Sedozen Mumia Kucing Dan 100 Patung Kucing Ditemui Di Dalam Makam Purba

Masyarakat Mesir Purba memang dikenali dengan mumia kan? Mereka juga dikatakan sangat menghormati kucing dan menganggap kucing sebagai haiwan yang suci.

Semakin banyak ahli arkeologi meneroka makam Mesir Purba, semakin banyak bukti yang menunjukkan masyarakat pada zaman tersebut sangat menghormati dan menyayangi kucing– dan suka memumiakan kucing.

7GYJabatan Antikuiti Mesir mengumumkan sepasukan ahli arkelologi Mesir menggali makam yang berusia 4500 tahun berdekatan Kaherah dan menemui sedozen kucing yang dimumiakan. Disamping itu 100 patung kayu berukiran seperti kucing dan patung gangsa dewi Bastet, dewi kucing juga ditemui.

Penemuan ini dijumpai di dalam penemuan makam yang terbaru di Saqqara, kawasan nekropolis yang digunakan oleh bandar purba Memphis. Makam tersebut dikatakan wujud semasa dinasti ke 5 kerajaan tua dan ahli arkeologi juga menemui satu lagi makam namun pintunya masih tertutup rapat. Ini menunjukkan apa yang ada di dalam makam tersebut masih belum disentuh oleh mana mana pihak.

Jabatan Antikuiti Mesir mempunyai matlamat yang jelas mengenai penemuan tersebut. Ini dapat menarik perhatian pelancong ke tapak warisan Mesir sejak negara tersebut menghadapi kadar penurunan pelancong yang semakin menurun sejak 2011 akibat protes besar besaran terhadap penurunan jawatan Presiden diktator Hosni Mubarak.

Jabatan Antikuiti Mesir juga memuatnaik gambar penemuan tersebut di Twitter.

Walaupun Mesir Purba melihat kucing sebagai haiwan suci, mereka tidak menyembah mereka.

“Apa yang mereka lakukan hanyalah untuk memerhatikan tingkahlaku kucing”, jelas Antonietta Catanzariti kurator Galeri Sackler Smithsonian semasa pameran¬†Divine Felines: Cats of Ancient Egypt.

Mumia kucing nampak sangat menarik, Catanzariti juga berkata amalan memumiakan kucing sangat menjadi kebiasaan masyarakat Mesir Purba dimana kucing diternak semata mata untuk dimumiakan.

“Pada tahun 1890, manusia dari Eropah datang ke Mesir dan mengumpul mumia kucing ini. Satu kargo menempatkan 180,000 mumia kucing”.

Jadi sebab itulah mungkin Jabatan Antikuiti Mesir memperbesar besarkan mengenai penemuan lain yang mereka temui di dalam makam purba tersebut: Mumia kumbang Scarab. Dua spesimen besar dijumpai dibungkus dalam kain linen, ajaibnya berada dalam keadaan yang baik. Spesimen tersebut berada di dalam sarcophagi yang dihiasi dengan lukisan kumbang Scarab.

“Mumia kumbang Scarab merupakan sesuatu yang sangat unik. Ini merupakan sesuatu yang agak jarang berlaku,”,¬†jelas Mostafa Waziri, Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir.

“Beberapa hari yang lalu semasa kami menemui makam tersebut, makam tersebut dihiasi dengan lukisan kumbang Scarab. Saya tak pernah mendengar hal ini sebelum ini.”
Artikel dipetik dari NPR.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment