Selepas Berjalan Sejauh 12 Batu Pulang Ke Rumah Asal, Kucing Ini Dibawa Oleh Tuannya Ke Pusat Perlindungan Untuk Dimatikan

Kisah kucing ini menjadi tular apabila keluarga asalnya meminta kucing ini ‘dim4tikan’ selepas ia berjalan sejauh 12 batu dari rumah keluarga barunya hanya untuk bersama keluarga asalnya, kini sudah bertemu keluarga yang baru.

Toby, kucing oren yang berusia 7 tahun ini, pemilik asalnya melepaskan kepada tuan yang baru kerana mereka tidak lagi mahukannya. Namun Toby berusaha berjalan jauh untuk pulang ke rumah asalnya di Raleigh, California Utara semata mata ingin bersama keluarga asalnya semula.

Daripada menyambut kedatangan Toby semula, keluarga asalnya ini membawanya ke pusat perlindungan haiwan tempatan dan meminta supaya Toby ini dieutanisasikan (dim4tikan).

Walaubagaimanapun, daripada Toby dimatikan, pusat perlindungan haiwan ini menghubungi SPCA yang akhirnya mengambil Toby ke pusat perlindungan mereka untuk mencari rumah baru untuk Toby.

Apabila Toby mula mula tiba di pusat perlindungan Toby “baring terlentang dan sangat mesra namun tidak berapa mesra terhadap kucing yang lain”, kata Tara Lynn kepada The Independent.

Toby kini menemui rumah yang baru bersama pemilik barunya, Michele dan anak anaknya. Toby juga mempunyai kawan iaitu dua ekor kucing di rumah Michele untuk menemai dan bermain bersama Toby.

Lynn menganggap kisah Toby sebagai kisah yang sangat menyentuh perasaan tambahan pula mereka tidak mengetahui kenapa tuan asal Toby meminta untuk Toby ‘dim4tikan’ namun Toby mendapat peluang kedua.

Toby diserang penyakit FIV (feline immunodeficiency virus), yang bermaksud sistem imunisasinya lemah namun ini tidak menghalang untuk Toby hidup lebih lama dan hidup dengan sihat jika Toby dijaga dengan betul betul dan dibawa periksa dengan doktor veterinar.


Toby kelihatan dapat menyesuaikan diri dengan keluarga barunya dengan ibunya Michele memberitahu pihak SPCA bahawa Toby seperti “memang berasal dari keluarga ini”.

Anda boleh mengikuti perkembangan Toby bersama keluarga barunya di Instagram ini.

SUMBER: Independent.co.uk

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment