Senarai Pusat Perlindungan Kucing Di Malaysia

Ratusan kucing dilahirkan di Malaysia dan majoritinya hidup dengan kehidupan yang sukar, berpenyakit dan hampir m4ti.

Terima kasih di atas kesedaran dalam pentingnya pengkasian haiwan dan kawalan populasi, jumlah kucing jalanan kini semakin menurun namun masih ada yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan kucing jalanan yang sering kali dipinggirkan. Jika anda selesai mengkasikan kucing-kucing anda, tahniah MM ucapkan. Pada yang belum sila baca post mengenai kebaikan mengkasi kucing dan diharapkan dapat mengubah pendirian anda untuk mula mengkasi kucing anda. Tolonglah jangan jadi penternak kucing yang tak bertauliah dan tidak bertanggungjawab.

Syukur, terdapat banyak pusat menyelamat dan pusat perlindungan haiwan di Malaysia untuk menyelamatkan haiwan yang dipinggirkan dan sakit. Jadi MM nak kongsi kepada miaowers semua pusat-pusat perlindungan yang ada di Malaysia ini dimana mereka memfokuskan dalam kerja kerja menyelamatkan kucing jalanan dan memberi tempat tinggal kepada kucing-kucing tersebut.

Katzen Cat Sanctuary, Selangor

Ditubuhkan pada 2011 oleh adik beradik Suraya dan Shariza, Katzen adalah tempat perlindungan khas untuk pencinta kucing. Pusat perlindungan ini terletak berhampiran dengan Kedai Haiwan Perliharaan Katzen di mana mereka dapat menyediakan bekalan kucing dan servis untuk menampung pusat perlindungan tersebut.

Walaubagaimanapun menjadi hasrat mereka untuk mempunyai kawasan lapang supaya kucing-kucing jagaan mereka boleh bergerak bebas dan tidak lagi dikurung di dalam sangkar. Terkini Suraya dan Shariza menjaga lebih kurang 80 ekor kucing yang diselamatkan di pusat perlindungan mereka. Kucing-kucing di situ terbuka untuk sesiapa yang ingin membelanya. Sukarelawan serta derma dalam bentuk wang ringgit dalah sangat dialu alukan untuk membantu mereka.

Alamat: No 27-G Jalan Nautika B U20/B, Pusat Komersil TSB, 40160 Sungai Buloh, Selangor
No telefon: +6017 878 3040
Facebook: KatzenCatSanctuary

Cat Beach Sanctuary, Pulau Pinang

Dikenali sebagai Pulau kucing Malaysia, Cat Beach Sanctuary ini menempatkan lebih kurang 300 ekor kucing. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai di post yang telah MM sediakan di Cat Beach Sanctuary .

Alamat: 778 Jalan Teluk Awak, MK 2, Teluk Bahang 11050, Penang
No telefon: +604 881 1015
Laman Web: http://catbeachpenang.com/
Facebook: CatLovers.my

Meowy Cat Shelter, Pulau Pinang

Diuruskan oleh pencinta kucing, Pauline, pusat perlindungan Meowy ini berlokasi di Balik Pulau, Pulau Pinang adalah rumah untuk kucing-kucing yang cacat, cedera, dan kucing yang didera beserta dipinggirkan. Ditubuhkan pada tahun 2014, sangkar yang pada mulanya hanya muat menempatkan 20 ekor kucing. Saban tahun lebih banyak sangkar dibina yang memuatkan 40 ekor kucing. Kini pusat pelrindungan ini sudah mampu untuk menjaga sebanyak 150 ekor kucing.

Sebanyak 50 ekor kucing yang diselamatkan setiap bulan, pusat ini sering memerlukan sumbangan dalam membina lebih banyak sangkar.

Alamat: Balik Pulau, Penang
No telefon: +6016 422 9091
Laman web: http://meowypetshelter.com/
Facebook: meowycatshelterpenang

Dato’ Shamsiah Cat Shelter Park, Pahang

Ditubuhkan oleh seorang pencinta kucing tempatan, Tengku Lukman atau lebih dikenali sebagai ‘Catman’, pusat perlindungan kucing yang tidak menggunakan sangkar ini lebih mengetengahkan konsep taman ini memfokus untuk menyelamatkan dan melindungi kucing jalanan. Taman ini mengambil kos RM50,000 untuk dibina dan lengkap dengan kebun, empat tempat perlindungan dan bilik khas untuk rawatan namun masih tidak mampu untuk menempatkan kucing kucing yang saban hari makin bertambah. Taman ini menempatkan lebih kurang 150 ekor kucing serta haiwan yang lain seperti anjing, ayam dan angsa.

Pengasas dan sukarelawan sering ke kawasan kejiranan terdekat untuk menyelamatkan kucing jalanan ygn mereka jumpai, lebih lebih lagi kawasan yang berlaku banjir atau hujan lebat. Mereka juga sering menziarah kampung yang lain hanya untuk menyediakan makanan kucing untuk pemilik kucing yang menjaga kucing di sana. Pengunjung pusat perlindungan kucing ini dialu-alukan untuk bermain dengan kucing yang berada di sini dan anda boleh membawa pulang kucing yang anda ingin bela dengan percuma sahaja.

Alamat: Dato’ Shamsiah Cat Shelter Park (DSCAP), Meow Island, Pekan Royal Town, 26600 Pekan
Facebook: Dato’ Shamsiah Cat Shelter

S.I Home Shelter, Shah Alam

Pusat perlindungan yang menempatkan lebih 400 ekor kucing dan 12 ekor anjing. Pusat perlindungan ini lebih kepada melindungi dan merawat kucing-kucing yang sakit dan majoritinya lumpuh. Orang ramai dialu-alukan untuk memberi bantuan dalam bentuk wang untuk menampung perbelanjaan pusat perlindungan kucing ini.

Keutamaan mereka ialah kucing kucing yang sakit , antara kucing kucing di bawah jagaan mereka ialah , yang lumpuh, buta, kanser, patah kaki , sporo , parvo, fiv, felv dan mcm mcm lagi,

Setiap bulan perbelanjaan mereka hampir mencecah 15k tidak termasuk bil bil vet yang tak terjangka, menjadi pusat perlindungan haiwan persendirian ini memang 100% mengharapkan bantuan dari orang ramai. Jom Miaowers semua bantu mereka yang berjiwa besar ini.

Anda boleh menderma melalui
Cimb – 7011298684 – muhamad razeef che shamah
Maybank – 162786101733 – Muhamad Razeef Che Shamah
paypal : muhamad.razeef@ymail.com
No telefon: 0173206869 / 0135131833
Facebook: S.I Home Shelter

Ditubuhkan pada tahun 2013 betempat di Klang Selangor. Sejak dari itu sudah lebih 1000 ekor kucing dan anjing diselamatkan mereka. Tanpa tajaan dari mana-mana pihak, Sollu Shelter menerima bantuan dari servis mereka sendiri dan juga bantuan dari orang ramai. Tahun demi tahun organisasi ini menerima bantuan dan sokongan dari pencinta haiwan seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Indonesia.

Mereka memfokuskan dalam usaha-usaha menyelamatkan kucing jalanan dan menjaganya. Membuka kuicng yang mereka jaga untuk dibela orang ramai, mengkasi dan mem4ndulkan kucing jalanan untuk mengurangkan jumlah kucing jalanan dan pada masa yang sama mengurangkan gejala pembuangan kucing.

No telefon: 019-372 5129
Facebook: Sollu Shelter

Pak Mie Shelter, Kedah

Dikenali sebagai satu-satunya pasangan melayu di Malaysia yang menjaga kucing dan anjing jalanan. Pak Mie merupakan pusat pelindungan haiwan bukan untung di Alor Setar.

Selepas kematian Pak Mie, Mak Intan menyambung legasi Pak Mie dengan menjaga pusat perlindungan ini.

Facebook: Pak Mie Shelter

Catnip Sanctuary, Sandakan

Zulaikha, pengasas Catnip Sanctuary. Menurutnya juga, kos untuk menjaga dan membawa kucing-kucing ini ke klinik veterinar memerlukan kos yang tinggi untuk setiap bulan. Tetapi sebagai pencinta haiwan yang tegar, beliau melakukan kerja ini dengan sepenuh masa demi rasa sayang terhadap kucing-kucing terbiar ini.

Di Catnip Sanctuary ini juga, haiwan-haiwan terbiar seperti kucing dan anjing gelandangan ini akan diberikan tempat perlindungan, makanan yang berhasiat dan dijaga dengan rapi.

Zulaikha juga berkata bahawa ramai orang meninggalkan kucing mahupun dewasa ataupun anak untuk dijaga setiap hari. Beliau juga pernah menerima sehingga 20 ekor dalam masa sehari.

Kalau anda nak menderma ke Catnip Shelter anda boleh pergi ke link ini

Aifaa Shelter Home Sweet Home, Pulau Pinang.

Nor Aifaa pemilik Aifaa’s Shelter Home Sweet home, telah menyelamatkan kucing dan anjing sejak 9 tahun lalu. Nor Aifaa juga salah seorang sukarelawan dan NGO pemandulan haiwan di Pulau Pinang

Anda boleh menderma ke Aifaa Furry Shelter’s account no. 8600961579 (CIMB).

No telefon: 018-576 8357

Facebook: Aifaa’s Shelter Home Sweet home

Dady Oyen Stray Shelter Malaysia, Klang

Mereka di Dady Oyen menyelamat kucing terbiar, merawat kucing terutamanya kucing yang dijangkiti sporo, mereka juga memberikan perkhidmatan teksi kucing.

No telefon: 011- 2130 0703

Facebook: Dady Oyen Stray Shelter Malaysia

Bersama-sama kita membantu mereka yang berjiwa besar ni yea Miaowers semua. Jika terdapat pusat perlindungan kucing yang tidak tersenarai di sini boleh mention di dalam komen ya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment