Selepas Menjumpai Kucingnya Yang Hilang Selama 48 Hari, Wanita Ini Lakukan Apa Sahaja Untuk Selamatkan Nyawa Kucingnya Ini

Orang yang pernah kehilangan kucing sahaja faham betapa gelisahnya kita bila kucing kesayangan hilang.

Pada 2 Ogos yang lalu wanita bernama Sunny Green kehilangan kucing kesayangannya bernama Lois. Sejurus mengetahui kehilangan Lois, Green cepat-cepat meminta bantuan dari media sosial. Dia mengepos di Nextdoor memberitahui kesemua kejirannya yang Lois hilang dan meminta bantuan semua orang. Respon yang diterima betul-betul mengharukan.

Kelihatan seperti semua orang ingin bantu mencari Lois. Orang yang tidak dikenali pun memberikan pelbagai tips dalam mencari kucing yang lain. Malah ramai juga yang memberikan mesej kata-kata semangat kepada Green supaya jangan putus asa.

Green memberitahu Fox 12,

“Dengan segera saya menerima maklum balas dan keesokan pagi tersebut lebih kurang 50 mesej untuk saya dan saya rasa, wow, semua orang ingin membantu!”

Hari berganti hari, minggu berganti minggu Lois masih belum dijumpai. Sehinggalah 48 hari kemudian, Lois menerima mesej dari pelajar sekolah bernama Edwin. Dia memberitahu dia terjumpa kucing kurus dan kelihatan sedih dan terus teringat poster yang dia pernah lihat. Edwin berjaya menangkap kucing tersebut dan mengambil gambar. Dia terus menghubungi nombor telefon pada poster tersebut sekiranya kucing yang dia jumpai itu adalah Lois.

Dengan cepat Green dapat mengecam kucing kesayangannya walaupun rupanya kelihatan sedikit berbeza dari kali terakhir dia dilihat. Lois semakin kurus sehingga turun sebanyak 2.3kg. Lois juga mengalami jaundis, penyakit hati dan dehidrasi yang teruk.

Selepas pencarian selama ini, Green sangat risau yang ianya sudah terlambat. Lois tersangat sakit dan tidak mahu makan.Lois perlu duduk di vet kecemasan dan dijalankan pembedahan untuk memasukkan tiub makanan secara terus ke perutnya. Tiada jaminan Lois akan selamat namun Green enggan berputus asa. Bil-bil rawatan semakin meningkat namun Green tahu yang dia perlu lakukan apa sahaja demi Lois kembali gembira sihat dan pulang ke rumah.

Pembedahan Lois berjaya dan Green diarahkan untuk memberi Lois makanan dalam bentuk cecair setiap empat jam. Lois juga perlukan antibiotik dua kali sehari. Lois masih belum seperti keadaannya sebelum ini kucing yang gembira dan akitf tapi veterinar bersikatp optimistik yang Lois akan sembuh sepenuhnya.

Kepulangan Lois tidak akan terjadi tanpa usaha tanpa henti Green dan bantuan yang diterima dari orang sekelilingnya..

Humanity masih ada di bumi kita.

Semoga Lois sentiasa sihat dan tak hilang lagi.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment