Terdapat rekod dunia yang dipegang oleh kucing. Antara kategorinya adalah kucing terpanjang, bulu kucing terpanjang, kucing terkaya, kucing paling tua dan banyak lagi.
Jangan ingat manusia sahaja boleh buat rekod dunia tau. Kucing pon tak terkecuali. Jom kita tengok kucing kucing yang mencatat rekod dunia melalui pencapaian mereka.
1. Ekor Kucing Domestik yang terpanjang dan kucing domestik terpanjang
Rekod ini dimiliki oleh kucing yang bernama Stewie (nama penuh Mymains Stewart Gilligan) yang berasal dari Nevada Amerika Syarikat. Panjang ekornya adalah sepanjang 16.34 inci. Stewie merupakan kucing baka Maine Coon jadi MM pun tak paham macam mana dikatakan kucing domestik itu. Oleh sebab Stewie mempunyai ekor yang panjang, ia juga direkodkan sebagai kucing yang terpanjang di dunia. Jumlah panjang Stewie dari hujung hidung ke hujung ekornya adalah sepanjang 48.5 inci.
Maine Coon disenaraikan sebagai kucing domestik yelah dah memang asal pun kat negara sana.
2. Kucing terkaya
Untung betul kucing yang bernama Blackie yang dimiliki oleh millionaire peniaga barang antik yang bernama Ben Rea. Apabila Mr Rea meningg4l dunia, dia mew4siatkan hartanya yang berjumlah $12.5 juta (RM523,562,500.00) kepada Blackie.
Katanya rekod ini sudah dipotong oleh Choupette iaitu kucing milik pereka fesyen terkemuka Karl Lagerfeld yang mew4siatkan hartanya sebanyak $150 juta (RM 649 juta) baru baru ini.
3. Kucing yang mempunyai bulu terpanjang
Rekod ini baru dimiliki oleh kucing yang bernama Sophie Smith yang mempunyai kepanjangan bulu sepanjang 10.11 inci. Rekod sebelum ini dimiliki oleh kucing baka Parsi/ Himalaya yang bernama Colonel Meow.
4. Kucing tertua
Creme Puff masih memegang rekod dunianya dalam kucing yang paling hidup lama. Creme Puff cukup disayangi oleh tuannya Jake Perry yang tinggal di Austin, Texas. Creme Puff hidup selama 38 tahun 3 hari.
5. Kucing yang mempunyai banyak jari kaki
Kucing yang bernama Jake tinggal di Ontario, Kanada memegang rekod untuk memiliki jari yang banyak. Jake seekor kucing polydactyl yang bermaksud kucing yang mempunyai jari lebih. Dalam kes Jake ini, ia mempunyai tujuh jari pada setiap kaki yang kesemuanya berjumlah 28 jari. Jari jari tersebut dikira oleh veterinar dan uniknya jari jari tersebut mempunyai tulang, tapak dan kuku tersendiri.
6. Bunyi purring yang paling terkuat
Bunyi purring yang terkuat dimiliki oleh kucing domestik yang bernama Merlin. Bunyi purr ini direkodkan oleh tuannya Tracy Westwood di rumahnya Devon UK pada 2 April 2015. Kini Merlin berusia 13 tahun.
7. Kucing paling kecil di dunia
Kucing yang terkecil di dunia bernama Pixel yang merekodkan tingginya dari lantai ke bahu dengan hanya 5 inci. Rekod sebelum ini dipegang oleh ibu Pixel yang bernama Fizz Girl. Tinggi Fizz Girl dari lantai ke bahunya hanya 6 inci dan beratnya hanya sebanyak 4 1/4 pounds. Pixel dan Fizz Girl merupakan kucing baka Munchkin
8. Kucing termahal yang pernah dijual
Kucing termahal di dunia merupakan kucing unik baka Californian Spangled yang dijual dengan harga $24,000 (RM100,524) pada Januari 1987.
9. Kucing paling gemuk dan berat
Rekod ini dipegang oleh Himmy yang tinggal di Cairns, Queensland. Mempunyai berat sebanyak 21.3kg. Himmy sudah tiada lagi akibat kegagalan sistem pernafasan semasa berumur 10 tahun.
Guinness tidak lagi membuka kategori ini kerana takut menggalakkan pemilik kucing menjaga kucing dengan cara yang tidak sihat semata mata untuk mencapai rekod dunia ini.
10. Kucing paling famous di Instagram
Kucing yang bernama Nala dinobatkan sebagai kucing yang paling popular di Instagram dengan pengikutnya yang berjumlah 3.2 Million dan makin bertambah. Amboi kauuuu…
Wow just wow!