Sekotor Mana Tapak Kaki Kucing Kita?

Setiap hari kucing kita berjalan ke luar rumah, pergi kotak pasir mereka malah menggambuskan pasir selepas selesai membuang najis.

Kemudian kucing anda mungkin terus lompat duduk di atas riba anda, atas katil malah atas meja makan. Bersih ke tu? Pernah tak kita terfikir yang sekotor mana tapak kaki kucing kita?

Tapak kaki kucing kita tidak lah secara sempurnanya bersih tapi boleh tahan bersih….

Mesti terkejut kan? Sudah diketahui yang kucing adalah haiwan yang pandai membersihkan diri mereka sendiri. Sudah tentu sudah menjadi fakta yang kucing pijak macam-macam permukaan sebab yelah kucing kan tak berkasut.

Tapi perasan tak lepas kucing selesai membuang najis kucing akan menjilat-jilat kemaluan serta kaki mereka? MM selalu perasan bila tengok kucing MM. Kalau balik dari merayau pun kucing-kucing min akan jilat kaki. (Kalau tak jilat MM tempik hehe)

Sudah tentu tiada cara untuk tahu dengan lebih yakin yang kucing kita membersihkan kaki mereka. Tapi kita boleh rasa lega kerana kucing sememangnya pandai membersihkan diri mereka sendiri.

Jaga kebersihan rumah

Sudah tentu kita tak boleh harapkan kucing sahaja bersihkan kaki mereka sendiri. Kita sebagai pemilik kucing semestinya perlu menjaga kebersihan rumah secara berkala. Sentiasa menyapu, mengemop lantai dan memvakum pastinya dapat mengekalkan tahap kebersihan rumah yang baik.

Cuci kaki kucing

Kalau kita sendiri perasan kaki kucing kita kotor, tak salah untuk kita sendiri bersihkan. Senang saja gunakan kain lembab atau tisu basah lap sahaja kaki kucin tu. Memang rutin MM malam2 akan cuci kaki kucing-kucing MM sebab yelah kucing-kucing MM tidur sama-sama.

Kesimpulan

Keseluruhannya kaki kucing kita sebenarnya boleh tahan bersih. Kalau kucing yang 100% indoor tu memang bersih lah kan. Kucing luangkan masa berjam-jam membersihkan diri dan merapi diri sendiri kerana kucing haiwan yang pembersih.

Tapi ini tidak bermakna anda hanya bergantung kepada kucing sahaja untuk kebersihan rumah. Lakukan tabiat kebersihan rumah dengan sentiasa membersihkan lantai rumah dan jangan lupa cuci tangan sebelum memasak atau makan jadi anda, ahli keluarga dan kucing anda sentiasa sihat dan gembira.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment