Sebenarnya Kucing Faham Perasaan Manusia!

Jika Anda menghabiskan banyak waktu di dunia maya, Anda akan tahu satu hal: manusia menyukai kucing. Namun, bagaimana perasaan kucing terhadap manusia kurang jelas.

Berdasarkan penelitian terbaru, ada bukti kuat bahawa kucing sensitif dengan emosi manusia. Mereka boleh mengetahui apabila manusia bahagia.

Moriah Galvan dan Jennifer Vonk dari Universitas Oakland di Kota Rochester, Michigan, Amerika Syarikat, mempelajari tingkahlaku 12 ekor kucing dan pemilik mereka. Dari pengamatan itu, keduanya mengetahui kucing memperlihatkan sikap berbeza manakala ketika pemilik mereka tersenyum dan ketika mengenyit mata.

Ketika pemiliknya tersenyum, kucing-kucing itu cenderung untuk menunjukkan sikap ‘positif’ seperti mengeluarkan suara khas, menggesekkan badan, atau duduk di pangkuan pemilik masing-masing. Kesemua kucing itu juga nampak ingin menghabiskan waktu dengan pemilik mereka ketika pemilik mereka tersenyum ketika mengenyitkan mata.

Dalam kajian yang diterbitkan di jurnal Animal Cognition itu, Galvan dan Vonk mendapati pola berbeza saat kesemua 12 ekor kucing tersebut dihadapkan dengn orang tak dikenali, jauh dari pemilik mereka. Pada ujian ini, mereka menunjukkan sikap positif yang sama, namun mereka seperti keliru adakah orang tak dikenali itu tersenyum atau mengenyit.

Hasil ujian ini menunjukkan dua perkara: kucing boleh membaca ekspresi muka manusia dan kucing mempelajari kemampuan ini dalam tempoh waktu tertentu. Inilah bukti yang meyakinkan bahawa kemampuan kucing dalam mengenali ekspresi manusia sama dengan kemampuan anjing.

Tambahan lagi penemuan Galvan dan Vonk menunjukkan bahawa kucing dapat memahami emosi manusia, lebih dari yang kita tahu.

Meskipun demikian, bukan bererti kucing mempunyai sifat empati. Kemungkinan kucing belajar untuk mengkaitkan senyuman majikan mereka dengan hadiah. Sebab faktanya pemilik kucing cenderung untuk memanjakan peliharaannya saat mereka dalam mood yang baik.

Kalaupun kucing tidak benar-benar memahami perasaan manusia, kajian Galvan dan Vonk menunjukkan bahawa kucing boleh mengetahui bahasa emosi manusia. Bahkan, yang lebih menarik, kucing memang tertarik dengan manusia.

“Adakah kucing benar-benar faham dan memberi perhatian kepada pemiliknya, manusia sangat peduli mengenai perkara ini. Penelitian kami menunjukkan mereka mungkin tidak seacuh seperti yang kerap dituduhkan orang,” kata Vonk.

Mungkin perlu waktu yang lama untuk mengetahui tahap intelektual emosi kucing kerana respons mereka cenderung untuk tidak dilihat pada mata kasar.

Selain sikap positif seperti mengeluarkan suara khas dan menggesekkan badannya, Galvan dan Vonk mendapati bahawa kucing menunjukkan posisi tubuh tertentu di bahagian telinga dan ekor. Gerakan itu dikaitkan dengan perasaan puas.

Perilaku kucing ini amat berbeza dengan pola anjing yang memberi respons berbeza saat dihadapkan pada ekspresi sedih dan marah pemiliknya. Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2011 lalu, anjing akan jelas mengjauhi seseorang yang sedang marah.

Perbezaan respons anjing dan kucing pada emosi manusia dapat dilihat dari ke era prasejarah.

Spesies anjing telah dijinakkan manusia sejak puluhan ribu tahun lalu. Kajian genetik pada tahun 2015 lalu menunjukkan bahawa proses itu bermula pada 30.000 tahun lalu. Sebaliknya, kucing mulai dijinakkan sekitar 10.000 tahun lalu, kemungkinan di Timur Tengah.

Faktor sejarah tersebut menjelaskan bagaimana anjing beradaptasi dengan kehidupan manusia.

Namun, terlalu sukar  untuk membuatkan kesimpulan mengenai pola pemikiran kucing. Pemilik kucing masih harus belajar banyak tentang perilaku mereka. Kenyataan sederhana, kita bahkan tidak tahu mengapa kucing berpurring.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment