengenal pasti jantina anak kucing.

“Saya ingat saya silap namun saya periksa sebanyak 10 kali dan menangkap gambar untuk bertanyakan hal ini kepada rakan penyelamat yang lain tentang apa yang mereka rasa di group page kami.”

Peratus kemungkinan betina tinggi namun seorang pun tidak pasti. Mungkinkah Cosmos seekor anak kucing tortie jantan? Mereka boleh tunggu untuk pemeriksaan kesihatan atau tunggu ia besar sedikit untuk kepastian.

“Saya memeriksa Cosmos setiap hari dalam 3 minggu terus dan beberapa kali dalam sehari sekiranya saya dapat memastikan jantina sebenarnya.”


Mitzi tahu di dalam hatinya Cosmos seekor jantan namun otaknya masih persoalkan perkara ini. Kucing tortie jantan mempunyai kromosom lebih hang menyebabkan mereka mendapat corak tortie yang hanya ada pada kucing betina. Ini yang membuatkan kucing jantan tortie sangat rare. Dia rasa apabila Cosmos dibawa untuk dimandulkan semasa umur dua bulan mungkin persoalan itu akan terjawab.
BACA JUGA: Fakta kucing calico dan tortoiseshell jantan

Namun seminggu sebelum pembedahan ini dijadualkan, Cosmos mula muntah muntah. Beratnya turun mendadak dan Mitzi terpaksa batalkan temujanji tersebut. Mitzi menghubungi Kathy Walvoord, presiden St. Francis Society Animal Rescue. Kathy membekalkan ubat ubatan dan Mitzi perlu menyuapkan makan melalui syringe selama seminggu untuk memastikan Cosmos kekal hidrat dan nutrisi. Syukur muntah muntah tersebut sembuh dan Mitzi dapat menempah tarikh untuk pembedahan.

Sejurus selepas temujanji bersama doktor, Mitzi menemui nota dalam dokumen doktor vet tersebut.

“Saya membaca nota tersebut dan doktor tersebut menulis, “penyelamatnya berkata anak kucing ini kucing merupakan tortie jantan.” Saya ketawa kerana mungkin mereka juga fikir perkara ini mustahil.”


Apabila tiba masanya untuk mengambil semula Cosmos, salah seorang juruteknik veterinar mengesahkan apa yang selama ini terbuku di hati Mitzi. Cosmos sememangnya seekor anak kucing tortoiseshell jantan!

“Dia berkata vet yang lakukan pembedahan ini pun tidak pernah jumpa tortie jantan!”

Semasa Cosmos dalam proses penyembuhan, adik beradiknya yang lain sudah pun diambil bela.

Selepas apa yang berlaku, Mitzi tidak mampu untuk melepaskan Cosmos. Jadi Cosmos menjadi “penjagaan sementara yang gagal (foster fail!)”

“Sedangkan saya sendiri tidak mahu tambah kucing untuk dibela, saya dapat pula kucing jantan tortie. Saya rasa Cosmos sendiri tidak benarkan saya lepaskan ia pergi ke pemilik yang lain.Lol”


“Saya rasa ia tangkal tuah saya. Saya tidak pernah lagi menyaksikan keajaiban sebelum ini! Personaliti Cosmos sangat menarik. Ia suka bermain bersama adik beradiknya yang lain dan juga anak kucing yang diselamatkan. Bukan sahaja ia seekor tortie jantan, rupanya pun sangat unik. Bahagian kegemaran saya adalah Cosmos seperti memakai stokin warna hitam.”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment