Sejauh Mana Kucing Kita Merayap Bila Keluar Rumah?

Pernah tak kita terfikir kucing kita ni kalau diberi peluang keluar rumah berjalan-jalan, sejauh mana mereka ni pergi?

Ada kajian dijalankan pada 900 ekor kucing untuk menentukan perkara ini.

Pasukan The Cat Tracker mengumpulkan laporan kajian yang menunjukkan kebanyakan kucing lebih suka berada di dalam lingkungan 100 meter dari rumah.

Mereka menggunakan pengesan GPS yang dipasangkan pada 900 ekor kucing dari 4 benua untuk memantau pergerakan kesemua kucing-kucing ini.

Kesimpulannya?

Lebih 50% kucing berada di lingkungan 2 ekar dari kawasan rumah kecuali kes unik seperti kucing yang bernama Katniss yang merayau sejauh 4 ekar dari rumahnya. Dua ekor kucing lagi yang bernama Penny merayau lebih 3 kaki per segi dan Max yang berjalan lebih 2 batu setiap hari selama 6 hari.

Bagi kucing yang memutuskan untuk tidak pergi jauh dari rumah puncanya mungkin kucing-kucing ini takutkan haiwan merbahaya seperti koyote, jadi kucing-kucing ini hanya boleh keluar untuk mengawan atau mencari makanan.

Menurut pengkaji tersebut, kucing secara keseluruhannya pemalas, namun ini tidak bermakna yang mereka tidak memberikan kesan kepada persekitaran dengan pergerakan mereka yang minima ini.

Berdasarkan kajian ini, jumlah kesan terhadap kesemua kucing yang dibela di lingkungan persekitaran urban boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan liar oleh kerana kucing boleh memburu hidupan reptilia, burung dan spesis yang terancam.

Kebanyakan pemilik kucing kurang bimbang mengenai spesis terancam yang akan menjadi pupus dan lebih bimbangkan keselamatan kucing mereka apabila berada di luar.

Jadi, perlukah kita biarkan kucing kita keluar rumah?

Sudah tentulah, bila kita tahu yang kucing mampu menyeberang jalan dengan selamat, kerana keselamatan mereka merupakan kebimbangan utama buat pemilik kucing.

Menurut Perfect Fit, kucing kita sebenarnya lebih elok berada di luar berbanding di dalam rumah. Kecualilah anda tidak kisah kucing anda mencakar pintu dan perabot, jadi anda perlulah biarkan kucing anda berada di luar untuk mencakar apa sahaja permukaan di luar.

Kalau rumah yang tiada laman contohnya tinggal di apartment atau flat, keselamatan kucing perlu lebih diutamakan dari membiarkan mereka keluar rumah suka hati.

Tambahan lagi, kucing yang diberikan akses keluar masuk rumah kurang berisiko untuk menjadi obes. Lagipun kucing secara semulajadinya haiwan yang introvert dan perlukan masa untuk bersendirian jadi lebih baik biarkan kucing anda melepak di luar sambil menikmati cahaya matahari.

Kenapa kucing tak balik rumah selama berhari-hari?

Anda perlu mula risau sekiranya kucing anda tidak balik selama beberapa hari lamanya. Salah satu sebabnya kucing anda menemui kawasan untuk makan dan minum yang lebih bagus (jenis kucing lupa daratan ni).

Kucing secara semulajadinya adalah haiwan yang pembersih, jadi jika mereka menemui sumber minuman, dan makanan yang lebih baik dari apa yang mereka selalu dapat, kucing tersebut akan kekal di tempat tersebut. Sebab itu dinasihatkan untuk tidak memberikan makan kucing yang bertuan.

Sebab yang lain mungkin kucing anda terperangkap dan tidak mampu keluar untuk pulang ke rumah semula.

Sebagai haiwan introvert, kucing perlukan masa untuk caj semula dan jika rumah anda terlalu bising atau terlebih stimulasi, kucing anda akan lebih suka mencari tempat yang sunyi dan hanya akan keluar apabila ia bersedia untuk sebarang interaksi.

Dalam beberapa kes, kucing anda mungkin merayau ke kejiranan yang penuh dengan kucing liar yang mengejarnya jauh sehingga kucing anda kehilangan deria semulajadinya dalam menemui jalan pulang.

Akhirnya, kucing yang sedang ingin mengawan atau on heat, semestinya akan keluar rumah untuk mencari pasangan dan kadang kala mengambil masa berhari-hari. Sejurus kucing anda keluar, ia tidak akan balik selagi proses mengawan itu selesai. 

Bagaimana untuk pastikan kucing anda tidak merayau jauh sangat?

Kini anda tahu yang kucing sanggup keluar berbatu jauhnya hanya untuk mengawan, jadi anda mungkin mahu memandulkan kucing anda. Tapi anda tidak boleh mengurung kucing anda sepanjang  hari melainkan anda tinggal di tempat yang tiada kawasan lapang seperti apartment, flat dan sebagainya. Ini adalah kerana untuk memastikan kucing anda mampu mencari jalan pulang ke rumah sekiranya kucing anda keluar rumah secara tidak sengaja.

Kebanyakan kucing yang tidak mampu mencari jalan pulang ke rumah adalah kucing yang dibela secara indoor 100%. Jadi untuk lebih menjamin keselamatan mereka, pemilik kucing indoor dinasihatkan untuk memasang mikrocip pada kucing mereka.

Menurut nasihat Pet Plan, pemilik kucing perlu melatih kucing masing-masing untuk memberikan respon setelah dipanggil nama apabila tiba masanya untuk pulang ke rumah.

Mujurlah MM dah praktikkan memekik nama bebudak bulus ni bila keluar rumah tak reti nak balik ni. Sekali pekik sahaja terus balik rumah hehe…

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment